Bengang sebab syarat rentas negeri diperketatkan. Sekali Dato Hattan tampil bersuara tegur sikap segelintir selebriti dan instafamous yang tiada sikap tanggungjawab. Memang padu betul ayat Dato Hattan ni.
loading...

Menerusi sebuah video dikongsi di laman Instagram, Hattan berkata golongan tersebut tidak perlu menunjuk-nunjuk dengan memuat naik pelbagai aktiviti di media sosial untuk tontonan umum. 

Bengang sebab syarat rentas negeri diperketatkan. Sekali Dato Hattan tampil bersuara tegur sikap segelintir selebriti dan instafamous yang tiada sikap tanggungjawab. Memang padu betul ayat Dato Hattan ni.

 


“Bukan salah dorang (polis), pvncanya sikap Instafamous & selebriti. Kau dah dapat kebenaran mana kau nak mel1ngkup, kau punya pas4l.

ARTIKEL MENARIK:Cerita Langkawi belum habis kali ni Neelofa kena kritik lagi gara gara lancarkan produk baru. Ramai yang tak senang duduk bila tengok Neelofa guna tagline ni.
loading...


“Bila dah dapat kebenaran tu, pandai-pandai lah jaga. Yang kau pergi upload semua benda pasal apa? Ni jadi sikap tak bertanggungjawab, fikir secara waras!,” katanya. Hattan menegaskan, mereka sepatutnya mempunyai sifat kasihan terhadap orang lain yang masih belum boleh rentas negeri sejak berbulan-bulan lalu apatah lagi sambutan Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.

“Gemar menunjuk-nunjuk. Kesian la kat semua orang, Ramadan & raya dah nak dekat. Silap-silap tak boleh balik kampung. “Puncanya benda-benda bang*ng macam ni la. Berhenti la perasan kita ni Instafamous, selebriti. Orang lain pun popular,” tegurnya.

Beliau mengulas mengenai satu notis terpampang di pintu sebuah balai polis yang tular di media sosial meminta pemohon memperincikan aktiviti serta serta bukti kukuh untuk perjalanan rentas negeri. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tiada Lagi Nasihat. Terkini Pdrm Dedahkan Ini Tindakan Yang Akan Dikenakan Pada Idividu Yang Cuba Rentas Negeri Untuk Sambut Ramadan Tahun Ni.

MELAKA – Tindakan saman akan dikenakan terhadap individu yang dikesan cuba merentas negeri untuk balik ke kampung bagi menyambut hari pertama Ramadan, kata Pengarah Jabatan Penceghan Jnyah dan Keselmatan Kmuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim.

Beliau berkata, pemeriksaan ketat di semua sekatan jalan raya (SJR) di sempadan negeri akan dipertingkatkan dan hanya mereka yang mempunyai dokumen kebenaran rentas negeri yang lengkap dan diluluskan dibenar meneruskan perjalanan.

“Saya percaya hujung minggu ini akan terdapat peningkatan pergerakan di jalan atau lebah raya untuk pulang ke kampung bagi meraikan hari pertama Ramadan memandangkan tahun lepas mereka tidak dapat pulang kerana Perintah Kawalan Pergerakan.

“Sekiranya anggota atau pegawai polis mengesan individu cuba merentas negeri untuk balik ke kampung, tiada nasihat lagi… ambil tindakan terus,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Program Satu Taman Satu Polis Dan Fokus Polis Diraja Malaysia Kontinjen Melaka 2021, di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut, Zainal Abidin berkata, pertambahan jumlah SJR juga akan dilakukan bergantung kepada jumlah harian kes positif Covid-19 yang dilaporkan dan setakat ini sebanyak 30 hingga 35 SJR dilaksanakan di setiap pintu keluar dan masuk serta sempadan negeri di seluruh negara.

“Sekiranya jumlah kes p0sitif Covid-19 meningkat, kita akan tambah SJR dalam usaha meminimumkan pergerakan individu atau kenderaan agar penularan Covid-19 dapat dikekang,” katanya. Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Program Satu Taman Satu Polis akan diperluaskan di seluruh negara khususnya di kawasan luar bandar dalam usaha memberikan perkhidmatan berkualiti dan meningkatkan kel3starian tahap keselamatan di kawasan taman terlibat.

Program itu, katanya, dijangka dapat memberi impak positif dalam aspek keselamatan komuniti sekali gus menurunkan kadar jnyh di kawasan terlibat. Sementara itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, Program Satu Taman Satu Polis bagi fasa pertama melibatkan tujuh taman iaitu tiga di daerah Melaka Tengah dan masing-masing dua taman di Alor Gajah dan Jasin.

Beliau berkata, bagi daerah Melaka Tengah, taman terlibat ialah Taman Cempaka, Taman Merdeka Jaya dan Taman Bukit Katil Damai 2 manakala di daerah Alor Gajah pula ialah Taman Samarinda dan Taman Bandar Baru Masjid Tanah sementara di Jasin ialah Taman Asia Selatan Jasin serta Taman Seri Sempang Merlimau.

“Kajian impak program ini akan dilakukan dalam tempoh tiga bulan selepas ia dilaksanakan dan sekiranya ia dilihat memberi impak positif, fasa kedua akan dilaksanakan melibatkan 20 lagi taman perumahan di sekitar negeri ini,” katanya.

Sumber: Bernama



loading...


Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selamba Je Risteena Muat Naik Foto Tengah Honeymoon Di Sabah. Sekali Ada Yang Pertikaikan Tentang Rentas Negeri. Sampai Macam Ni Sekali Komen Warganet.

KETIKA heboh mengenai Instafamous dan suaminya memberi keterangan plsu berhubung alasan bagi mendapatkan kebenaran merentas negeri, muncul pula kisah bulan madu pasangan pengantin baharu Risteena dan Isa Khan. Pasangan itu kini dipercayai sedang menikmati bulan madu di Semporna, Sabah berdasarkan foto dan video-video romantis yang dikongsikan di Instagram mereka. Perbuatan mereka itu akhirnya mengundang kritikan warganet di laman sosial.

Pasangan ini berkahwin pada 12 Mac lalu.

Rata-rata warganet mempertikaitan tindakan pasangan itu yang mendapat kebenaran merentas negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sedang dikuatkuasakan.

Malah segelintir warganet menegur pasangan yang berkahwin pada 12 Mac lalu itu kerana dilihat ingkar arahan SOP dengan tidak memakai pelitup muka. “Yang Risteena tu pula macam mana? Sudah di Semporna honeymoon. Smiling face with smiling eyes… urus kerja juga sampai di Semporna?


“Nur Risteena dengan Isa Khan pun honeymoon kat Tawau rentas negeri. “Tak… cerita dia sekarang, aku nak bitter juga, macam mana Risteena dengan Isa Khan boleh lepas pergi Tawau siap ada kapsyen honeymoon! Hello… kita memang dah boleh rentas negeri ke ni? “Risteena honeymoon sampai ke Sabah dengan SOP ke mana… mask ke mana buat story macam tiada apa berlaku.” ujar beberapa warganet.


Pada Isnin, polis telah membuka kertas siasatan terhadap pasangan suami isteri Instafamous yang merentas negeri untuk tujuan bulan madu mengikut Seksyen 22(d) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, siasatan secara menyeluruh mendapati wujud keraguan berdasarkan keterangan yang diberikan oleh pasangan berkenaan kepada polis pada 20 Mac lalu.

Jika disabitkan kesalahan, pasangan ini boleh dikenakan tindakan kompaun sehingga RM10,000. Gambar pasangan berusia dalam lingkungan 20-an itu telah tular di media sosial kononnya pergi berbulan madu di suatu kawasan peranginan sehingga dikecam netizen pada Jumaat.


Sementara itu berdasarkan video dan gambar yang dikongsikan Risteena dan Isa, mereka dipercayai berlepas ke Sabah pada pagi Ahad. Mereka juga dipercayai memilih salah satu ‘hidden gem’ di Sabah iaitu sebuah resort terapung yang terletak di Pulau Nusa Kuya, Semporna.

Bagaimanapun, usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada Isa dan Risteena gagal apabila pasangan itu tidak menjawab panggilan telefon dan mesej. Pasangan Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 32 dan Isa Khan, 28 bernikah pada 12 Mac lalu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Kredit -


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم