Jika sebelum ini, tular tentang video lamaran yang dibuat oleh Engku Emran kepada Noor Nabila di atas sebuah belon uadara panas. Ternyata aksi mesra pasangan ini telah mengundang pelbagai reaksi dari warganet.
Namun begitu, lain pula ceritanya bila Shukri Yahya mula bergurau di IG LIve yang ingin membawa bekas suami Nabila iaitu Shaarnaz Ahmas menaiki belon uadara panas tersebut.
ARTIKEL MENARIK:Lama menyepi tiba tiba Eyka Farhana tampil dengan imej baru buat ramai yang terkejut. Sekali ada pulak yang petik nama Akhyar Rashid.
Dan difahamkan bahawa video tersebut merupakan video dari IG Live Sharnaaz dan Shukri Yahya dan dikongsi di Tiktok oleh seorang individu yang bernama Mohd Afeef. Dam perkongsian itu, kelihatan dua dua pelakon ini sedag berbual dan tiba tiba dengan nada bergurau Shukri Yahya memberitahu bahawa yang dia kononnya ingin membawa Sharnaaz naik belon udara pns.
Dan yang menariknya, Sharnaaz pun melayankan sahaja gurauan tersebut sambil bertanya kepada Shukri sama ada mahu memeluknya juga atau pun tidak. Sharnaaz kemudian menunjukkan reaksi geli dengan adegan tersebut. Meskipun mereka tidak menyebut nama mana-mana individu tetapi kebanyakan warganet seakan sudah tahu siapakah gerangan yang mereka maksudkan.Satgi Aku Bawa Hang Naik Belon Panas, Tapi Hang Peluk Aku Dak?’
Rupanya Belon Udara Yang Engku Emran Dan Noor Nabila Naik Pernah Dinaiki Oleh Bekas Isteri. Ini Respon Warganet Lepas Dapat Tahu
Macam yang semua sedia tahu, kakak kepada Neelofa, iaitu Noor Nabila beberapa minggu yang lepas telah dilamar oleh Engku Emran di atas belon udara. Dan lebih memgejutkan sekali apabila berita agensi indonesia melaporkan Engku Emran dikatakan pernah menaiki belon udara panas tersebut bersama bekas isterinya iaitu Laudya Cynthia Bella.
Jika dilihat laporan video di saluran Youtube, media itu menceritakan kembali detik lamaran romantis Emran yang meminta Nabila melihat nota ‘Nikoh Jom’ yang diletakkan di atas rumput sambil menyarungkan sebentuk cincin.Tambah laporan tersebut lagi, selain itu Emran dan Laudya juga masing-masing dilihat mengikuti akaun @myballoonadventure di Instagram yang menawarkan perkhidmatan belon udara panas berkenaan.
Untuk setakat ini, video berkenaan menerima hampir 27,000 tontonan selain pelbagai reaksi warganet mengenai perkara tersebut.Ada yang mendoakan kebahagiaan Emran dan Nabila, malah ada juga individu mengkritik tindakan Emran apabila sering gagal melalui perhubungan rumah tangga dengan sebaiknya.Malah lebih menguatkan kenyataan, dalam sebuah video lain di Youtube pada 2017, kelihatan pasangan itu bersama Engku Aleesya (anak hasil perkahwinan Emran & Erra Fazira) bersiar-siar di atas udara menaiki belon panas tersebut.
Engku Emran Dan Noor Nabila Baru Sahaja Langsungkan Perkahwinan. Fizo Omar Tampil Dedahkan Sesuatu
Sejak kebelakangan ini, majlis perkahwianan Engku Emran dan Noor Nabila menjadi bualan warganet susulan goisp yang mula tular sejak beberapa minggu lalu berjkaitan hubungan mereka. Untuk makluman, masing masing ambil pendekatan untuk tak dedahkan hubungan cinta mereka yang terjalin sejak beberapa bulan yang lalu.. Namun begiytu, menje;ang hari bahagia mereka, pihak media seakan sudah mengetahui hal itu.
Difahamkan ambar-gambar penikahan pasangan ini telah dihujani dengan ucapan-ucapan tahniah daripada warganet dan juga rakan selebriti memandangkan kedua-duanya berada dalam dunia hiburan walaupun bukanlah seorang artis.Salah seorang yang mengucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan ini adalah pelakon terkenal iaitu, Fizo Omar apabila memuat naik kapsyen ucapan tersebut berserta gambar keluarga Engku Emran dan Nabila. Kata Fizo, dia mendoakan agar jodoh pasangan ini berkekalan hingga ke jannah dan pengalaman lalu menjadi panduan mereka melayari rumah tangga dengan lebih baik.
Menariknya, perkongsian Fizo yang mengakui rapat dengan Engku Emran terutamanya ketika menunaikan haji kerana berada sebilik di sana dan kerap berkongsi cerita tentang kehidupan sepanjang di Tanah Suci.“Kenangan sebilik semasa menunaikan haji bersama abg sya ni Haji @narmeukgne dua tahun lalu byk sgt nasihat kehidupan abg share dgn saya,” tulisnya.
Akhir sekali, dia mendoakan agar rumah tangga yang baru dibina oleh Engku Emran dan Noor Nabila berkekalan dan sentiasa diberkati di dunia serta di akhirat.“Orang hebat pastinya dugaannya pun hebat juga.semoga Allah memberkati rumah tangga korang berdua.” tambahnya.Terdahulu, Fizo Omar dan Engku Emran telah menunaikan haji pada 2019 dalam kumpulan yang sama. Mereka telah menginap dalam satu bilik sepanjang berada di Tanah Suci Mekah.Ketika itu, Fizo baru sahaja mengalami masalah rumah tangga apabila berpisah dengan usahawan tudung setelah 6 tahun berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Noor Nabila Dan Engku Emran Kahwin Tapi Ramai Yang Pelik Sebab Pu Riz Tak Kelihatan Masa Majlis Tersebut Buat Ramai Yang Tertanya Tanya.
Umum mengetahui, Noor Nabila telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan Engku Emran semalam. Majlis yang dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan kenalan rapat pasangan tersebut dilihat cukup indah sekali. Namun begitu, timbul pula persoalan dalam kalangan warganet apabila PU Riz yang juga merupakan tunangan Neelofa langsung tidak kelihatan ketika majlis tersebut berlangsung.
Tolong cari apa kemenjadian si PU Riz semasa majlis perkahwinan trending semalam. Dalam 1 gambar pun tak ada. Nak tanya PU Riz datang tak majlis nikah semalam? Tak nampak kelibat dia pun. Saya nak tahu kenapa PU Riz tak ada dekat majlis pernikahan Nabila semalam?
Di Twitter, rata-rata warganet mempersoalkan kenapa PU Riz tidak hadir majlis perkahwinan Noor Nabila dan Engku Emran sedangkan teman lelaki kepada Athisha Khan iaitu adik kepada Neelofa turut hadir sama dalam majlis berkenaan.
Pelbagai dakwaan dan spekulasi juga telah timbul berikutan hal tersebut. Rata-rata warganet mendakwa PU Riz mempunyai urusan kerja. Sebelum ini, viral tuduhan yang mendakwa Neelofa telah berkahwin secara rahsia di Kelantan bersama PU Riz.
Bukan itu sahaja, wujud dakwaan yang mengatakan Neelofa ‘terkena’ minyak pengasih dan memindahkan sejumlah wang ke akaun tunangnya. Namun begitu, Neelofa telah menafikan segala tuduhan palsu tersebut. Malah, PU Riz turut memuat naik keratan kapsyen ‘Dan ketahuilah Allah akan menyelesaikan segalanya, dengan cara yang kita tidak pernah bayangkan’.
Sumber: Twitter
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: OHBULAN
Neelofa Dan Pu Riz Tangguh Majlis Kahwin. Lama Menyepi Tiba Tiba Individu Ini Dedahkan Neelofa Dan Pu Riz Tangguh Kahwin. Rupa Rupanya Ini Punca.
Sebelum ini, media melaporkan mengenai selebriti dan usahawan popular Neelofa yang dijangka bakal mendirikan rumah tangga bersama pendakwah bebas, PU Riz pada bulan ini. Bagaimanapun, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor itu masih memilih untuk ‘mengunci mulut’ tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan tarikh perkahwinannya.
Terbaru, laman Instagram Anugerah Bintang Popular BH berkongsi sebuah posting memaparkan penulisan wartawan hiburan, Raja Nurfatimah Mawar yang menerbitkan satu artikel bertajuk ‘Neelofa, PU Riz tangguh nikah?’ di ruangan ‘Desas-Desus’. Betul ke tangguh nikah?
Menerusi penulisan tersebut, difahamkan wartawan itu mendengar desas-desus bahawa pasangan berkenaan terpaksa menangguhkan hari bahagia mereka tanpa mengetahui sebab sebenar. “Risik punya risik, Raja dengar Neelofa dan PU Riz terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan. Sebabnya, biarlah mereka sahaja yang tahu.
“Namun, jangan salah faham, ia bukanlah berpunca daripada pergolakan lalu, hubungan sudah pun pulih. Mungkin ada sebab lain yang memaksa mereka menangguhkan dahulu majlis,” tulisnya. Bagaimanapun, sudah tentu bekas pengacara MeleTOP itu memerlukan masa yang rapi bagi merancang pelbagai perkara untuk dijayakan pada majlis gilang gemilang itu nanti. Bagi para peminat, teruskan berdoa yang terbaik untuk pasangan tersebut agar segera naik pelamin dan mengecapi kebahagiaan bersama!
Neelofa hadiahkan seterika RM13,000 kepada Nabila
Dalam perkembangan lain Selebriti terkenal, Neelofa sekali lagi menjadi bualan warganet selepas menghadiahkan satu set seterika kepada kakaknya, Noor Nabila. Lebih mengejutkan, carian warganet mengenai harga seterika yang dihadiahkan usahawan itu mencecah RM13,000 seunit.
Pendedahan tersebut dilakukan seorang pengguna dengan memuat naik tangkap layar InstaStory Nabila yang mengucapkan terima kasih kepada adiknya atas pemberian hadiah tersebut. “Tengok Neelofa bagi kakak dia iron (seterika) ni macam best.
“Gigih google (carian) nak beli juga, sekali tengok harga dia mampu ‘berhuhu je’,”tulisnya. Entri berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi warganet, termasuk mempersoalkan ‘kecanggihan’ seterika tersebut yang dikatakan memiliki teknologi terkini selain mengambil kira faktor keselamatan.
“Iron (seterika) ni boleh gerak sendiri ke macam mana? Ada wifi ke? “Bukan dia guna pun nanti, bibik dia yang guna,” komen warganet. Pada September lalu, dalam perkongsian menerusi YouTubenya, Nabila memaklumkan akan berpindah ke kediaman baharu.
Pemberian seterika mahal tersebut dipercayai merupakan hadiah daripada Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd. Noor kepada Nabila untuk kediaman baharunya nanti. Sementara itu minggu lalu, bekas pengacara MeleTOP itu turut menjadi bualan warganet apabila dikritik mewarnakan kuku jarinya dengan inai yang kelihatan berwarna hitam sekali gus dilabel berhati hita
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
Ameera Khan Kelihatan Sering Mengikuti Kelas Mengaji Dan Tafsir Al Quran. Adik Neelofa Sekali Lagi Raih Perhatian Ramai
Zaman sekarang kalau teringin nak belajars sesuatu contohnya berkaitan dengan agama,semuanya berada di hujung jari. Ada yang mengambil inisiatif untuk lakukan proses pembelajaran secara online dan ada juga guru yang datang ke rumah.
Manakala bagi Neelofa pula,sudah menjadi kebiasaan bagi tenaga pengajar berkunjung ke rumahnya kerana beliau dapat menjemput ramai orang untuk hadir ke rumahnya bagi menghadiri kelas agama yang diadakan. Dan lebih menarik sekali apabila adik Neelofa iaitu Ameera Khan kelihatan mengikuti Neelofa menghadiri kelas mengaju serta kelas tafsir Al Quran.
Kelihatan Ameera sering dilihat mengenakan busana abaya bersama tudung setiap kali beliau menghadiri kelas tersebut. Ya nampaknya perlahan demi perlahan Ameera kini turut sudah menjadi classmate Neelofa dalam setiap kelas agama yang dihadiri olehnya.Syukur kalau suatu hari nanti Ameera pun dapat mengikuti jejak seperti Neelofa.
Hadiah Dari Neelofa Buat Kakaknya Raih Perhatian Ramai. Sekali Ada Warganet Terkejut Dengan Harga Hadiah Tersebut
Macam yang kita semua tahu, hampir setiap perkara yang dilakukan oleh keluarga yang dilabel Kardashian Kelantan ini sudah pasti meraih perhatian ramai. Dan baru baru ini, tindakan artis dan usahawan ini iaitu Beelofa menghadiahkan sebuah set seterika buat kakaknya,Noor Nabila menjadi bualan orang ramai.
Rupa rupanya seorang pengguna @dylawok memuat naik sebuah tangkapan skrin daripada InstaStory milik Nabila yang mengucapkan terima kasih kepada Neelofa atas pemberian hadiah tersebut.Menurut @dylawok, dia berminat selepas melihat set seterika itu sebelum melakukan pencarian harga di internet. Bagaimanapun, gadis itu terkejut apabila mengetahui harga barangan tersebut yang dianggarkan kira-kira RM12,900.
“Tengok Neelofa bagi kakak dia iron ni macam best. Gigih google nak beli jugak, sekali tengok harga dia mampu berhuhuhahahuhuuuuuu je lah,” tulisnya.Posting berkenaan mendapat reaksi warganet apabila rata-rata mempersoalkan ‘kecanggihan’ seterika itu yang dikatakan memiliki teknologi terkini selain mengambil kira faktor keselamatan.Terdahulu, Nabila ada memaklumkan dia akan berpindah ke kediaman baru menerusi sebuah video di saluran YouTube miliknya serta Rosix pada September lalu.
Ada Warganet Yang Kritik Tindakan Neelofa Mewarnakan Kuku Jarinya. Sekali Ini Respon Padu Dari Neelofa
Tidak dapat dinafikan, sangat jarang untuk mendengar cerita berkaitan Neelofa sejak kebelakangan ini. Jika sebelum ini, hampir setiap minggu ada sahaja cerita melibatkan selebriti itu dan keluarganya. Namun begitu,beberapa hari yang lalu, Neelofa telah memuat naik tangkap layar komen yang dia terima daripada seorang warganet.
Jika dilihat ruangan komen, individu tersebut mengkritik tindakan Neelofa yang mewarnakan kuku jarinya.“Kuku hitam, jangan-jangan hati pun hitam,” tulis individu itu.Perkara tersebut disuarakan berdasarkan penampilan terbaharu Neelofa yang sering memakai inai pada kukunya.
Neelofa yang terhibur dengan situasi tersebut turut berkongsi tangkap layar dengan seorang ustazah yang merupakan penjual inai yang dipakainya. Yang menariknya, Neelofa tidak memarahi mahupun membalas komen individu tersebut malah menganggap luahan sebegiyu sebagai satu bentuk hiburan.Hasil siasatan, rupa-rupanya ramai lagi yang bertanyakan perkara sama terhadap Neelofa dalam ruangan komen.
Hari Bahagia Tak Lama Je Lagi. Sekali Tiba Tiba Neelofa Kongsikan Hadiah Yang Dia Terima Buat Ramai Yang Teruja. Rupa Rupanya Ini Hadiah Yang Neelofa Terima Tu.
Baru-baru ini, selebriti terkenal Neelofa telah memuat naik video menerusi laman Instagram Story miliknya sehingga berjaya menarik perhatian ramai. Video yang dikongsi kepada umum itu memaparkan Neelofa menerima sebuah journal perkahwinan daripa vendor tempatan.
Rakaman video itu juga turut dimuat naik semula oleh sebuah laman peminat yang setia mengikuti perkembangan pengacara dan usahawan tersebut. Apa yang menarik perhatian adalah Neelofa membuka beberapa helaian journal tersebut sehinggalah ke penghujungnya yang mengandungi senarai ‘wedding checklist’.
Rata-rata menerusi komen di halaman tersebut meluahkan rasa teruja dan tidak sabar menantikan hari bahagia buat Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Binti Mohd Noor. Wah, Hot FM pun dah tak sabar nak makan nasi minyak Lofa ni!
Apa-apa pun sama ada harinya semakin dekat atau sebaliknya, semoga segala urusan Lofa yang dirancang berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan.. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber video: Instagram Lofa.page
Sumber: https://www.hotfm.com.my/hotselebriti-terima-journal-mengandungi-wedding-checklist-peminat-teruja-hari-bahagia-neelofa-semakin-hampir/
Lepas Tular Tentang Neelofa Dan Pu Riz Sekali Neelofa Tiba Tiba Bagi Tahu Dream Wedding Tak Jadi. Terkedu Rupa Rupanya Ini Punca.
Terdahulu Ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed dan adik beradiknya bertindak ‘unfollow’ PU Riz dalam IG, selain memadam foto ketika majlis perisik. Noor Kartini dilihat ‘unfollow’ PU Riz sejak awal bulan lalu.
Menerusi perkongsian dalam IG Story, Noor Kartini menyindir mengenai tidak masuk syurga apabila menjadi ‘pemutus’ hubungan kekeluargaan, selain memohon perlindungan Allah SWT daripada perkara buruk. Seperti sudah terang lagi bersuluh namun tarikhnya sahaja yang belum dapat dipastikan.
Itu bayangan kepada segala persoalan umum berhubung status hubungan Neelofa dengan kekasihnya PU Riz apabila mengakui ‘dream wedding’ atau impian perkahwinannya musnh dan terpaksa dikrbankan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
‘Dream wedding’ dia hncur sebab PKP
Bagamanapun selebriti berusia 32 itu percaya, perkara tersebut tidak hanya dilalui oleh dirinya seorang bahkan banyak pasangan lain kesukaran tersendiri akibat penularan Covid-19. Mengulas tentang perkahwinannya, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor, berkata dia masih berasa ragu-ragu untuk berkongsi tarikh hari bahagia mereka yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada Mac ini.
“Semua pasangan ada ‘dream wedding’, saya percaya ramai yang terpaksa korbankan hal itu sebab situasi sekarang sangat tidak mengizinkan. “Saya sendiri sudah berbincang juga dengan perancang perkahwinan, disebabkan pandemik dan kes yang masih tidak surut-surut, banyak perkara yang kita kena krbankan. Insya-Allah, kita buat apa yang boleh buat.
“Secara amnya, semua ‘dream wedding’ pasangan bakal suami isteri hncur sebab memang tak boleh buat apa, disebabkan Covid-19,” katanya. Neelofa berkata demikian pada sidang media secara maya sempena pelancaran aplikasi gaya hidup islamik perdananya, iaitu TheNoor hari ini.
Pertemuan secara dalam talian tersebut sekali gus menjadi medan pertemuan pertama bekas pengacara MeleTOP itu bersama media usai pelbagai kontroversi dan drama perhubungannya dengan Haris Ismail atau dikenali sebagai PU Riz yang heboh diperkatakan sejak hujung Disember tahun lalu.
Pasangan itu dikatakan mula menjalinkan hubungan cinta selepas menjayakan beberapa program kebajikan bersama, selain PU Riz dilihat sering bersama keluarga Neelofa memberikan kuliah agama. Baru-baru ini, Neelofa dikatakan tiga kali tersasul memanggil PU Riz dengan gelaran ‘sayang’ dalam satu video yang dimuat naik menerusi laman YouTube. Neelofa dan PU Riz dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga pada penghujung Mac, tahun depan.
Kredit -
إرسال تعليق