Susulan kisah sebuah jenama sandal yang menggunakan perkataan Muslim Friendly ataupun Mesra Muslim, terbaru Ustazah Asma yang merupakan pendakwah bebas menjelaskan pendapatnya tentang hal berikut.
Berdasarkan laporan sebuah portal. Beliau memaklumkan ia menjadi kecoh kerana bersifat salah faham selain bergntung kepada kefahaman masing masing.
ARTIKEL MENARIK:Ada pihak cuba hasut Chef Wan. Tak boleh berdiam akhirnya Chef Wan dedahkan perbualan terakhir dengan anaknya buat warganet terkedu.
Jelas Ustazah Asma sendiri “Ia bukanlah perkara yang sampai peringkat kita nak gelarkan sebagai penunggang agama atau menyalahi syariat.“Pada saya, maksud disampaikan ialah selipar itu lebih kepada ‘muslimah friendly’ khusus bagi wanita yang memakai stokin,” Jika sebelum ini, wartganet menyifatkan kolaborasi jenama tersebut dengan aplikasi Islamik oleh selebriti popular Neelofa sekadar mahu meraih keuntungan semata-mata atas nama agama.
Ustazah Asma juga sempat memberi pesanan kepada selebriti untuk lebig bertanggungjawab denga semua oerkara yang dimuat naik di media sosial bagi mengelak sebarang salah faham. “Allah bagi pengaruh kepada masyarakat sama ada artis, instafamous, influencer atau mereka yang ada dalam bidang perniagaan.“Apabila kita buat sesuatu dan mendapati positif lebih banyak daripada negatif, teruskan. Tapi apabila kita tengok ia 50-50, mula muhasabah diri dan betulkan semua niat kita.“Walaupun kita kata itu hak peribadi, tapi kalau betul hak peribadi, simpan ia sebagai peribadi,” ujarnya.
Neelofa Dikritik Teruk Lepas Kecoh Tentang Selipar Muslim Friendly. Tak Boleh Berdiam Akhirnya Pihak Fipper Tampil Mohon Maaf Dan Jelaskan Tentang Muslim Friendly.
Sejak beberapa hari lepas, selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila aplikasi yang diasaskan olehnya iatu TheNoor telah berkobularasi dengan satu jenama selipar terkenal iaitu Fipper Slipper untuk mengeluarkan satu produk yang diuar-uarkan sebagai ‘Muslim friendly’.
Disebabkan hal tersebut, Neelofa telah teruk dikritik sehingga ada yang mendakwa dirinya sebagai ‘penunggang agama’ berikutan ciri khas yang ada pada selipar keluaran tersebut. Enggan meneruskan lagi salah faham mengenai selipar keluaran mereka, pihak Fipper Slipper telah tampil memohon maaf diatas kekeliruan tersebut dan menjelaskan maksud sebenar dengan perkataan ‘muslim friendly’ di ruangan Instagramnya.
Menurut penjelasan pihak Fipper dan TheNoor, selipar tersebut dikategorikan sebagai ‘muslim friendly’ kerana sesuai digunakan untuk Muslimah yang memakai stokin. Ia juga dijelaskan dalam press release yang dilakukan sebelum ini. Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai
usahasama Fipper dan TheNoor yang mengeluarkan selipar yang dimaklumkkan sebagai mesra Muslim. Hal tersebut membuatkan Neelofa terus dikritik warganet kerana didakwa menggunakan agama untuk melariskan produk.
Sumber : omm
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Cerita Langkawi Belum Habis Kali Ni Neelofa Kena Kritik Lagi Gara Gara Lancarkan Produk Baru. Ramai Yang Tak Senang Duduk Bila Tengok Neelofa Guna Tagline Ni.
Belum habis reda kontroversi Langkawi, sekali lagi selebriti Neelofa menggemparkan media sosial dengan mengeluarkan selipar mesra muslim. Berkolobrasi bersama jenama selipar antarabangsa, pengantin baru tersebut dilihat selesa apabila memperkenalkan produk selipar yang seolah-olah mempunyai kaitan dengan agama.
Dengan rekaan yang didakwa anti licin, selipar tersebut sangat sesuai digunakan oleh umat Islam. Hal inilah yang membuatkan warganet berasa marah. Sudahlah membawa imej muslim, produk pun mahu tunggang agama? Lalu, berbondong-bondong komen yang mengkritik dan juga menyindir Neelofa.
Terdahulu, warganet juga mengkritik aksi suaminya, PU Riz bersugi di dalam kereta lalu dikongsikan di media sosial. Persoalannya, mengapa perlu berkongsi dengan orang ramai? Kan dah jadi umpatan. Tetapi kritiklah macam mana sekalipun, ramai peminat tegar yang akan membeli produk mereka. Jadi, bila nak habis cerita macam ni?
Peminat Berpaling Tadah Nak Boikot Neelofa Sebab ‘Angkuh’?
Warganet meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan Neelofa berhubung isu menyalahgunakan permit rentas negeri dan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) pada majlis perkahwinannya baru-baru ini. Mereka menyifatkan kenyataan Neelofa kedengaran an.gkuh hingga ada yang mahu memboikot selebriti popular itu.
“Selain tudung dan susu pisang, apa lagi produk yang berkaitan Neelofa perlu diboikot?” antara luahan warganet. Kecoh di media sosial semalam mengenai kenyataan mahu memboikot Neelofa yang menurut warganet, sepatutnya meminta maaf atas kesalahan dilakukan dan bukannya mengeluarkan kenyataan berbaur angkuh.
Rata-rata warganet berpendapat Neelofa sepatutnya meminta maaf atas kesalahan dilakukan dan bukannya mengeluarkan kenyataan berbaur angkuh. “Minta maaf Neelofa, sebelum ini saya memang minat awak tetapi tidak lagi sekarang.
“Awak sepatutnya meminta maaf bukannya keluarkan kenyataan berlagak dengan rezeki diberikan,” tulis seorang warganet. Kelmarin, Kosmo! melaporkan pelakon, pengacara dan usahawan itu memohon agar diberikan isu terbabit secara profesional dengan pihak berkuasa.
Neelofa dan Haris Ismail dilaporkan selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kelmarin. Terdahulu Kosmo! melaporkan sejak minggu lalu nama pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 27 Mac itu menjadi bualan hangat warganet selepas mereka dikatakan bersiar-siar, bermain jetski dan menaiki kereta kabel sebagai mana yang dikongsikan dalam Instagramnya ketika dalam tempoh lawatan kerja di pulau peranginan berkenaan.
“Saya Sangat Tekankan Keberkatan Dalam Setiap Perkara,” – Pintu Rezeki Makin Bertambah, Neelofa Bersyukur
Selebriti dan usahawan popular, Neelofa meluahkan rasa syukur kerana telah dilimpahi dengan rezeki yang luas, lebih-lebih lagi selepas baru berkahwin. Bagaimanapun, Neelofa menyifatkan dia dan suami, PU Riz lebih mengutamakan mengenai soal keberkatan dalam setiap perkara yang mereka lakukan.
“Alhamdulillah, kami berkahwin pun baru je seminggu. Jadi, apa-apapun bentuk rezeki yang diterima sama ada suami atau diri saya sendiri, yang paling saya utamakan adalah keberkatan. “Kalau kita terlalu luangkan masa untuk kejar segalanya tapi tiada berkatnya, kita akan penat dan rasa membazir sahaja.
“Saya sangat tekankan kepada keberkatan dalam setiap perkara yang saya lakukan InsyaAllah,” katanya kepada MH. Pemenang trofi Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular 29 (ABP29) itu berkata sedemikian sewaktu ditemui di majlis tandatangan produk terbaharu Fipper x The Noor di Hotel Marriot, Putrajaya pada Isnin.
Pada masa sama, Neelofa turut memaklum segala urusan kerjanya sewaktu di Kedah telah berjalan dengan lancar meskipun dikritik oleh segelintir pihak yang mendkwa dia dan suami telah menyalahgunakan kebenaran merentas negeri.
“InsyaAllah dengan kerjasama bersama pihak Chatime, saya akan buka beberapa oulet di sana (Kedah). “Jadi sebelum puasa saya cuba selesaikan apa yang perlu. Alhamdulillah segalanya dapat dibuat pada minggu lepas. “Walaupun setelah apa yang terjadi termasuklah impak daripada orang ramai, kami telah ditawarkan untuk membuka lebih daripada satu cawangan.
“Terima kasih kepada anda semua kerana telah memberikan ‘free marketing’ dan membuka rezeki kepada saya. “Rasanya saya tidak perlu bercakap mengenai segala tindakan saya kerana segalanya ada sebab-sebab yang tersendiri mengikt keadaan dan keperluan saya pada ketika itu,” katanya lagi.
Ditanya mengenai perasaannya menyambut bulan Ramadan sebagai seorang isteri, Neelofa mengakui dia berasa sangat teruja kerana ini antara momen-momen yang amat dia nanti-nantikan. “Ada beberapa perkara sebenarnya didalam perancangan saya tetapi sekiranya perkara tersebut tidak dapat dilaksanakan, saya akan berpuasa di sini bersama keluarga seperti biasa.
“Sejujurnya saya teruja kerana ini juga merupakan perkara yang saya tunggu-tunggu. “Banyak masa akan dipenuhi dengan program-program tersendiri terutamanya ketika di rumah,” akhirinya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : http://trendingsangat.pw/
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Kredit -
إرسال تعليق