Rumah dan kereta isteri yang beli. Tapi adik ipar suka bertenggek lama dekat rumah sampai buat macam rumah sendiri. Terkedu bila mengadu dekat suami sampai macam ni suami buat pada isteri.
loading...

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca. Di harapkan admin dapat siarkan coretan ini peringatan bersama. Apabila adik beradik kita sama ada abang atau kakak kita berkahwin, fasa perkahwinan 1 – 5 tahun hingga 10 tahun pastinya mencabar.

Rumah dan kereta isteri yang beli. Tapi adik ipar suka bertenggek lama dekat rumah sampai buat macam rumah sendiri. Terkedu bila mengadu dekat suami sampai macam ni suami buat pada isteri.

 


Pada saat ini, masing masing sedang diuji dengan pelbagai ujian. Tanggungan ahli keluarga bertambah serta career masing masing akan grow. Selain career, jumlah hutang juga pasti bertambah. Peringatan dan kisah ini untuk adik ipar dan juga mertua. Jangan diganggu keluarga anak kita. Anak yang belum berkahwin biarkan berdikari. Biar dia rasa susah kehidupan supaya dia lebih menghargai.

ARTIKEL MENARIK:Selamba je mertua suruh menantu minum ubat putih sebab takut cucu dia nanti kulit gelap. Sampai satu hari tiba tiba kantoi rupanya ini perangai suami yang sebenar.
loading...


Saya bekerja di sektor minyak dan gas di Kuala Lumpur. Keluarga saya hanya kecil. Mak ayah sudah pencen tapi masih cergas bekerja di kampung. Berbeza dengan keluarga suami yang kais pagi makan pagi. Saya terima suami seadanya walaupun taraf pendidikan dan ekonomi jauh berbeza memandangkan kami berkawan sejak bangku sekolah.

Keluarga saya terima seadanya menantu mereka asalkan lelaki tersebut menjaga saya dengan baik. Saya simpan ketat ketat cerita rumahtangga saya. Agar tidak dihidu oleh ibu ayah. Bila saya bekerja dan berjawatan tinggi. Saya ada beli rumah dan kereta. Cukup 1 kereta untuk kegunaan bersama. Suami pula menanggung barang barang dapur, duit sekolah anak, bil utilities.

Hidup saya terganggu dengan kehadiran adik ipar yang sambung belajar di IPTA di ibu kota. Mereka sering mengatur hidup suami saya iaitu abangnya. Setiap minggu abangnya perlu ambil dia di hostel dan datang rumah saya. Malah 1 bilik di rumah saya sudah jadi bilik dia. Bayangkan, saya penat bekerja setiap hari ulang alik naik LRT. Hari minggu kene melayan adik ipar. Sudahlah tidak pandai membawa diri.

Minum air, gelas terbiar bersemut di meja. Kalau makan, pinggan terbiar di dalam sinki. Barangkali dia ingat saya ini bibik dia agaknya. Adat menumpang di rumah orang, pandai pandai lah bawa diri. Hidup saya memang amat amat terganggu. Rumah ini milik saya. Tapi saya tiada kebebasan.

Kereta milik saya, tapi hujung minggu tidak dapat kemana mana kerana suami guna untuk menjemput dan mengambil adiknya di hostel. Kalau saya nk keluar berjalan pasti dia nak ikut. Saya rimas. Kalau boleh, saya nak bawa anak anak saya je dan suami je. Kalau sebulan sekali, okay la lagi. Kalau tiap tiap minggu, naik muak saya tengok muka dia.

Untuk pengetahuan semua, depan depan saya dia cakap dengan abang dia. Dah tamat belajar dia nak tinggal di rumah kami. Nak cari kerja kawasan rumah kami kerana tidak perlu fikir sewa rumah, transport, dan makan minum. Ya Allah. Naik stress saya dengan parasiit ni. Saya cuba berbincang dengan suami supaya carikan rumah sewa atau bilik sewa. Tapi kami brbalah teruk sampai suami sanggup lepaskan saya.

Saya sangat stress. Mungkin mereka berdua ni lupa rumah tempat berteduh ini milik siapa. Pesanan saya, Jangan la diganggu rumahtangga adik beradik. Kalau nak menumpang seminggu dua tu tak jadi masalah. Tapi kalau nak bertunggu tangga rumah adik beradik tu dah kira kacau rumahtangga orang.

Lagi 1, tengok sekali. Rumah tu milik adik beradik kita atau abang ipar atau kakak ipar kita. Kalau milik ipar, adik beradik kita sekadar menumpang. Fikirkanlah. Sebab ipar kita pun punya mak ayah dan adik beradik lain juga nak bertandang.

Adik saya sampai tak nak datang rumah sebab ipar ipar dok bertenggek kat sini lama lama. Sama juga mak ayah saya. Rumah saya ini bukan lah besar. Apartment 3 bilik. Bayangkan lah. Kalau family saya datang, mana nak duduk kalau ipar duai 2 3 orang dok bertenggek lama lama.



loading...


Reaksi warganet

Nufaira Hilman – pisah je kak. Amek semula kereta tu, bawak pegi kerja. Kunci rumah tu tukar. Biar dia tau langit tu tinggi ke rendah. Tetiba nak jadi mem dekat rumah orang. Eh eh biawak betul ni.

Maz Aziz – Sebab tu buat baik berpada pada. Silap hari bulan orang pijak kepala. Cakap direct je tak pun sindir. Gelas dan pinggan tu adik ipar punya kan. Suruh abang dia yang kemaskan. Kalau pakej longgok baju, ha suruh abang dia bereskan. Bosan kereta kena ambik, pagi pagi buta ko start engine usung bawa anak anak pi mana mana. Sila la rasa bersalah pada diri sebab biar diri dianiaya oleh orang lain..

Nor Idayu Ros Almi – Kesian nye sis, rumah dah habis bayar ke sis?. Kalau ada geran elok lah photostat lepastu frame kan gantung dekat ruangan ruang tamu rumah tu biar nampak jelas nama pemilik nya. Lagi elok gantung dekat pintu masuk “bilik” adik tu.

Kalau takde geran lagi ambil lah apa apa document yang menyatakan rumah tu milik sis dan buat copy. Lepastu dekat sink ke dapur tampal je kertas warna yang amalan 5s tu. Contoh sila basuh pinggan selepas digunakan. Mungkin sis bukan jenis mulut lepas kot. Kalau saya adik ipar tak adik ipar saya sound direct je tak melalui suami dah. Good luck sis semoga dipermudahkan segala urusan

Hidayu Md Sah – Kak bahaya juga ni. Kau slow talk elok elok. Try lagi sekali. Kalau tak jadi lagi, try letak geran rumah atas meja makan. Kalau tak jadi juga, kau cakap direct dengan adik ipar. Kalau husband back up adik ipar, minta mereka berdua pindah keluar. Senang kan cara saya cakap? Sebab tak kena pada saya. Adik saya pun pernah datang menumpang tapi paling lama 3 bulan je. Kalau kena macam kau tak tau lah kak. Moga kau tabah kak.

Noraini Adam – Cakap terus terang dengan adik ipar. Tapi jangan sampai terluka hati masing masing. Mungkin dia tak tahu kehadirannya mengganggu. Dia dari keluarga susah. Ajar dia dengan elok. Tolong kat dapur, mesti akan ada kemesraan antara puan dan adik ipar. Cakaplah hujung minggu ni bilik tu mak puan nak guna sebab dia nak datang. Jadi adik kene tido ruang tamu lah. Kalau dik cerdik, minggu tu dia duduk asrama dia je.

Sara Athirah – Malam tadi saya terdengar Al-Kuliyyah dimana ustaz tu mengingatkan, sebaik baik manusia adalah seorang yang paling kurang menyusahkan orang lain. First time saya dengar. Rupa rupa nya banyak hikmah ustaz tu mengingatkan

sempena tahun baru, azam baru kita hendaklah berusaha berdikari dan tidak menyusahkan orang lain. Masyarakat kita makin tenat nampaknya, institusi keluarga makin goyah. Harap tt mula ambil tindakan untuk ambil balik hak sis yang dipijak pijak. Selagi kita senyap selagi tu adik ipar tu rasa dia boss besar. Iyalah, tak pernah dididik untuk sedar diri.

Hidayah Manan – Since kat sini ada suggest suh berpisah saya rasa tak berbaloi di sebabkan orang luar. Sedangkan husband dan wife baik baik aje. Lepastu husband tt ni pulak marah marah bila tgur adik dia. Memang orang laki ni pantang isteri komen hal

keluarga dia walaupun isteri tu betul. Suami suami ni susah nak terima. Takpelah kak bawak je family akak dok umah akak seminggu dua. Next month datang lagi seminggu. Gitu. Pastu bila bila boleh plan vacay tido hotel luar KL.

Sumber – Kakak Tulip (Bukan nama sebenar) via IIUMC



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post