Akhirnya termakbul doa dia selama ni. Izreen Azminda tampil bersuara bongkarkan apa yang terjadi sebelum dia berjumpa dengan bekas isteri suaminya.
loading...

Kuala Lumpur: “Saya minta maaf tiga kali pada dia (Intan).” Itu kata pelakon terkenal Izreen Azminda apabila dipertemukan dengan bekas isteri suaminya, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude iaitu Intan Liana Saleh pada rakaman program Melodi Raya baru-baru ini.

Akhirnya termakbul doa dia selama ni. Izreen Azminda tampil bersuara bongkarkan apa yang terjadi sebelum dia berjumpa dengan bekas isteri suaminya.

 


Izreen, 36, atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam berkata, dia bersyukur apabila Melodi menjadi orang tengah untuk mempertemukan mereka selain menganggap doanya selama ini dimakbulkan Allah SWT. “Alhamdulillah, syukur pada Allah. Apabila pihak Melodi bertanyakan perkara ini, saya okay dan tidak ada apa-apa halangan. Bukan sebab ia untuk program, tapi saya memang sudah lama menantikan peluang ini.

ARTIKEL MENARIK:Rumahtangga pernah dilanda masalah sebelum ni. Terkejut bila tiba tiba Bella Astillah dedahkan dia pernah diganggu suami orang masa tu. Sampai macam ni sekali lelaki tu buat pada Bella.
loading...


“Apabila dia pun sudi dan bersetuju datang, bagi saya ia satu rahmat. Saya cakap pada diri, doa saya dimakbulkan Allah. Kiranya ini adalah pertemuan pertama kami selepas empat tahun. “Bagi saya, apa saya nak buat selama ini, Melodi sudah realisasikan untuk saya. Ibaratnya Melodi menjadi orang tengah,” katanya kepada Harian Metro.


Izreen yang kini hamil anak ketiga berkata dia tidak melepaskan peluang itu dengan meminta maaf terhadap Intan.

“Sewaktu dia sampai, saya tegur dulu. Ketika naik pentas untuk memulakan rakaman, saya minta maaf padanya. Kali kedua ketika rakaman berlangsung dan ketiga sebelum pulang. Malah kami sempat bergambar bersama. “Harapnya selepas ini baik-baik saja. Sebab saya sudah minta maaf. Walaupun ungkapan maaf itu ringkas, tapi ia ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam. Selebihnya terserah pada dia, samada nak maafkan atau tidak,” katanya.

Kisah membabitkan pertemuan Izreen dan Intan itu bakal ditayangkan pada program Melodi Raya di TV3, esok. Berkongsi mengenai kehamilannya yang kini mencecah usia lima bulan, Izreen berkata pada awalnya dia mengalami alahan teruk.

“Alhamdulillah, sekarang ini semuanya okay. Cuma pada awal kehamilan saja yang mana alahan dirasai berbeza dengan dua anak sebelum ini. “Kali ini sampai bau minyak masak pun tak boleh hidu. Jadi, saya tak masak. Masuk bulan keempat, semuanya kembali okay,” katanya.

Mengenai sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini, Izreen meraikan bersama suami dan anak mereka, Aaron Ibrahim serta ibunya. Sementara anak sulungnya, Adrian Umar beraya bersama bekas suami juga pengarah, Muhammad Riza.

Sumber: HMetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Lama Berdiam Diri Akhirnya Izreen Azminda Sahkan Dia Sedang Hamil Anak Ketiga. Dalam Diam Rupanya Ini Usia Kandungannya.

PETALING JAYA – Selepas berdiam diri mengenai desas-desus kehamilannya, pelakon Izreen Azminda akhirnya mengesahkan dia kini sedang hamil empat bulan anak ketiganya. Pengesahan tersebut dibuat menerusi satu perkongsian entri dalam Instagramnya sebentar tadi.

“Ya, memang saya hamil empat bulan. Alhamdulillah saya dan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan sihat. “Saya tidak pernah sembunyikan kehamilan. Cuma ini adalah kehamilan ketiga, jadi tidak ada apa yang perlu dihebohkan. Memadai keluarga dan teman rapat sahaja yang tahu.

“Bagi mereka yang sudah menghidu berita gembira ini lebih awal terima kasih atas ucapan dan doa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online. Tambah pelakon yang popular dengan drama Kerana Terpaksa Aku Relakan itu, selepas memiliki dua anak lelaki, dia mengimpikan untuk menimang cahaya mata perempuan pula kali ini.

“Memang saya berharap untuk mendapat anak perempuan pula, tetapi rezeki semua di tangan Allah. “Andai dapat anak lelaki juga saya terima dan tetap gembira. Saya hanya mohon doa agar anak dilahirkan dalam keadaan sihat,” kata Izreen.

Kongsi Izreen, 36, kehamilan kali ini dia mempunyai alahan terhadap bau minyak masak selain berasa pening jika menaiki kereta. “Pada awal kehamilan saya mengalami alahan yang agak teruk  dan tidak boleh bau minyak masak, jadi saya jarang memasak.

“Selain itu saya akan mbuk teruk jika duduk di tempat penumpang ketika menaiki kereta. Oleh itu, lebih baik saya yang memandu untuk mengelak berasa loya. “Alhamdulillah masuk empat bulan kehamilan semua alahan semakin berkurangan, namun saya memilih untuk keluar rumah jika ada keperluan sahaja memandang pandemik Covid-19 yang masih belum reda,” ujarnya.

Biarpun kehamilan tersebut adalah yang ketiga buat Izreen, tetapi merupakan kandungan kedua hasil perkongsian hidup bersama pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau dikenali sebagai Ude yang dikahwini pada 8 Ogos 2017.

Menerusi perkahwinan keduanya itu, Izreen dikurniakan seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim yang kini berusia dua tahun. Terdahulu, pelakon kelahiran Perlis itu turut memiliki seorang anak lelaki sulung, Muhammad Adrian Umar, 8, menerusi perkahwinan pertamanya dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza Baharudin. Ude menerusi perkahwinan pertamanya bersama Intan Liana Saleh dikurniakan dua orang anak lelaki, Arish Muqri, 6, dan Ariq Muqri, 5.

Sumber : kosmo

Tiada Siapa Sangka Ada Yang Masih Terbuku Di Hati. Perkongsian Dan Luahan Dari Bekas Madu Izreen Azminda Pula Raih Perhatian Warganet

Sekitar Mac 2018 yang lalu, nama Intan Liana Saleh dan pemuzik Ude telah menjadi sebutan ramai warganet sehingga masalah rumah tangga mereka mendapat perhatian banyak media tempatan.Namun selepas semua isu selesai, masing-masing membuat haluan sendiri dan bina kehidupan yang lebih sempurna berbanding sebelumnya tetapi siapa sangka sebenarnya ada yang masih terbuku di dalam hati.

Pada 18 November lalu, Intan atau mesra disapa dengan panggilan Bonda ada memuat naik satu video pendek menunjukkan dia sedang menangis tetapi tidak diberi tahu sebab mengapa ia berlaku.Berserta caption ringkas, ia telah membuatkan ramai berasa bimbang serta ada juga yang turut memberi kata-kata semangat terhadap ibu kepada dua orang cahaya mat ini. I am tired of hiding everything inside me.

Ada yang tinggalkan komen supaya Intan menjauhkan diri sebentar daripada social media dan kurangkan untuk berkongsi tentang kehidupan peribadi.Tetapi menurut Intan, social media merupakan medium untuk dia kongsikan tentang anak dan keluarga serta ia juga merupakan tempat dia mencari rezeki.

Selepas masalah rumah tangganya mendapat perhatian, Intan telah menerima banyak tawaran untuk menjadi model beberapa produk kecantikan dan juga pakaian.Pada 18 November lalu, Ude dan Izreen Azminda terlebih dahulu menyambut hari lahir Arish Muqri iaitu anak hasil perkahwinan Intan dan bekas suaminya itu, kemungkinan itu yang membuatkan dia berasa sebak.

Beberapa warganet menganggap apa yang dihadapinya ada kena mengena dengan hal peribadi bersama dengan pihak di sebelah sana dan mereka berharap Intan akan terus kuat untuk anak-anak.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral.Sumber : HOT.FM



loading...


Kongsi Foto Raikan Ulang Tahun Anak Tiri. Gambar Anak Tiri Izreen Azminda Jadi Buah Mulut Warganet Dan Ini Antara Komen Dari Warganet

Pelakon versatil Izreen Azminda atau nama lengkapnya, Izreen Azminda Aznam berkongsi momen saat meraikan hari ulang tahun kelahiran anak tirinya, Arish Muqri, 6 tahun.Turut disertai ahli keluarga lainnya, perkongsian pelakon ini nyata menerima reaksi positif wargamaya.

“Selamat Hari Jadi yg ke-6 Arish Muqri Muhammad Radzi.. Kita sambut awal sehari,” tulisnya.Mendoakan agar hubungan mereka kekal harmoni sampai bila-bila, para peminat turut menitipkan ucapan selamat hari lahir buat Arish.Terdahulu, Izreen dan suaminya Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2018 di Damansara, Petaling Jaya.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Aaron Ibrahim, 5 bulan.Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar.Sementara Ude turut memiliki dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu bersama Intan Liana Salleh.Gambar: Instagram Izreen Azminda



Muat Naik Foto Dekat Ig Tiba Tiba Ada Warganet Perasan Izreen Azminda Nampak Macam Mengandung. Sekali Izreen Tampil Balas Balik Komen Tu Memang Padu Habis.

Baru-baru ini, pelakon Izreen Azminda ada memuat naik beberapa keping foto terkini di laman media sosial Instagram. Menerusi entri berkenaan, Izreen atau nama lengkapnya Izreen Azminda Aznam kelihatan sangat ayu dan manis mengenakan jubah.

Meninjau ke ruangan komen, ada peminat bertanya sama ada bintang ini sedang berbadan dua atau sebaliknya. “Kami nampak macam baby bump,” tulisnya. Lalu, pelakon berusia 34 tahun ini ada memberi respon terhadap soalan yang diajukan oleh peminat tersebut. “tu bukan baby bump ampaa…tu lemak kami…badan kami naik ni,” balas Izreen.


Untuk rekod, Izreen mendirikan rumah tangga bersama pemuzik, Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid pada 8 Ogos 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aaron Ibrahim yang kini berusia setahun. Terdahulu, Izreen pernah berkahwin dengan Muhammad Riza pada 2012 sebelum berpisah pada 2014. Menerusi perkahwinan pertamanya itu, Izreen turut dikurniakan seorang anak Muhammad Adrian Umar, yang kini berusia 5 tahun.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber : MH

Lepas Neelofa Kali Ni Giliran Izreen Azminda Pula Berpurdah Sampai Jadi Perhatian Warganet. Sekali Tiba Tiba Warganet Perasan Benda Lain Pula Pada Izreen Azminda.

Satu perkongsian dari pelakon Izreen Azminda di Instagram jadi perhatian ramai apabila dia memuat naik foto mengenakan niqab. Malah, menerusi ruangan komen bintang ini turut menitipkan kapsyen soal kehidupan. “Sesiapa yg berpagi pagi sedang keinginannya hanya pada dunia. Pasti Allah akan selerakkan urusannya.

“Menjadikan kehidupannya kelam kabut serta menjadikan kefakiran berada dihadapannya. Dia tidak akan memperolehi suatupun dari dunia melainkan apa yg dicatat untuknya. “Manakala sesiapa yg berpagi pagi sedang keinginannya utk mendapat akhirat. Allah akan memperteguhkan keinginannya itu, menjaga urusan hidupnya dan menjadikan kekayaan dihatinya.

“DAN DUNIA AKAN DATANG KEPADANYA DENGAN TUNDUK DAN TERPAKSA,” tulis Izreen. Bagaimanapun, Izreen mengakui dia hanya cuba berikan promosi purdah yang disifatkan cukup selesa kala dipakai. “P/s kami masih sama takdak perubahan apa2. Cuma kami nk habaq PURDAH yg kami pakai ni tersangat sangatlah selesa dan senang utk ampa yg berpudah nk buat aktiviti harian dengan girang. “Fuhh ayat girang tu, Level lain maciam la cara penyampaian tu selesa ya amat ampa.

“Sejuk ja lgsg tak panaih.. ampa boleh tgk di @ameliahassanfd @khimar.byameliahassan,” tulisnya. Yang nyatanya, rata-rata peminat menyambut baik penampilan berkenaan dan mendoakan agar aktres berusia 34 tahun ini dipermudahkan urusan.KOMEN WARGANET:Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber : mh

Izreen Azminda Terpaksa Tebal Muka Jual Apam Sebab Tiada Job Sejak Terlibat Kontroversi Kahwin Suami Orang. Dia Luah Sesuatu Ini Lepas Lama Berdiam Diri

Izreen menerima sekitar 300-400 tempahan apam setiap hari. Meskipun semakin sibuk dengan bisnes menjual apam, pelakon Izreen Azminda berkata dia tidak pernah berhasrat untuk tinggalkan dunia lakonan. Sebaliknya menurut Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam, 35, dia hanya memanfaatkan kemahirannya membuat apam Sugar Butter Milk sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagi Izreen, dia tidak kisah dengan tanggapan orang luar terhadapnya malah akui seronok apabila perniagaan yang diusahakan itu mendapat hasil lumayan. Suami tak izinkan Izreen berlakon drama berepisod panjang kerana bimbang mengenai keadaan anak-anak. “Tak bermakna apabila dah berniaga, saya akan tinggalkan dunia lakonan. Apa salahnya ada bisnes sendiri sikit-sikit. Saya ada kelebihan buat apam, jadi saya teruskan sahaja.

“Saya mula berniaga dan buat kuih ini di rumah sejak PKP dan bagi saya, kalau jual apam pun, saya tak kacau duit orang. Saya pun dah tak rasa takut dengan apa orang kata (jual apam sebab tak ada job). “Jujurnya, apabila nampak duit masuk setiap hari, saya jadi seronok. Lagi seronok apabila saya penat di rumah, anak-anak membesar depan mata,” kata Izreen kepada mStar.

Sebelum ini, saya buat seorang sahaja tapi sekarang ada seorang pembantu

Menerusi laporan mStar pada 3 Ogos lalu, Izreen mengakui dia terpaksa menolak banyak tawaran berlakon drama yang memerlukan komitmen panjang kerana mahu mengutamakan keluarga dan perniagaanya. Menurut Izreen, suaminya iaitu Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid juga tidak membenarkan dia mengambil tawaran drama yang panjang kerana bimbang mengenai tanggungjawab menjaga anak-anak.

Dalam pada itu, Izreen memberitahu dia seronok menguruskan perniagaan jualan apam kerana setiap hari menerima tempahan melebihi 300 hingga 400 biji. Izreen bersama suami dan anak-anaknya. “Permintaan tinggi setiap hari, bukan saya nak bangga diri tapi memang betul. Setiap hari saya akan menerima 300 hingga 400 biji tempahan. Apabila pelanggan pertama kali tempah, mesti akan repeat beberapa kali.

“Setiap hari keuntungan boleh cecah sekitar RM1,000. Sebelum ini, saya buat seorang sahaja tapi sekarang ada seorang pembantu. “InsyaAllah kalau ada rezeki lebih bolehlah saya upah ramai pembantu dan mungkin akan kembangkan lagi perniagaan jualan apam,” ujarnya.

Izreen nafi rumah tangga bergolak

Pelakon, Izreen Azminda berang dengan kenyataan mengatakan rumah tangganya dengan suami, Ude Wahid sedang bergolak. Ini berikutan kelibat Izreen dan Ude kelihatan di mahkamah syariah, baru-baru ini. “Saya pergi mahkamah syariah untuk membayar denda kerana kami berkahwin di luar mahkamah. Kita tahulah proses mahkamah memang lama, jadi baru tahun ini mahkamah panggil kami.

“Disebabkan itu, jangan sewenang-wenangnya menabur kata negatif, siasat dahulu. Kepada blogger yang menyebar cerita, jangan jadi tidak cerdik, elok tanya sebelum sebar berita tidak sahih. “Saya berang sebab mereka langgar etika kewartawanan, tidak menemubual, bertanya dan pakai tulis sahaja. Saya dahulu belajar bidang kewartawanan, jadi saya faham kerja menulis ini,” katanya kepada BH Online.

Terdahulu, keluar artikel bertajuk ‘Muncul Di Mahkamah Syariah, Rumah Tangga Izreen Azminda Dilanda Badai?’ oleh sebuah portal hiburan apabila Izreen dan suaminya dilihat berkunjung ke mahkamah. Bagaimanapun, pelakon yang mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2017 itu tidak terkilan dengan berita yang tersebar kerana ia tidak memberikan kesan padanya.

“Saya tak terkilan kerana perkara ini tidak betul, saya pergi mahkamah untuk selesaikan denda. Kalau betul mungkin saya akan diam, tetapi apabila saya sudah lantang bersuara, maknanya tidak betul. “Warganet juga kena belajar lebih mendalam sebelum nak kata sesuatu pada orang, dekat mahkamah syariah bukan kes perpisahan sahaja, banyak kes lain turut dijalankan,” katanya.

Izreen berkata, dia sudah lali dengan tohmahan dan persepsi negatif sejak kontroversi perkahwinannya bersama Ude tercetus lagi. “Benda negatif memang sayang dengan saya. Boleh dikatakan saya sudah lali berdepan semua ini. Saya okay, tiada masalah lagi setakat ini. Alhamdulillah boleh atasi masalah dengan sokongan suami, keluarga dan rakan,” katanya.

Biarpun begitu, Izreen yang kini menjalankan perniagaan kuih apam, Sugar Butter Milk bersyukur kontroversi tidak menjejaskan perniagaannya, malah mampu mengutip lebih RM1,000 setiap hari. “Alhamdulillah, kontroversi tidak menjejaskan perniagaan. Sudah tiga tahun mestilah orang sudah boleh terima, tetapi saya tak rasa orang lupa kerana ada sahaja komen negatif dalam laman sosial saya. Namun, jumlahnya tidak banyak seperti dulu. Maknanya positif lagi banyak dari negatif.

“Permintaan apam pun tinggi setiap hari, bukan nak memuji diri tetapi saya menerima pesanan antara 300 hingga 400 biji setiap hari. Sehari jualan apam mencecah RM1,000,” katanya. Izreen mula mengusahakan perniagaan itu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan berniat mengembangkannya apabila melihat permintaan positif dan tinggi daripada orang ramai.-Berita Harian

Aaron penyeri Izreen Azminda

Dramatis popular Izreen Azminda selamat melahirkan anak pertama daripada perkahwinan kedua yang diberi nama Aaron Ibrahim Muhammad Radzi, di Hospital Seri Rampai Specialist, Sabtu lalu. Pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama bersiri popular Eksperimen Cinta itu turut berkongsi wajah Aaron di laman sosial instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Ketika dihubungi, Izreen berkongsi pengalamannya melahirkan Aaron yang mana mengalami sesuatu pada Jumaat lalu dan berlaku sedikit cecair merah. “Sebaik tiba di hospital, doktor terus tahan dan memaklumkan sudah sampai masa untuk saya melahirkan serta tidak boleh tunggu lama.

“Aaron selamat dilahirkan jam 1.46 pagi Sabtu lalu dengan berat 2.85 kg,” katanya. Menurut Izreen, suaminya yang juga pemuzik Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude turut berada di sisinya. “Saya gembira kerana sewaktu melahirkan Aaron, suami ada menemani untuk memberikan sokongan. Tidak seperti saya melahirkan anak pertama, bekas suami tidak dibenarkan masuk kerana operasi terpaksa dijalankan akibat situasi tidak diduga.

“Ude sikit pun tidak rasa takut sewaktu doktor operasi perut saya. Alhamdullilah, semuanya lancar dan baik. Terima kasih buat semua yang mendoakan saya dan juga anak,” katanya. Izreen dan Uda mendirikan rumah tangga pada Ogos 2017. Sebelum itu, Izreen bernikah dengan sutradara Muhamad Riza pada 2012 namun berpisah dua tahun kemudian. Hasil perkahwinan terdahulu, Izreen dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Adrian Umar.-My Metro

Izreen Azminda & Ude Wahid Mengaku Ke Mahkamah Syariah Untuk …

Pelakon Izreen Azminda mengakui dia bersama suami, Ude Wahid berada di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Selasa. Menjelaskan spekulasi rumah tangganya, kata Izreen perkahwinan mereka masih utuh. “Landa badai apa? Saya pergi uruskan denda yang dah bertahun baru mahkamah panggil semalam. “Elok je sister (saya) kat rumah dengan suami ni,” jelasnya menerusi entri di Instagram. Izreen tampil mengulas mengenai laporan sebuah portal hiburan tentang desas-desus kononnya rumah tangga mereka dilanda badai susulan keberadaan mereka di mahkamah syariah.-Gempak

‘Kami elok ja dengan suami di rumah’ 

“Dari dulu sampai sekarang, suka buat tajuk yang mengundang . Cukup-cukuplah,” reaksi pelakon, Izreen Azminda terhadap artikel yang diterbitkan sebuah portal hiburan. Izreen berkata, tajuk ‘Muncul Di Mahkamah Syariah, Rumah Tangga Izreen Azminda Dilanda Badai?’ itu dianggap keterlaluan dan tidak masuk akal.

Menurut Izreen, kehadirannya ke mahkamah baru-baru ini adalah bagi menyelesaikan urusan denda beberapa tahun lalu. “Bukan portal ini saja, tapi macam-macam blog lagi yang sengaja menggunakan tajuk sensasi demi menarik perhatian pembaca. Sekali gus, tajuk sebegitu sudah mengundang ftnah apatah lagi orang ramai memang suka baca tajuk saja.

“Landa badai apa? Saya elok saja dengan suami di rumah ni. Saya ke sana sebab dipanggil pihak mahkamah untuk menyelesaikan urusan denda yang bertahun lamanya. Tidak ada kaitan pun dengan hubungan rumah tangga saya.

“Dah kering idea nak buat cerita? Lain kali selidik dan tanya dulu. Jangan nak main tulis saja,” katanya kepada Harian Metro. Izreen juga secara sinis mempelawa pihak terbabit untuk membeli produk jualannya iaitu apam Sugar Butter Milk.

“Saya sedang sibuk menyiapkan apam yang ditempah pelanggan. Apa kata portal atau blogger sebegini beli apam yang saya jual ini. Murah saja. “Mana tahu lepas makan apam dapat idea yang lebih bagus. Itu lebih bermanfaat,” katanya.

‘Suka-suka dah jadi serius’

SELEPAS berkahwin kali kedua sejak tiga tahun lalu, pelakon Izreen Azminda, 35, lebih banyak memberi fokus kepada keluarga, suami ada anak. Walaupun jauh di sudut hati kerinduan terhadap dunia lakonan sentiasa membuak-buak, Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam tidak mahu pentingkan diri.

Apatah lagi selepas melahirkan anak kedua, Aaron Ibrahim yang kini berusia setahun dua bulan, Izreen perlu meluangkan lebih banyak masa di rumah. Namun, bagi mengisi waktu yang ada Izreen berjinak-jinak dalam bidang perniagaan makanan dengan membuat apam, Sugar Butter Milk yang dibuat sendiri.

Walaupun baru beberapa bulan beroperasi, Izreen yang juga bekas pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama pada Anugerah Skrin 2013 bersyukur apabila perniagaan yang pada awalnya sekadar suka-suka itu semakin berkembang maju dan sudah tidak menang tangan melayan tempahan pelanggan.

“Syukur makin lama makin meriah tempahan masuk setiap hari. Daripada hanya seorang bekerja, menjadi berdua dan sekarang sudah bertiga. “Selepas ini mungkin akan berempat. Rezeki ini datang macam-macam cara dengan keizinan-Nya.

“Tapi atas usaha kita juga. Kalau kita bersungguh, hasil pun berganda-ganda. Kalau kita main-main, jadilah usaha separuh jalan. Bagaimanapun, saya bersyukur, perniagaan yang hanya suka-suka ini sudah menjadi serius dan semakin menyeronokkan.

“Tambahan lagi apabila mendapat maklum balas positif daripada pelanggan, hati terus berbunga. Selepas ini kalau ada rezeki terus nak buka kedai bukan jual apam dan puding raja saja, tapi macam-macam lagi kami nak jual,” katanya.

Menurut Izreen yang juga isteri kepada pemuzik bebas, Ude, mendapat pekerja yang baik juga adalah rezeki buat dirinya apatah lagi baru berjinak-jinak sebagai ahli perniagaan. “Bukan ini saja saya anggap rezeki, tapi mendapat pekerja yang bagus seperti sekarang ini pun rezeki bagi saya. Pada saya, apa saja yang kita buat hati kena bersih, ikhlas dan sentiasa positif.

“Negatif ni semua kena buang jauh. Tak elok untuk diri dan rezeki kita. Bersedekah selalu pun boleh jemput rezeki sebenarnya. “Pastikan sentiasa bersangka baik dengan orang lain. Insya-Allah hidup kita akan lebih bahagia. Tenang dan rezeki senang nak datang,” katanya.

Mengenai kerjaya lakonan, Izreen yang pernah popular menerusi drama Kerana Terpaksa Aku Relakan dan Eksperimen Cinta mengakui masih mendapat tawaran. “Ada saja tawaran yang datang, tapi buat masa sekarang masa belum mengizinkan. Ditambah pula dengan perniagaan ini. Saya kena fokus satu persatu dahulu.

“Insya-Allah kalau semuanya sudah terkawal dan terurus dengan baik, baru saya fikirkan mengenai lakonan. Tipulah saya kalau tak rindu berlakon. “Kalau boleh nak macam dulu, tapi saya percaya aturan Allah itu lebih baik dan rezeki ada di mana-mana,” katanya.



Kredit -

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم