BERITA baik untuk belia di negara ini apabila inisiatif kredit e-tunai bernilai RM300 juta akan dibuka kepada dua juta belia warganegara Malaysia yang layak bermula 1 Jun depan di bawah Program eBelia.
Menurut Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), ia bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai dalam kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT) tempatan berdaftar.
ARTIKEL MENARIK:(Video) Jangan Lupa Claim, Ini Cara ‘Belia’ Nak Tebus eWallet RM150 Bermula Ini 1 Jun 2021
Katanya, sejumlah RM200 juta telah diperuntukkan bagi menyalurkan RM100 kredit e-tunai bagi setiap belia yang layak di bawah Belanjawan 2021. “Kerajaan telah menambah baik inisiatif ini dengan peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) menjadikan keseluruhan peruntukan bagi program ini sebanyak RM300 juta.
“Dengan faedah tambahan ini, setiap penerima layak mendapat nilai kredit berjumlah RM150, berbanding RM100 sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. Mengulas lanjut, MOF berkata, eBelia akan ditawarkan melalui empat penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, Boost, ShopeePay and Touch ‘n Go eWallet yang secara keseluruhan mempunyai 30 juta pengguna aktif, dan jaringan lebih satu juta peniaga di dalam dan luar talian.
Tuntut dalam kredit e-tunai
Jelasnya, setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai daripada salah satu penyedia perkhidmatan e-tunai tersebut. “Ia akan disertakan dengan insentif tambahan dalam bentuk bayar balik, baucar, mata terkumpul atau coins oleh penyedia perkhidmatan e-tunai yang dipilih sepanjang tempoh kempen,” ujarnya.
Menurut MOF, inisiatif eBelia itu dibuka kepada warganegara Malaysia yang mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2021 atau merupakan pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM 4 dan ke atas di IPT tempatan berdaftar. Tambahnya, data tersebut akan disemak silang dengan IPT tempatan yang berdaftar dan pangkalan data kerajaan yang berkenaan.
“Tempoh tuntutan kredit tersebut adalah dari 1 Jun hingga 22 Julai dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 31 Julai. “Mereka yang layak digalakkan untuk mengemas kini akaun di aplikasi e-tunai masing-masing atau memuat turun aplikasi e-tunai tersebut sebelum 1 Jun ini,” katanya.
Selain itu, MOF menjelaskan, eBelia merupakan sebuah kerjasama Kementerian Kewangan bersama Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Sumber Manusia, dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Jelasnya, sebarang maklumat lanjut, boleh layari laman web Belanjawan 2021/Program eBelia. Dalam pada itu, Menteri Keewangan juga ada memuat naik perkara yang sama di laman Facebook milik beliau. Sukacita diumumkan Program eBelia, iaitu sebuah inisiatif di bawah #Belanjawan2021, dengan peruntukan RM300 juta untuk 2 juta belia warganegara Malaysia yang layak akan dibuka bermula
1 jun 2021. Tujuan utama program ini adalah untuk meringankan beban kewangan mereka dan menggalakkan perbelanjaan tanpa tunai. Sebelum ini, RM200 juta telah diperuntukkan di bawah Belanjawan 2021 untuk menyalurkan RM100 kredit e-tunai kepada belia yang layak. Menerusi #PEMERKASA, Kerajaan telah menambah baik program ini dengan meningkatkan peruntukan kepada RM300 juta.
Ini bermakna setiap belia/pelajar IPT yang layak akan mendapat RM150 e-kredit dari penyedia perkhidmatan e-tunai iaituBigPay, Boost, Shopee atau Touch ‘n Go eWallet, yang juga akan menawarkan insentif tambahan berdasarkan kempen masing-masing.
Terima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi; KBSMalaysia ; Kementerian Pendidikan Malaysia ; Kementerian Pertanian dan Industri Makanan ; Kementerian Pembangunan Luar Bandar Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM atas kerjasama di dalam menjayakan program eBelia ini.
Rata-rata warganet mengucapkan sykur dan terima kasih atas inisitif kerajaan tersebut. “Syukur lah Kita d malaysia Masa ni d perintah oleh manusia2 yg prihatin …semoga mereka d rahmati dan di berkati Allah…aamiin” “Alhamdulillah langkah2 yang diperkenalknn bagi membantu rakyat yang terjejas dgn covid19 ni.. pelbagai bantuan yg disalurkan.. moga ekonomi negara akan lebih rancak
selepas ini dgn kemasukan pelabur utk melabur.. thanks to team MOF. banyak usaha tahun lalu dan langkah yang diambil demi menempuh pandemik covid. diharapkan tahun ini lebih baik. Terbaikk” Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : http://trendingsangat.pw/
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Terkini Kerajaan Umumkan Tak Semua Penerima Bpr Fasa 1 Akan Dapat Bayaran Untuk Fasa Ke 2. Mana Yang Tak Lulus Tu Ini Tarikh Untuk Buat Rayuan.
Mulai 7 Mei 2021, semua pemohon boleh membuat semakan status BPR Fasa 2. Penerima yang berjaya akan mula menerima bayaran melalui akaun bank masing-masing mulai 7 hingga 12 Mei ini. Namun bagi sesetengah penerima BPR mungkin berasa hairan mengapa ada antara mereka yang telah mendapat bayaran Fasa 1 tetapi semakan status BPR Fasa 2 tidak lulus? Di sini dikongsikan serba sedikit tentang rayuan BPR Fasa 2 dan antara sebab mengapa penerima berstatus TIDAK LULUS walaupun telah menerima bayaran BPR Fasa 1.
Kenapa BPR Fasa 2 Tidak Lulus
Menurut FAQ (Soalan Lazim) Pembayaran BPR Fasa 2 yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), kelayakan pembayaran fasa seterusnya adalah berdasarkan semakan verifikasi kelayakan bagi permohonan BPR 2021 yang dibuat selepas tarikh tutup pendaftaran BPR 2021. Ini bermakna, terdapat proses semakan yang tetap akan dilakukan bagi menyaring penerima BPR Fasa 2 dan seterusnya.
Antara alasan TIDAK LULUS BPR FASA 2 yang dikongsikan oleh pengguna media sosial adalah seperti berikut.
05 – Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan, 12 – Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad, 36 – Pemohon / pasangan adalah penerima GKP, 31 – Status perkahwinan perlu pengesahan, 39 – Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan.
Jika merujuk kepada permohonan sebelum ini seperti BSH dan BPN, beberapa lagi alasan mungkin menyebabkan anda TIDAK LULUS BPR FASA 2, antaranya. Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melibatkan Nama atau Nombor Pengenalan atau Status Kewarganegaraan.
Maklumat Pengenalan Pasangan berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Pengenalan Anak berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Hubungan Pertalian antara Anak dan Pemohon atau Pasangan tidak sepadan dengan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang. Semakan agensi mendapati Anak tidak melepasi syarat kelayakan bagi umur lebih dari 18 tahun sebagai Pelajar Sepenuh Masa.
Tarikh Rayuan Fasa Kedua
Sekiranya anda menerima kod alasan BPR Fasa 2 yang dianggap tidak munasabah atau tidak bertepatan dengan status sebenar anda, maka anda bolehlah mengemukakan rayuan BPR Fasa 2 yang akan dibuka tidak lama lagi. Menurut kenyataan media, rayuan akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021.
Dengan adanya proses rayuan ini, sebahagian daripada mereka yang ditolak permohonannya masih diberi peluang untuk mengemukakan rayuan. Namun, pastikan anda menyertakan dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh pihak LHDNM.
Kategori Pemohon BPR
Untuk makluman, Terdapat dua (2) kategori permohonan BPR 2021 iaitu seperti berikut.
Kategori Isi Rumah
Merupakan pasangan yang telah berkahwin; atau terdiri dari ibu atau bapa tunggal atau balu atau janda atau duda yang mempunyai anak; atau belum berkahwin tetapi merupakan Orang Kelainan Upaya yang berumur 60 tahun dan ke atas.
Syarat Kategori Isi Rumah BPR
Pemohon merupakan warganegara Malaysia, tinggal dan menetap di Malaysia. Merupakan ketua keluarga yang tinggal dalam satu rumah serta berpendapatan kasar bulanan sebanyak RM 5,000 dan ke bawah (seisi rumah). Memiliki pasangan warganegara Malaysia atau mempunyai pengenalan diri di Malaysia seperti MyPR atau MyKAS. Sekiranya pasangan bukan warganegara Malaysia, pasangan mestilah memiliki pengenalan diri yang sah.
Memiliki anak termasuk anak tidak sah taraf dan atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Anak mestilah warganegara Malaysia dan mempunyai pengenalan diri Malaysia sama ada MyKad atau MyKid). Mestilah berumur 17 tahun dan ke bawah atau 18 tahun dan ke atas sekiranya masih dalam pengajian di Institusi Pengajian Awam atau Swasta.
Kategori Bujang
Merupakan individu bujang atau ibu atau bapa tunggal atau balu atau ja.nda atau duda yang tiada anak. Berumur 21 tahun hingga 59 tahun. Bagi individu kategori kurang upaya mestilah berumur 18 tahun hingga 59 tahun
Syarat Kategori Bujang BPR
Pemohon merupakan warganegara Malaysia, tinggal dan menetap di Malaysia. Berpendapatan kasar sebanyak RM 2,500 dan ke bawah (sebulan). Berumur antara 21 tahun hingga 59 tahun atau 18 tahun hingga 59 tahun bagi individu OKU.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BPR Fasa 2, sila lakukannya hubungi saluran berikut.
Kredit : HarianPost
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Ini Yang Ditunggu Tunggu Oleh Rakyat. Akhirnya Tengku Zafrul Umumkan Tarikh Duit Masuk Untuk Bantuan Prihatin Rakyat Fasa Kedua.
KUALA LUMPUR – Pembayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuat secara berperingkat bermula Jumaat ini. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bayaran melibatkan peruntukan berjumlah RM 2.75 b.ilion itu akan membabitkan 8.4 juta penerima. Fasa 2 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuat secara berperingkat mulai 7 Mei ini membabitkan peruntukan berjumlah RM 2.75 bilion.
Seramai 3.6 juta isi rumah, sejuta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.8 juta individu bujang akan menerima bayaran berkenaan. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peningkatan peruntukan adalah berikutan penambahbaikan kadar bayaran kepada penerima. “Jika dahulunya penerima dari kategori isi rumah
menerima RM 300 dan penerima bujang menerima RM 150, kini pembayaran kepada penerima adalah di antara RM 150 hingga RM 600, berdasarkan kelayakan setiap penerima,” katanya dalam kenyataan hari ini. Semakan status kelulusan BPR boleh dibuat mulai 7 Mei 2021.
Bagi penerima isi rumah, warga emas dan individu bujang, bayaran akan dibuat dari 7 hingga 12 Mei ini dan bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank. Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak), bayaran akan dibuat mulai 17 Mei nanti di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Fasa 1 pembayaran BPR berjumlah RM 1.93 bilion telah dibuat kepada 8.4 juta penerima dari 24 Februari sehingga 1 April 2021.
Menurutnya, bagi memastikan program BPR disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021. “Dengan adanya proses rayuan ini, sebahagian daripada mereka yang telah ditolak permohonannya masih diberi peluang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM),” katanya.
Kredit : HMetro
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Ramai Yang Tertunggu Tunggu Akhirnya Kerajaan Umumkan Tarikh Bayaran Jumlah Baki Untuk Bantuan Prihatin Rakyat Fasa Kedua.
Untuk makluman semua pemohon dan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang telah menerima pembayaran Fasa 1 secara berperingkat mulai 24 Februari 2021, pembayaran BPR Fasa 2 akan diagihkan kepada penerima yang layak seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan.
Bilakah Tarikh Bayaran BPR Fasa 2
Tarikh bayaran BPR Fasa 1 sebenarnya telah diawalkan pada 24 Februari 2021 bagi membantu kelangsungan hidup. (Tarikh asal adalah dijadualkan pada bulan Mei 2021). Menurut pengumuman yang dibuat melalui LHDN sebelum ini, baki pembayaran akan diterima melalui
Bayaran Fasa 2 BPR pada asalnya dijadualkan pada bulan September 2021, namun ramai yang menjangkakan ia akan dibuat pada awal bulan Mei 2021, iaitu sebelum Hari Raya Aidilfitri. Walaubagaimanapun, pihak LHDN dan Kementerian Kewangan masih belum memberi kenyataan atau tarikh rasmi bagi pembayaran BPR Fasa Kedua ini.
Terdapat dua kategori permohonan BPR 2021 iaitu seperti berikut, Isi Rumah merupakan pasangan yang telah berkahwin; atau terdiri dari ibu / bapa tunggal / balu / jnda / duda yang mempunyai anak; atau belum berkahwin tetapi merupakan Orang Kelainan Upaya yang berumur 60 tahun dan ke atas. Merupakan individu bujang atau berumur 21 tahun hingga 59 tahun. Bagi individu kategori orang kurang upaya mestilah berumur 18 tahun hingga 59 tahun.
Kategori Isi Rumah BPR
Pemohon merupakan warganegara Malaysia, tinggal dan menetap di Malaysia. Merupakan ketua keluarga yang tinggal dalam satu rumah serta berpendapatan kasar bulanan sebanyak RM 5,000 dan ke bawah (seisi rumah). Memiliki pasangan warganegara Malaysia atau mempunyai pengenalan diri di Malaysia seperti MyPR / MyKAS.
Sekiranya pasangan bukan warganegara Malaysia, pasangan mestilah memiliki pengenalan diri yang sah. Memiliki anak termasuk anak tidak sah taraf dan / atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Anak mestilah warganegara Malaysia dan mempunyai pengenalan diri Malaysia sama ada MyKad atau MyKid). Mestilah berumur 17 tahun dan ke bawah atau 18 tahun dan ke atas sekiranya masih dalam pengajian di Institusi Pengajian Awam / Swasta.
Kategori Bujang BPR
Pemohon merupakan warganegara Malaysia, tinggal dan menetap di Malaysia. Berpendapatan kasar sebanyak RM 2,500 dan ke bawah (sebulan). Berumur antara 21 tahun hingga 59 tahun atau 18 tahun hingga 59 tahun bagi individu OKU.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BPR Fasa 2, sila lakukannya hubungi saluran berikut.
Kredit : HarianPost
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Ada Rakyat Yang Dah Terima Bantuan Prihatin Tapi Ada Juga Yang Masih Belum Dapat. Akhirnya Tengku Zafrul Dedahkan Status Terkini Bayaran Tersebut Ikut Jenis Bank.
PUTRAJAYA: Pembayaran Fasa I B.antuan Prihatin Rakyat (BPR) melibatkan peruntukan berjumlah RM 1.93 bilion disalurkan secara berperingkat bermula esok berbanding jadual asal Mei depan. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia bagi membantu kelangsungan hidup rakyat terutamanya golongan mudah terjejas dan pekerja yang bergantung kepada upah harian.
“Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan bantuan yang diperuntukkan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat. “Pembayaran Fasa 1 BPR, 8.45 j.uta penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM 300 setiap penerima untuk kategori isi rumah melibatkan seramai 4.4 juta penerima dan RM 150 setiap seorang untuk individu bujang, seramai 4.05 juta penerima,”, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tengku Zafrul berkata, pembayaran Fasa 1 BPR dibuat kepada penerima BSH 2020 dan BPN B40 yang telah diluluskan sebelum ini. “Isi rumah dan individu bujang akan menerima bayaran yang terus dikreditkan ke akaun bank masing-masing manakala penerima tidak mempunyai akaun bank, boleh menuntut bayaran melalui cawangan Bank Simpanan Na.sional (BSN), bermula Khamis ini.
“Penerima di Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank pula akan menerima bayaran di lokasi akan diumumkan kelak, bersekali dengan pembayaran Bantuan Prihatin Nasional Fasa Kedua (BPN 2.0), bermula 1 Mac sehingga 1 April depan,” katanya.
Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021) akan dilaksanakan secara bayaran berperingkat mengikut kelompok atau kumpulan kepada pemohon baru dan penerima sedia ada sekiranya permohonan kemaskini maklumat mereka itu telah diluluskan atau berjaya.
Setiap permohonan dan maklumat kemaskini yang dikemukakan oleh pemohon baru dan penerima sedia ada, akan melalui peringkat semakan dengan beberapa a.gensi yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia bagi memastikan maklumat diberikan itu menepati syarat kelayakan dikehendaki.
Bayaran BPR akan dikreditkan terus ke akaun penerima bantuan masing-masing. Bagi mereka yang tiada nombor akaun atau akaun tidak aktif, boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional yang berhampiran.
Kredit : MySumber/Utusan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Kredit -
إرسال تعليق