Jangan dengki dengan rezeki dia. Lagu raya trending no 1 sekali Bonda Rozita sendiri datang komen kat mv lagu tu buat warganet terkedu.
loading...

Menurut Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman, 34, dia juga tidak menyangka Lala Raya mendapat sambutan hangat daripada warganet sehingga mendapat lebih 1.4 juta tontonan dalam tempoh seminggu. 

Jangan dengki dengan rezeki dia. Lagu raya trending no 1 sekali Bonda Rozita sendiri datang komen kat mv lagu tu buat warganet terkedu.

 


”Jangan dengki, itu rezeki saya.” Itu respons usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri mengenai lagu rayanya, Lala Raya yang kini tersohor (trending) dalam YouTube sejak semalam.

ARTIKEL MENARIK:Lepas Nora Danish dan Tiz Zaqyah kali ni Nabila Huda pula disahkan positif covid 19. Ramai yang sebak bila Amy Search pesan ni pada Nabila.
loading...


” Sebenarnya tak sangka Lala Raya trending nombor satu dalam YouTube sebab tahun ini ramai artis yang buat lagu raya. Walaupun stesen radio dan televisyen tidak memainkan lagu saya, tidak mengapa sebab berjuta orang yang suka dengan Lala Raya,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Menjawab tohmahan warganet yang mempertikaikan kualiti video muzik dan vokalnya, pelakon filem Badang itu enggan mengambil pusing semua kritikan yang dilemparkan terhadapnya. “Saya bukan penyanyi profesional, saya hanya mahu jadi seorang penghibur. Mereka yang kutuk-kutuk saya tetap menonton video muzik tersebut sehingga berjaya cecah satu juta tontonan.

”Biarlah nak kritik atau kutuk, asalkan orang sudah pilih lagu raya dan saya sendiri sebagai penyanyi nombor satu dalam Malaysia,” ujarnya. Mengulas lanjut mengenai dkwaan seorang pereka fesyen yang mengkritiknya, Aliff mempersoalkan mengapa lagunya yang menjadi pilihan untuk dikomen. ”Dalam banyak-banyak lagu, mengapa lagu saya yang dikritik. Maknanya dia cembvru dengan saya.

”Malas hendak komen banyak sebab saya tengah gembira lagu saya paling popular sekarang,” katanya lagi. Tambah bapa kepada enam orang cahaya mata itu, impak daripada populariti lagu tersebut, dia menerima tawaran untuk menjadi duta kepada sebuah jenama kerusi urut terkenal, Gintell Malaysia. Untuk rekod, ini bukan kali pertama single Aliff dikritik kerana sebelum ini lagunya Bobo Dimana dan Abang Nak Tegur turut menerima kritikan ramai.

Reaksi warganet

Sementara itu berdasarkan semakan di Youtube, lagu raya Aliff itu telah mencecah hampir 1.8 juta tontonan dengan 63k tanda suka dan 43k tanda tidak suka. Menariknya, dalam orang ramai mengkritik lagu raya dan memperkatakan kemampuan vokal Alif Syukri itu, ramai juga yang memberi reaksi positif di ruangan komen. Malah ibu Aliff yang mesra dipanggil bonda Rozita turut memuji lagu raya anaknya. ”Sumpah seronok.. maaf tak jadi kutuk, ada ilmu dalamnya.. tahun depan buat macam ni mak tak kutuk dah..” tulis Bonda Rozita yang turut dipersetujui ramai.


Sementara itu rata-rata warganet turut menilai lagu itu dari sudut hiburan semata-mata dan pengajaran yang ingin disampaikan di sebalik lagu itu. ”Datuk Aliff Syukri dah bgtau, dia tau dia tak setanding artis-artis lain.. Dia sedar suara dia tak sedap.. Tapi dia hanya nak hiburkan kita… Oleh itu, aku kasi like untuk lagu kali ni” tulis Shamiza.

” Dato Aliff Syukri, lagu ini sangat menyentuh jiwa kami semua. marilah rakyat malaysia sokong dato aliff syukri. sekian terima kasih ..” tulis Haziq. ” Walau auto tune level max..Sangat terhibur dan memang hilang sedih dan stress bila tgk video ni… dgn telatah geng penari yang tak bleh blah. ceria jer suasana dalam clip video ni dengan lagu dan music yg sempoi..” tulis Hanif.

Sumber: kosmo

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kecoh Tentang Mv Dato Aliff Syukri Gara Gara Masuk Rumah A Aida Tanpa Izin. Tak Boleh Berdiam Akhirnya Dato Aliff Syukri Tampil Bersuara Bongkarkan Cerita Sebenar.

SELEPAS kecoh dituduh masuk tanpa izin rumah persinggahan penerbit drama Datuk A. Aida untuk penggambaran video muzik (MV) lagu raya, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri tampil menjelaskan perkara sebenar. Menurut Aliff, 34, terdapat salah faham antara pihaknya dengan penerbit itu berikutan dia sudah pun mendapatkan kebenaran daripada kakitangan pekerja di homestay berkenaan sebelum memulakan penggambaran.

Tambahnya, dia juga ada beberapa kali menghubungi A.Aida bagi memaklumkan perkara itu namun panggilannya tidak dijawab. “Kakitangan tu kata boleh, tapi mungkin ada salah faham, boleh tu maksudnya boleh penggambaran tapi tidak boleh masuk di rumah. “Saya ada empat, lima kali hubungi dia untuk maklumkan tapi tak dapat, tiba-tiba dah viral pula.

“Ya, kami ada shoot di tepi beranda, kami tak masuk tanpa izin rumah pun dan memang tak masuk dalam rumah, tak guna elektrik, tak masuk tandas pun. “Kalau nak kata masuk tanpa izin, kitorang ada 20 orang team kot, bukan seorang, tak manislah kalau kata kami masuk tanpa izin. “Saya nak jelaskan tempat penggambaran saya tu 99 peratus Homestay Angsana Resort, lima peratus di rumah flat dan 0.1 peratus sahaja dilakukan di rumah Datuk A. Aida,” ujarnya kepada mStar.

Aliff ditemui pada majlis berbuka puasa dan pelancaran muzik video Lala Raya di Shah Alam Convention Centre, Shah Alam pada Khamis. Dalam pada itu, Aliff memohon maaf sekiranya perbuatan tersebut membuatkan pihak A.Aida tergores hati atas salah faham yang berlaku. Dia juga sedia untuk membayar ganti rugi sekiranya ada sebarang kerugian yang ditanggung oleh pihak penerbit drama tersebut dan berharap perkara ini tidak dibesarkan. “Saya akui kesilapan dan saya ingin memohon maaf mungkin ada berlaku misscomunication antara wakil saya dan wakil penerbit tersebut.

“Sekiranya dengan salah faham yang berlaku ni ada melibatkan kerugian yang berlaku, saya bersedia untuk membuat ganti rugi. “Saya pun tak sangka benda ni berlaku, saya mohon maaf kepada A.Aida kalau rasa kecewa dan mohon benda ni tidak dibesar-besarkan,” ujarnya.

Pada Isnin lalu, A.Aida meluahkan rasa terkejut ketika menonton muzik video hari raya Aliff Syukri yang menggunakan lokasi rumah persinggahannya iaitu di Tuah D’Manggis di Janda Baik, Pahang. A.Aida mendakwa ahli perniagaan itu menceroboh dan melakukan penggambaran di beranda dan belakang kediaman tersebut tanpa meminta izin daripadanya.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Menari Sakan Buat Mv Lagu Raya Terkejut Rupa Rupanya Dato Aliff Syukri Masuk Rumah A Aida Tanpa Izin Untuk Mv Tu. Sekali Ini Respon Dari A Aida Buat Warganet Terkedu.

PENERBIT drama, Datuk A. Aida terkejut tatkala menonton sebuah muzik video (MV) hari raya dengan aksi seorang usahawan kosmetik berjoget riang dengan menggunakan lokasi dikenali. Selepas diamati betul-betul, sah, itu rumah persinggahan A. Aida iaitu Tuah D’Manggis di Janda Baik, Pahang yang digunakan oleh Datuk Seri Aliff Syukri untuk penggambaran MV lagu berjudul Lala Raya tanpa izinnya.

Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 51, mendakwa ahli perniagaan itu masuk tanpa izin dan melakukan penggambaran di beranda dan belakang kediaman tersebut. “Tadi pengurus saya call… dia tanya tahu tak yang Aliff guna rumah saya di Janda Baik itu untuk MV lagu raya dia. Memang saya terkejut la apabila tengok MV itu, sebab saya tak tahu apa-apa.


“Saya tanya pekerja saya macam mana Aliff boleh masuk rumah itu dan siapa benarkan dia masuk. Kata pekerja saya, Aliff memang beritahu nak datang untuk tengok tempat. “Ketika itu tak ada siapa dekat situ… malah pekerja saya kata, Aliff panjt untuk pergi ke beranda rumah saya tu. Itu dah kira masuk tanpa izin! Aliff menggunakan rumah itu tanpa pengetahuan dan izin saya,” katanya kepada mStar.

Hasil pemeriksaan mStar pada MV lagu nyanyian Aliff yang dilancarkan di YouTube pada Isnin itu jelas menunjukkan beberapa scene dia bersama beberapa penari latar berada di beranda dan belakang rumah tersebut. Dalam pada itu, penerbit drama Andainya Takdir ini memberitahu Aliff tidak pernah menghubunginya untuk meminta izin sedangkan mereka saling mengenali antara satu sama lain.



loading...


Jelas Aida, dia sememangnya tidak membenarkan sebarang rakaman atau penggambaran di rumah percutiannya itu kerana ia eksklusif untuk produksi miliknya iaitu A. Aida Production sahaja. “Yang saya sakit hati, dia langsung tak hubungi saya… bukannya dia tak kenal saya dan dia tahu itu rumah saya! Dah la tak minta izin, tak ada langsung letak kredit penghargaan nama resort saya itu.

“Saya memang tak beri mana-mana produksi jalani penggambaran di rumah itu sebab memang eksklusif untuk produksi saya sahaja. Saya mahu jadikan tempat itu eksklusif. “Sebelum ini, ada beberapa produksi minta izin nak guna rumah itu tapi saya tak benarkan. Tapi dia boleh senang-senang masuk tanpa izin! Saya nak Aliff beri penjelasan mengenai perkara ini,” ujarnya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Siapa Sangka Datuk A Aida Merupakan Selebriti Pertama Yang Dapat Suntikan Vaksin. Rupanya Ini Sebab Dia Dapat Keistimewaan Tersebut.

Siapa sangka, penerbit popular Datuk A Aida menjadi artis tempatan pertama di Malaysia apabila selesai menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech menerusi proses vaksinasi di Dewan Sri Seroja, Putrajaya hari ini. Menurut laporan Harian Metro, pemilik nama Zaidah Awang itu disuntik berikutan keanggotaannya dalam pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang berpangkat Kolonel Bersekutu.

Penerbit berusia 51 tahun itu berkata, dia tidak takut untuk disuntik selepas mendapat tahu namanya ada dalam senarai bagi menerima vaksin Covid-19. “Apabila nama tersenarai untuk mendapat suntikan vaksin hari ini, saya okay dan tidak ada apa perlu ditakutkan. Bagi saya, takut itu subjektif dan setiap orang berbeza pandangan.

“Malah kalau ada fikir apabila kena vaksin nanti akan mti, apa boleh dicakap adalah mti itu memang pasti dan bila-bila saja. “Tak perlu suntik pun kalau sudah ajal akan mati juga. Cumanya, apabila kita mengambil suntikan vaksin sekurang-kurangnya dapat meningkatkan imunisasi badan kita,” katanya.


Cumanya, apabila kita mengambil suntikan vaksin sekurang-kurangnya dapat meningkatkan imunisasi badan kita,” katanya kepada Harian Metro. Sebelum ini, pelakon dan anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin bersama suaminya Sirhan Wahab menerima suntikan vaksin Covid-19 buat kali kedua di Emirates Field Hospital, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), pada Januari lalu.

Sasha mereka menerima suntikan vaksin Sinopharm yang kedua itu selepas 21 hari mengambil suntikan pertama. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : HMETRO ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Penat Jaga Badan Tapi Bila Ada Yang Tawarkan RM20 Juta Pada A Aida Dia Sanggup Tolak. Tergamam Ini Alasan Padu Yang Dia Bagi.

Enggan berkongsi kasih dan dimaduk4n, A Aida mendakwa dia sanggup menolak “lamaran” bernilai RM20 juta daripada seorang lelaki yang ingin menjadikannya isteri nombor dua. Kata penerbit drama popular itu, sememangnya dia akan menolak lamaran sedemikian kerana enggan mengambil risiko untuk jatuh hati pada seseorang yang berstatuskan suami orang.

“Sejujurnya, memang betul ada beberapa lelaki nak masuk meminang. Sampaikan ada seorang tu ingin melamar dengan buat transaksi wang RM20 juta ke dalam akaun saya sekiranya bersetuju berkahwin dengan dia. “Tapi dia bukanlah orang bujang sebaliknya lelaki yang sudah berkahwin, dan dia mahu menjadikan saya sebagai isterinya yang kedua.

“Justeru, saya terpaksa menolak lamarannya itu secara baik,” katanya ketika ditemui pada majlis Mikaseries by Zoey Rahman di sebuah kompleks beli-belah di Kuala Lumpur hari ini. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang itu berkata demikian ketika ditanya siapakah gerangan yang berjaya menambat hatinya selepas kembali solo sejak tahun lalu.

Dia mendakwa kejadian dilamar itu baru saja berlaku, iaitu sekitar tiga bulan lalu. Katanya lelaki berkenaan berhasrat untuk menambah nilai wang tawarannya jika jumlah yang ditawarkan itu masih belum mencukupi.

Rasa tak layak bermadu

Bagaimanapun, tawaran berkenaan tetap ditolak Aida kerana yakin lelaki yang kaya-raya bukanlah kriteria calon suami yang dicarinya. “Lebih selesa untuk berkawan saja sekarang, tapi dalam pada berkawan tu juga saya menjadi semakin terbiasa menjalani rutin kehidupan sekarang, pergi pejabat, balik rumah tulis skrip dan berehat tenangkan fikiran cari ilham di beranda.

“Namun, jika berjodohan, saya tak cari lelaki kaya pun. Cukuplah jika dia boleh membimbing saya dunia dan akhirat,” katanya. Penerbit Andainya Takdir itu sebelum ini pernah berkahwin empat kali. Perkahwinan pertamanya ialah dengan vokalis kumpulan Spring, Ameng, pada 1994 dan rumah tangga mereka berkekalan selama sembilan tahun.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak perempuan, Wan Az Aleesa, 23, dan Wan Azevanatassha, 18. Aida, 50, juga pernah berkahwin dengan seorang anggota polis, namun butiran mengenai perkahwinan keduanya itu tidak dijelaskan.

Dia kemudian mendirikan rumah tangga dengan seorang lagi anggota polis, Sufian Sulaiman, pada 2007, namun berpisah enam tahun kemudian. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rahul, 12. Dan 18 Jun tahun lalu, Aida rasmi berpisah talak satu selepas 10 bulan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ariff Aziz.

Bagi Aida, tidak wajar untuknya menjadi isteri nombor dua selepas bersusah-payah dia ‘memasang badan’. “Macam mana pun, saya bagitau pada dia, saya tak rela dan tak suka bermadu sebab tak rasa layak dimadukan.

“Penat saya jaga badan, boleh kalah anak dara sebab pergi ke gim setiap hari. Takkan saya nak bermadu. “Tapi kalau terjumpa lelaki bertubuh sasa atau sado, saya tak menolak, dia tak ada wang pun tak apa,” katanya sambil tertawa.


A Aida nak ‘sado’ sampai tua

“KALAU boleh apabila berusia 60 tahun nanti pun saya mahu kelihatan ‘sado’,” kata penerbit drama, Datuk A Aida, 49, yang kini giat melakukan senaman di gimnasium bagi mendapatkan bentuk tubuh sasa dan ‘six pack’.

Aida berkata, dia mahu mendapatkan semula bentuk tubuh ketika zaman remaja. “Kalau nak tahu sejak remaja lagi saya memang suka ke gimnasium. Kemudian, saya berhenti tapi kembali aktif sejak beberapa tahun ini. Fokus saya sekarang mahu mendapatkan semula bentuk tubuh ketika remaja,” katanya.

Aida berkata, dia mengambil inspirasi daripada selebriti Hollywood yang kebanyakannya mengamalkan cara hidup sihat. Menurut Aida, bentuk tubuhnya ketika remaja adalah seperti watak Lara Croft dalam filem Tomb Raider lakonan Alicia Vikander. Jadi, tidak ada masalah untuk dia mendapatkan semula bentuk badan begitu semula.

“Saya tidak mahu apabila umur kian meningkat, badan pun menggelebeh,” katanya. Aida berkata, bentuk tubuh dimiliki sekarang membuatkan dia lebih yakin selain penampilan yang tampak lebih menarik. Dalam masa sama, Aida mahu memberi inspirasi kepada wanita supaya mementingkan penjagaan tubuh dan kesihatan.

“Saya bukannya nak dapatkan tubuh seperti lelaki tapi lebih kepada bentuk ideal wanita. Apabila kita berpakaian pun kelihatan cantik dan terletak saja. “Selain itu saya tidak mahu dijangkiti penyakit. Doktor memaklumkan bersenam dan menjaga pemakanan adalah ubat segala penyakit. Jadi, saya tak nak ada bp tinggi, kencing manis dan lain-lain.

Itu yang doktor selalu pesan. Alhamdulillah, sampai sekarang saya sihat. Paling penting juga, apa saya buat sekarang ini memberi inspirasi kepada orang lain termasuk dua anak perempuan saya. Ramai rakan artis wanita dan lelaki yang mahu ikut sama dan saya menjadi jurulatih mereka,” katanya.

Aida turut berpesan kepada wanita lain bahawa penjagaan kesihatan dan bentuk badan sangat penting. “Untuk wanita, mari kita sama-sama jaga badan. Jangan apabila usia makin meningkat, kita tidak ‘fit’. Seperti kelapa, makin lama makin banyak santan. Begitu juga wanita. Walaupun berusia, tapi badan mantap dan sihat. Biar kita ada kelebihan di situ,” katanya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : trendingsangat.pw via MediaViral

A Aida tetap bayar gaji

PENERBIT terkenal, Datuk A Aida tetap membayar gaji kakitangan dan tenaga produksi yang bekerja dengan syarikatnya, A Aida Production Sdn Bhd. A Aida berkata, walaupun semua penggambaran ditunda sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, dia perlu bertanggungjawab.

“Kalau ikutkan dalam keadaan sekarang, penebit antara yang paling terkesan sebab semua projek terpaksa ditunda. Fikir macam mana nak bayar gaji. “Tapi, saya tidak boleh pentingkan diri. Saya ada 61 kakitangan dan tenaga produksi. Mereka semua ini pekerja tetap dalam syarikat saya. Jadi, apa pun yang berlaku gaji tetap perlu dibayar,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut A Aida, dia turut menyambut baik usaha daripada beberapa persatuan kreatif tempatan yang ingin membantu pekerja belakang tabir. “Macam artis dan penggiat seni lain termasuk tenaga kerja belakang tabir ada persatuan yang sudi membantu. Bagi saya, mana yang betul-betul memerlukan itu memang patut dibantu. “Saya sokong usaha persatuan dan berharap, perkara ini dapat meringankan beban semua pihak. Sebaiknya, berhenti menuding jari kepada pihak tertentu,” katanya.

A Aida berhabis lebih RM100,000 beli kamera baru

Kuala Lumpur: Penerbit terkenal, Datuk A Aida sanggup berhabis RM146,980 semata-mata untuk membeli tiga kamera baharu bagi kegunaan penggambaran drama, Bidadari Salju yang bakal ditayangkan di slot Akasia, TV3 pada Disember nanti.

Malah, A Aida, 50, berkata dia juga melabur banyak untuk babak bermain bola sepak yang menggunakan khidmat lebih 20 pelakon extra membabitkan remaja dan berbadan sado. “Saya fikir agak lama juga tidak buat drama di slot ini. Ditambah pula, drama adaptasi ini jalan cerita berbeza dengan yang lain dan saya mahukan sesuatu yang baru bukan saja dari segi ‘shot’, tapi juga ‘look’ drama ini. Kebetulan, pengarah, Riza Baharudin ada kepakaran itu. 

“Apabila dia cakap nak gunakan tiga kamera, saya tak fikir panjang dan terus buat tempahan. Semuanya demi drama ini agar hasilnya nanti lebih menarik dan berkualiti. “Dalam masa sama, drama ini ada babak bermain bola sepak. Justeru, saya berasakan ia perlu diberi perhatian dan bukan sekadar ‘penggambaran’ biasa saja. Jadi, saya dan pasukan berbincang untuk mencari pelakon extra yang sesuai dengan babak itu.

“Saya buat uji bakat dan menetapkan kriteria kena remaja dan sado. Bagi saya, pemain bola perlu kelihatan ‘fit’ barulah nampak ‘real’. Takkan saya nak ambil yang boroi pula kan. Memang tak sesuai,” katanya. Sementara itu, Riza berkata itu kali pertama dia akan mengarah menggunakan tiga kamera.

“Ini kali pertama saya dapat ‘shoot’ menggunakan tiga kamerra. Sebelum ini satu atau dua kamera saja. Ada sebab saya nak gunakan tiga kamera. Ini kerana, kalau pengkarya luar, mereka menggunakan enam sehingga tujuh kamera.

“Mereka gunakan banyak teknik kamera untuk mendapatkan lebih banyak ‘sht’ dan reaksi untuk setiap babak. Alhamdulillah, saya tahu dan ada kelebihan di situ untuk memudahkan kerja semua orang dan mencantikkan hasil kerja.

“Sebenarnya saya saja uji Datuk dengan buat permintaan tiga kamera, tak menjangka pula dia bersetuju. Tapi, apabila dah bagi, saya kena buat yang terbaik. Saya kena tunjuk yang lebih baik,” katanya. Drama terbitan A Aida Productions itu menampilkan pelakon Adam Lee dan Sweet Qismina sebagai watak utama.



Kredit -

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post