Kecoh pasal Neelofa dan suami rentas negeri gara gara nak beli karpet. Sekali ini status terkini tentang kes Neelofa dan suami.
loading...

ISU ingkar prosedur operasi standard (SOP) membabitkan pasangan selebriti Neelofa dan suaminya, Haris Ismail atau PU Riz nampaknya hampir selesai apabila kertas siasatan terhadap mereka diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

Kecoh pasal Neelofa dan suami rentas negeri gara gara nak beli karpet. Sekali ini status terkini tentang kes Neelofa dan suami.

 


Menurut Ketua polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd Fazley Ab Rahman, kertas si4sat4n tersebut dihantar selepas pihak polis memperkemas dan melengkapkan siasatan kes membabitkan pasangan berkenaan merentas negeri.

ARTIKEL MENARIK:Jangan dengki dengan rezeki dia. Lagu raya trending no 1 sekali Bonda Rozita sendiri datang komen kat mv lagu tu buat warganet terkedu.
loading...


“Kertas siasatan itu dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara (AG) di Putrajaya hari ini (Selasa),” katanya memetik The Star. Pada 4 Mei lalu, Neelofa, 32, dan PU Riz atau nama sebenar, Haris Ismail, 26, telah hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat p0lis Daerah Nilai, Negeri Sembilan.


Neelofa berkongsikan video di Instagramnya sebelum dipadamkan selepas ia menjadi tular.

Neelofa dan PU Riz disiasat di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan penyakit Berjngkit 1988 (Akta 342) serta di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Penceg4han dan Pengawalan peny4kit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan jangkitan Kawalan Pergerakan Bersyarat 2021 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Video berdurasi 15 saat yang dimuat naik Neelofa di Instagram Story memaparkan dirinya dan suami berada di sebuah kedai dipercayai di Pusat Borong Nilai 3, di Nilai menjadi tular pada 2 Mei lalu. Kertas siasatan itu dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara (AG) di Putrajaya hari ini (Selasa).

Bekas pengacara MeleTOP itu kemudiannya memadamkan video tersebut selepas perkara itu menjadi tular di kalangan warganet. Terdahulu, pasangan selebriti ini dan keluarga akhirnya dikenakan kompaun berjumlah RM60,000 kerana didapati bersalah ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Isu itu timbul selepas beberapa foto menunjukkan jemputan yang hadir ke majlis perkahwinannya tidak mematuhi SOP PKPB ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) tular di media sosial. Neelofa dan PU Riz diijabkabulkan di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada 27 Mac lalu.

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tak Habis Lagi Isu Neelofa Ni. Kali Ni Pekerja Kedai Tampil Bongkarkan Berapa Banyak Neelofa Dan Suami Belanjakan Untuk Beli Karpet Dekat Nilai 3.

SEREMBAN: Selebriti popular, Noor Neelofa Mohd. Noor didakwa membelanjakan RM 10,000 ketika mengunjungi sebuah premis menjual permaidani di Pusat Perniagaan Nilai 3, Nilai di sini, Ahad lalu. Kedai karpet yang dikunjungi oleh Neelofa, 32, dan suaminya Muhammad Haris Mohd. Ismail itu dikenali sebagai Naeem Carpet yang mempunyai lebih kurang lima buah cawangan di sekitar Nilai 3.

“Terima kasih Nilofa (Neelofa) dan Harris Ismail (Haris Ismail) blanja (belanja) ke Naeem Carpet Nilai 3 hari ini. Thinks (thanks),” tulisnya. Dalam hantaran lain, warganet turut memuat naik swafoto lelaki itu bersama Neelofa dan suami yang ketika itu duduk dalam kedai itu. Cawangan yang menjadi pilihan pasangan suami isteri itu merupakan kedai yang berada di Lot 122-124.


Seorang pekerja kedai yang dikenali sebagai Hussein berkata, memang selebriti terkenal itu datang bersama suaminya untuk membeli permaidani di premis mereka pada Ahad lalu. “Neelofa dengan suami ada datang ke kedai dan membeli beberapa karpet termasuk karpet Iran yang berkualiti tinggi dan karpet jenis lain yang semuanya berharga RM 10,000.


“Harga bagi satu karpet Iran ini sahaja ialah RM 3,000 dan Neelofa beli dalam dua atau tiga gulung,” katanya ketika ditemui di premis Naeem Carpet di Nilai 3, di sini hari ini. Hussein berkata, tindakan Neelofa membeli karpet di Nilai 3 dan penularan gambar serta video mereka menyebabkan nama Naeem Carpet telah dikenali dan terkenal di seluruh Malaysia.

“Tapi tindakan dia (Neelofa) telah menimbulkan masalah dan polis telah datang ke kedai pagi semalam untuk ambil keterangan,” katanya. Dalam pada itu, Hussein memberitahu, pada hujung minggu lalu kedai karpet tersebut dikunjungi ramai orang dan jualan berjalan seperti biasa selepas isu Neelofa merentas negeri untuk membeli karpet di premis mereka tular.

Media melaporkan Neelofa dan Muhammad Haris akan dipanggil ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai dekat sini bagi diambil keterangan dalam masa terdekat. Ia berhubung daakwaan pasangan itu ingkar prosedur operasi standard (SOP) dengan merentas negeri ke Nilai, Negeri Sembilan. Siasatan susulan penularan gambar dan video Neelofa bersama suami dalam media sosial dipercayai ketika berada di sebuah premis menjual karpet di Pusat Perniagaan Nilai 3, Nilai dekat sini.

Pada 27 April lalu, pasangan itu dan keluarganya dikenakan kompaun sebanyak RM 60,000 kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) PKPB. Neelofa dik.ompaun atas dua kesalahan iaitu gagal mematuhi SOP penganjuran majlis sosial serta ingkar kebenaran untuk tujuan merentas negeri. Neelofa dan Riz berkahwin pada 27 Mac lalu di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.


Kredit : Utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Nama Sering Jadi Bualan Warganet. Terkejut Ini Jawapan Dari Neelofa Bila Dia Disoal Mengenai Perancangan Anak.

Setakat 4 Mei 2021, namanya tidak lekang disebut-sebut di laman sosial, bukan sahaja soal perkahwinan namun perdebatan mengenai dakwaan tidak patuh (SOP) juga dipertikai oleh rata-rata warganet. Sebelum ini soal jodoh selebriti ini mungkin sentiasa menjadi teka-teki di kalangan umum, namun setelah mendirikan rumah tangga, Neelofa kini disoal mengenai zuriat pula.

Terdahulu, selebriti dan usahawan Neelofa pernah menyatakan bahawa usah bertanya soal jodoh padanya kerana terlihat seperti menanyakan waktu bila akan pergi menghadap illahi, kali ini mungkin berbeza jawapannya setelah beliau selamat bernikah dengan seorang pendakwah bebas, PU Rizz.

Menerusi sumber temu-ramah bersama Neelofa di rancangan Melodi, beliau telah menjelaskan bahawa dirinya seolah-olah tidak dibenarkan untuk menjawab soal bilakah pasangan selebriti ini akan menimang cahaya mata namun diserahkan kepada suaminya, untuk mengulas dengan lebih lanjut.

caption: “Soalan pasal anak tu boleh tanya haris, kalau saya jawab nanti kan dia… tak boleh tak boleh” Beliau menjelaskan bahawa suaminya itu akan menasihatinya mengenai perkara-perkara yang mungkin tidak beliau sedari, Neelofa akui bahawa dirinya harus lebih berhati-hati untuk memberi sebarang kenyataan kerana tidak lagi membawa imej dan nama sendiri namun identiti sebagai pasangan suami isteri.

“Neelofa ni semua benda nak post pastu mula lah warganet marah, dia boleh je kot kalau post dekat close friend, benda yang tak sepatutnya tak patut kongsi pada khalayak umum…bila disoal jangan tahu melenting pula kalau diri sendiri yang bagi ruang untuk dikritik” Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berpendapat adalah lebih baik jika sebarang keputusan dibuat dipersetujui dan dipertanggungjawab oleh kedua-dua pasangan.



Menurut sumber sebuah laman portal, Neelofa menjawab perihal anak sama seperti soal jodoh, beliau menyerahkan segala aturan kepada Yang Maha Esa dan jika diberi rezeki dalam masa terdekat, selebriti ini bakal menerimanya dengan tangan terbuka. Mesti comel kan anak Neelofa dengan Harris nanti, tak sabar nak tunggu berita gembira soal anak pula.

Sumber: Instagram Lofa.world & Melodi via HOTFM

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.



loading...


Baru Semalam Neelofa Kena Kompaun Sebanya Rm 60 Ribu. Tak Boleh Berdiam Akhirnya Ini Reaksi Neelofa Buat Ramai Yang Terkedu.

Selepas sebulan berlalu, selebriti popular Noor Neelofa dikenakan kompaun sebanyak RM20,000 kerana tidak mematuhi standard operasi piawai (SOP) bagi mengekang Covid-19. Memetik perkongsian wartawan Astro Awani, untuk kesalahan pertama, usahawan itu dikompaun kerana tidak memastikan penjarakan Sosial ketika majlis akad nikahnya di sebuah hotel di ibu negara pada 27 April.

Kesalahan kedua, Neelofa juga didapati bersalah ingkar tujuan rentas negeri yang dibenarkan. Sementara itu, suami Neelofa iaitu PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail pula dikompaun RM10,000 atas kesalahan ingkar kebenaran rentas negeri.


INI REAKSI NEELOFA

“Assalammualaikum. Seperti yang telah diberitakan, ya, saya sudah dimaklumkan tentang kompaun yang dikenakan terhadap saya dan Haris. Saya menerima dengan hati yang terbuka dan menjadikan kompaun ini sebagai satu pengajaran untuk menggunakan kebenaran merentas negeri atas tujuan yang telah dipersetujui oleh pihak berkuasa dan

juga peringatan buat saya dan semua yang terlibat pada majlis kahwin saya untuk sentiasa menitikberatkan soal kepentingan SOP. Terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama yang baik dalam menguruskan kes saya. Saya ingin meminta maaf sekali lagi jika kes ini memberi sedikit masalah kepada kelancaran kerja-kerja harian kalian. Terima kasih.”

Terdahulu, Neelofa dan Riz, 26, terbang ke Langkawi atas urusan kerja membabitkan pembukaan cawangan francais minuman terkenal. Neelofa dan PU Riz diijabkabul pada 27 Mac lalu di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : ROTIKAYA, FB NEELOFA

Akhirnya Neelofa Dan Keluarga Dikenakan Tindakan. Sekali Ini Jumlah Kompaun Yang Dia Kena Bayar. Bukan Biasa Biasa Jumlah Dia Perlu Bayar Tu.

Usahawan Noor Neelofa Mohd Noor dikompaun RM20,000.00 kerana tidak mematuhi standard operasi piawai (SOP) bagi mengekang Covid-19. Ketua polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata usahawan itu dikmpaun kerana tidak memastikan penjarakan fizikal sewaktu majlis akad nikahnya di sebuah hotel di ibu negara pada 27 April.

Neelofa juga didapati bersalah ingkar tujuan rentas negeri yang dibenarkan. Gambar kontroversi Neelofa dan suami bercuti di Langkawi ketika sekatan rentas negeri dilaksana. Tiada diskaun dibenarkan untuk menyelesaikan kmpaun itu, kata polis.

Suami Neelofa, Muhammad Haris Mohd Ismail pula dikompaun RM10,000.00 tanpa diskaun, atas kesalahan ingkar kebenaran rentas negeri. Manakala 20 orang anggota keluarga Neelofa yang hadir dalam majlis perkahwinan itu dikompaun masing-masing RM1,5000 kerana gagal memastikan penjarakan fizikal.

Mohamad Zainal berkata kesemua kompaun dikeluarkan hari ini dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM60,000.00. “Justeru, pihak PDRM menasihati orang ramai supaya terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). “Kegagalan mematuhi perintah ini membolehkan tindakan diambil di bawah peruntukan undang undang yang masih berkuat kuasa,” katanya.


PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Untung Dapat Jadi Pa Neelofa. Jadi Manusia Yang Neelofa Paling Percaya. Rupa Rupanya Dalam Diam Bukan Calang Calang Orang Pa Neelofa Ni.

Sudah menjadi kebiasaan untuk seorang selebriti itu mempunyai Manager atau Personal Assistant(PA) yang tersendiri bagi menguruskan urusan jadual kerjaya. Selalunya PA merupakan orang yang paling rapat serta paling dipercayai oleh seseorang untuk menguruskan hal kerja dalam masa yang sama tahu tentang kisah peribadi seseorang itu.

Bagi usahawan berjaya, Noor Neelofa, beliau menganggap PA yang selama ini sentiasa bersamanya sebagai seseorang yang paling dipercayai olehnya dalam menyimpan segala rahsia tentang kehidupan peribadinya. PA yang selama ini menguruskan hal kerja Neelofa itu dikenali sebagai Nadiah Khairuddin dan difahamkan beliau sudah lama berkhidmat bersama Neelofa.


Dalam masa yang sama, kelihatan adik Neelofa iaitu Ameera Khan turut mengatakan bahawa Nadia juga merupakan secret keeper baginya. Sebelum ini, Nadia ada memuat naik Instagram story mengatakan bahawa beliau sedang mencari PA untuk Neelofa tetapi nampaknya sehingga sekarang Nadia masih kekal sebagai PA merangkap penyimpan rahsia terbesar pengacara tersebut.

Bukan senang sebagai seorang PA untuk mendapatkan kepercayaan majikannya lebih-lebih lagi sekiranya ia melibatkan tentang urusan peribadi. Tak mustahil Nadia turut menjadi orang pertama yang Neelofa akan cari sekiranya beliau mempunyai masalah. Apa pun, Happy Birthday in advance buat Neelofa, semoga panjang umur dan murah rezeki ya!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : http://transformasi.pw/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Keadaan Boleh Dikatakan Tegang Lepas Beberapa Minggu Kahwin. Lama Berdiam Diri Akhirnya Neelofa Dedahkan Apa Yang Berlaku Disebalik Kontroversi Sebelum Ni.

Baru sahaja mendirikan rumah tangga namun satu demi satu kontroversi terpalit, bagaimanapun selebriti popular Noor Neelofa berkata ia tidak menggoyahkan hubungannya dengan suami, PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail. Menurut Neelofa, dia dan suami banyak berbincang mengenai jalan penyelesaian yang perlu dilakukan setiap kali berdepan masalah,

“Alhamdulillah, baru saja beberapa minggu berkahwin, walaupun keadaan boleh dikatakan tegang, namun ia tidak memberi kesan kepada kebahagiaan kami. “Kami adalah satu pasukan dan selalu berbincang mengenai apa yang patut dan tidak dilakukan. Untuk bahagian itu, Alhamdulillah,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Neelofa enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan dia dan suami ingkar prosedur operasi standard (SOP) pada majlis perkahwinan dan merentas negeri ke Langkawi baru-baru ini. “Saya tak nak komen banyak. Suami pesan, janganlah panjang-panjangkan. Dia pun tak ada dengan saya sebab bapa saudaranya pegi menghadap illahi semalam (kemarin),” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Rotikaya

“Saya Sangat Tekankan Keberkatan Dalam Setiap Perkara,” – Pintu Rezeki Makin Bertambah, Neelofa Bersyukur

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa meluahkan rasa syukur kerana telah dilimpahi dengan rezeki yang luas, lebih-lebih lagi selepas baru berkahwin. Bagaimanapun, Neelofa menyifatkan dia dan suami, PU Riz lebih mengutamakan mengenai soal keberkatan dalam setiap perkara yang mereka lakukan.

“Alhamdulillah, kami berkahwin pun baru je seminggu. Jadi, apa-apapun bentuk rezeki yang diterima sama ada suami atau diri saya sendiri, yang paling saya utamakan adalah keberkatan. “Kalau kita terlalu luangkan masa untuk kejar segalanya tapi tiada berkatnya, kita akan penat dan rasa membazir sahaja.

“Saya sangat tekankan kepada keberkatan dalam setiap perkara yang saya lakukan InsyaAllah,” katanya kepada MH. Pemenang trofi Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular 29 (ABP29) itu berkata sedemikian sewaktu ditemui di majlis tandatangan produk terbaharu Fipper x The Noor di Hotel Marriot, Putrajaya pada Isnin.

Pada masa sama, Neelofa turut memaklum segala urusan kerjanya sewaktu di Kedah telah berjalan dengan lancar meskipun dikritik oleh segelintir pihak yang mendkwa dia dan suami telah menyalahgunakan kebenaran merentas negeri.

“InsyaAllah dengan kerjasama bersama pihak Chatime, saya akan buka beberapa oulet di sana (Kedah). “Jadi sebelum puasa saya cuba selesaikan apa yang perlu. Alhamdulillah segalanya dapat dibuat pada minggu lepas. “Walaupun setelah apa yang terjadi termasuklah impak daripada orang ramai, kami telah ditawarkan untuk membuka lebih daripada satu cawangan.

“Terima kasih kepada anda semua kerana telah memberikan ‘free marketing’ dan membuka rezeki kepada saya. “Rasanya saya tidak perlu bercakap mengenai segala tindakan saya kerana segalanya ada sebab-sebab yang tersendiri mengikt keadaan dan keperluan saya pada ketika itu,” katanya lagi.

Ditanya mengenai perasaannya menyambut bulan Ramadan sebagai seorang isteri, Neelofa mengakui dia berasa sangat teruja kerana ini antara momen-momen yang amat dia nanti-nantikan. “Ada beberapa perkara sebenarnya didalam perancangan saya tetapi sekiranya perkara tersebut tidak dapat dilaksanakan, saya akan berpuasa di sini bersama keluarga seperti biasa.

“Sejujurnya saya teruja kerana ini juga merupakan perkara yang saya tunggu-tunggu. “Banyak masa akan dipenuhi dengan program-program tersendiri terutamanya ketika di rumah,” akhirinya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://trendingsangat.pw/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kecoh Pasal Majlis Nikah Neelofa Tak Patuh Sop. Lepas Neelofa Dan Suami Rupanya Menteri Agama Pun Dipanggil Untuk Ambil Keterangan Tentang Isu Ini.

MENTERI (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri tidak terkecuali daripada dipanggil memberi keterangan berhubung siasatan ingkar prosedur operasi standard (SOP) majlis pernikahan selebriti Neelofa dan pendakwah bebas, Haris Ismail.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, Zulkifli merupakan antara individu terawal tampil membantu polis berhubung isu berkenaan. “Kita sudah ambil keterangan YB (Yang Berhormat) berkenaan, dia juga hadir sebagai tetamu jemputan.

“Keterangan beliu lebih awal diambil berbanding yang lain kerana kita juga nak pastikan apa yang ditularkan itu betul atau tidak. “Maklumat yang diperolehi sedikit sebanyak dapat membantu kita meneliti lebih dalam mengenai apa sebenarnya yang berlaku pada hari berkenaan,” katanya dalam pertemuan eksklusif bersama mStar pada Selasa.

Difahamkan Zulkifli dijemput ke majlis berkenaan bagi memberikan khutbah nikah dan tazkirah ringkas. Pada Isnin, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 32, dan suaminya Haris atau Pencetus Ummah (PU) Riz, 26, tampil memberi keterangan berhubung siasatan kes pelanggaran SOP majlis pernikahannya 27 Mac lalu.

Bagaimanapun menurut polis, pihaknya perlu mendapatkan keterangan beberapa lagi ahli keluarga mereka sebelum tindakan lanjut dapat diambil. Terdahulu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) selepas timbul kekecohan bahawa majlis pernikahan mereka gagal mematuhi SOP dan tiada penjarakan fizikal.

Mengulas kebimbangan ramai berhubung wujud isu pilih kasih atau ‘double standard’ terhadap siasatan kes ini kerana ia melibatkan golongan selebriti dan VIP, Mohamad Zainal bagaimanapun menafikannya. SOP pihak polis adalah sama di mana-mana pun, jika tular kita perlu siasat… tak kira majlis VIP atau orang biasa.

Jelas Mohamad Zainal, tiada sebab untuk pihaknya melindungi pihak terbabit jika mereka didapati bersalah. “Tiada apa-apa kepentingan untuk kita lindung, tindakan akan diambil. Malah kalau kita keluarkan kompaun pun, mereka mampu nak bayar. “Jadi tiada sebab untuk kita tak mahu ambil tindakan,” katanya.

Ujar Mohamad Zainal lagi, siasatan bagi kes yang ditularkan sememangnya memerlukan sedikit masa untuk siasatan berbanding jika pihak berkuasa berada di lokasi pada hari kejadian. “Kalau masa itu (majlis berlangsung) aduan dibuat, saya percaya pada masa itu juga kompaun akan dikeluarkan. “SOP pihak polis adalah sama di mana-mana pun, jika tular kita perlu siasat… tak kira majlis VIP atau orang biasa,” katanya.

Warganet kecewa terhadap kenyataan Neelofa – “Purdah Tak Mampu Menutup Sifat Seakan Sombong Dan Angkuh”

Kehidupan seorang selebriti sudah semestinya tidak akan lari jauh daripada perhatian warganet, lebih-lebih lagi apabila perwatakan dan imej segelintir selebriti tanah air kita sering menjadi tumpuan dan dianggap sebagai idola oleh peminat mereka.

Meskipun gelaran ‘selebriti’ diberikan kepada mereka, namun mereka juga merupakan manusia biasa yang tak lari daripada melakukan kesilapan. Lumrah menjadi seorang selebriti ini akan sentiasa dikecam lebih-lebih lagi apabila perkara yang dimuat naik oleh mereka sangat terkesan oleh warganet.

Terkini, isu yang masih hangat menjadi perbulan warganet di media sosial mengenai usahawan dan pengacara terkenal, Noor Neelofa sekali lagi mengundang amarah warganet apabila beberapa kenyataannya di sidang akhbar baru-baru ini berbaur seperti angkuh dan riak.

Menerusi sidang akhbar tersebut, Neelofa mengucapkan terima kasih kepada warganet kerana disebabkan warganet yang membuat ‘free marketing‘ ini, beliau mendapat peluang untuk membuka lebih banyak cawangan air yang berjenama itu.

Menurut warganet di Twitter, perbuatan Neelofa diungkapkan seperti menyiram bara api yang sedang hangat membara dek kerana isu ini masih belum diselesaikan. Meninjau di Twitter, majoriti daripada warganet meluahkan perasaan kecewa dengan kenyataan Neelofa yang dianggap bongkak serta tidak menyangka beliau akan berkata seperti itu.

Kenyataan Neelofa yang dikatakan berbaur seperti angkuh ini telah membuatkan sesetengah warganet untuk tidak menyokong produk-produk Neelofa lagi. Bagaimanapun, dalam sidang akhbar tersebut, Neelofa meminta ruang privasi untuk beliau menyelesaikan kemelut ini bersama pihak atasan.

Apa-apa pun, kita mengharapkan ada penjelasan di atas setiap perkara berlaku. Sama-sama kita nantikan kenyataan rasmi daripada pihak Neelofa dan pihak berkuasa untuk isu ini. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: Koolfm



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post