Ramai tak senang duduk bila tengok keluarga Abby Abadi dan Norman beraya. Sekali ini tindakan polis buat ramai yang tak sangka.
loading...

Ampang Jaya: Polis menjalankan siasatan berhubung gambar keluarga selebriti yang dikatakan berziarah pada sambutan Aidilfitri yang tular di media sosial, baru-baru ini, kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ramai tak senang duduk bila tengok keluarga Abby Abadi dan Norman beraya. Sekali ini tindakan polis buat ramai yang tak sangka.

 


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya mengesan gambar keluarga selebriti berkenaan yang tular di dalam portal dan media sosial pada 4 petang tadi. “Gambar berkenaan menunjukkan sambutan hari raya bersama seisi keluarga yang disyaki tidak tinggal sebumbung.

ARTIKEL MENARIK:Cinta kembali bertaut. Lama menyepi akirnya Dai Farhan dan bekas isteri rujuk kembali pada 1 syawal. Sekali ini kata kata isteri buat ramai yang terkejut.
loading...


“Kejadian itu disyaki berlangsung di kediaman selebriti berkenaan yang terletak di Hulu Kelang,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Mohamad Farouk berkata, terdapat kira-kira 13 individu yang disyaki satu keluarga yang dipaparkan dalam gambar berkenaan.

“Majlis berkenaan dijalankan tanpa mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu aktiviti ziarah hari raya. “Aktiviti berkenaan adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP dilaksanakan. “Susulan itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menerima satu laporan polis berkaitan kejadian berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan kejadian itu dijalankan mengikut Peraturan 17 Peraturan Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjngkit 2021. “Kes itu masih dalam siasatan dan pihak polis akan memanggil semua yang terbabit untuk memberikan keterangan.

“Untuk makluman, sebanyak 599 kompuan dikeluarkan dan 16 kertas siasatan dibuka atas pelbagai kesalahan tidak patuh SOP PKP di daerah ini bagi tempoh 1 Januari lalu hingga semalam,” katanya.Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan kes berkenaan masih dalam siasatan. “Kami menyeru orang ramai supaya sentiasa mematuhi arahan dan SOP yang ditetapkan kerajaan dari semasa ke semasa,” katanya.

Apa yang dengki sangat tu?

Abby Abadi turut bersuara di IG story apabila menjelaskan bahawa mereka memang sering berkumpul sejak sebelum raya lagi. Jadi, mengapa ketika hari lebaran mereka tidak boleh berjumpa semasa sendiri seperti hari biasa?Oleh itu, pelakon drama bersiri kepolisian itu meminta agar warganet membersihkan hati dan tidak berasa dngki kerana rezeki setiap orang berbeza-beza.


Norman Hakim dan Abby Abadi pernah berkahwin sebelum ini dengan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Dania Hakim. Namun pada 2008 mereka telah berpisah dan Norman Hakim berkahwin dengan Memey Suhaiza. Mereka dikurniakan tiga orang anak.

Manakala Abby pula berkahwin dengan Muhammad Faizal Zakari pada 2015dan telah mengambil tiga orang anak angkat. Hubungan kekeluargaan mereka juga utuh dan masing-masing kelihatan sangat akrab walaupun Norman dan Abby sudah lama berpisah.

Tiada aktiviti ziarah sempena Aidilfitri – PM

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, ziarah rumah ke rumah dan ziarah kbr sempena sambutan Aidilfitri tidak dibenarkan. Perdana Menteri berkata, solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau dibenarkan dengan kehadiran jemaah tidak lebih 50 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah serta 20 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan kurang 1,000 jemaah.

“Had bilangan jemaah sama terpakai bagi solat fardu lima waktu dan solat Jumaat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Kerajaan sebelum ini membenarkan aktiviti kunjung-mengunjung di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Ia termasuk tempoh dan jumlah pengunjung berbeza di kawasan PKP, PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

Perdana Menteri berkata, operasi rumah ibadat bukan Islam juga akan diperketat. “SOP bagi rumah ibadat bukan Islam ditetapkan oleh Kementerian Perpaduan Negara,” katanya.

Sumber : http://limauasamboi.pw/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selamba Je Boleh Pergi Beraya. Norman Hakim Dan Bekas Isteri Dikatakan Ingkar Sop Raya. Sekali Jawapan Yang Abby Abadi Buat Ramai Yang Panas Hati.

Sambutan hari raya Aidilfitri tahun ini sememangnya berbeza kerana diraikan semasa Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) seperti tahun lalu. Dalam kemeriahan menyambut lebaran, orang ramai dinasihatkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana pihak berkuasa sentiasa akan memantau, baik secara bersemuka iaitu rumah ke rumah ataupun melalui media sosial.

Gambar keluarga Norman Hakim & Abby Abadi. Jadi, susulan daripada berita yang dikeluarkan Harian Metro mengenai sambutan hari raya keluarga selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi, ada warganet yang mulai bersuara dengan mempertikaikan SOP antara mereka. Kita 1 daerah pun tak pergi rumah family tau! Bukan tak boleh kunjung-mengunjung?



Tutup ruangan komen?

Melihat dari posting yang dibuat oleh Norman Hakim, dia telah menutup ruangan komen di gambar memperlihatkan mereka semua berkumpul dengan bergambar tanpa ada sebarang penjarakkan sosial.

Apa yang dengki sangat tu?

Abby Abadi turut bersuara di IG story apabila menjelaskan bahawa mereka memang sering berkumpul seak sebelum raya lagi. Jadi, mengapa ketika hari lebaran mereka tidak boleh berjumpa semasa sendiri seperti hari biasa? Oleh itu, pelakon drama bersiri kepolisian itu meminta agar warganet membersihkan hati dan tidak berasa dngki kerana rezeki setiap orang berbeza-beza.

Norman Hakim dan Abby Abadi pernah berkahwin sebelum ini dengan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Dania Hakim. Namun pada 2008 mereka telah berpisah dan Norman Hakim berkahwin dengan Memey Suhaiza. Mereka dikurniakan tiga orang anak.

Manakala Abby pula berkahwin dengan Muhammad Faizal Zakari pada 2015dan telah mengambil tiga orang anak angkat. Hubungan kekeluargaan mereka juga utuh dan masing-masing kelihatan sangat akrab walaupun Norman dan Abby sudah lama berpisah.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Anak Beri Sejumlah Wang Kepada Norman Hakim Dan Abby Abadi. Perkongsian Norman Hakim Secara Tak Langsung Raih Perhatian

Baru baru ini,pelakon Norman Hakim berkongsi sebuah video di mana anaknya itu iaitu Danish Hakim telah memberi sejumlah wang kepadanya dan bekas isteri Abby Abadi. Lebig menyentuh hati, niat anak sulungnya itu sangat mulia kerana dia percaya rezeki yang diperoleh bakal bertambah.

Monthly, tak banyak pun. Abang believe in miracle sebab abang perasan so far abang bagi dekat mama dan papa walaupun jumlah yang kecil, tapi abang dapat pulangan yang berlipat kali ganda. Sorry tak banyak tau.Menerusi video yang dikongsikan, Danish kelihatan memberi wang kepada papanya. Menurut Danish, jumlah yang diberikan itu tidak banyak namun, dia percaya mengenai keajaiban sekiranya dia bersedekah dan berkongsi rezeki dengan ibu bapa.

Menurut Norman Hakim pula, dia tidak pernah minta wang daripada anaknya. Namun, dia terkejut apabila anak sulungnya itu memberi wang bulanan kepadanya semalam. Ujar Norman, anaknya itu mungkin belajar dari dirinya dan bekas isteri. Ini kerana, mereka turut memberi wang kepada kedua ibu bapa.

My Mama’s reaction when i give her some of my monthly salary , alhamdulillah she’s very happy mann even her’s monthly salary are 10 times bigger than me.Selain Norman, Abby turut kelihatan terkejut semasa menerima wang daripada anaknya itu. Menurut Abby dia sentiasa mendoakan anaknya dan berharap Danish turut mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan.

Dikatakan Kaya Sebab Jual Bayi. Akhirnya Abby Abadi Tampil Bersuara Lantang Jelaskan Tentang Isu Ni. Sampai Macam Ni Abby Abadi Respon.

Pelakon Abby Abadi meluahkan rasa terkilan apabila terdapat pihak yang mendakwa konon dirinya melakukan aktiviti menjual bayi kepada pasangan yang mahu mengambil anak angkat. Menurut Abby, hakikat sebenarnya, dia hanyalah menjadi pengantara sahaja antara keluarga bayi dan keluarga angkat tanpa melibatkan sebarang pemindahan tunai kepadanya.

“Saya uruskan untuk orang lain sebab bayi yang saya uruskan tu semua maknya cari saya untuk dibantu. Saya bantu semampunya. Kebanyakan dalam kesusahan, tak ada duit langsung. “Saya dahulukan lagi duit saya. RM200, RM300, RM500, RM1,000. Yang bersalin pun ada yang pinjam duit saya sampai RM6,000, RM2,000. Janji nak bayar lepas serah bayi dekat mak pak angkat, hilang…



loading...


“Macam-macam lagilah cerita tapi saya tak kongsi sebab sehabis baik tak nak aibkan sesiapa. “Susah ke nak percaya ada yang boleh je bantu orang lain tanpa mengharapkan apa-apa? Korang ingat semua hati busuk macam korang yang syok bersembang membb buta di forum.com tu,” luahnya menerusi satu entri di Instagram.

Bahkan, jelas Abby lagi, memang ada bayaran yang perlu ditanggung keluarga angkat, begitupun ia hanyalah untuk urusan bersalin ibu bayi berkenaan sahaja. “Bersalin sendiri pun ada kos. Kos tu untuk mak bayilah. Dah mereka bersalin tu ingat main-main ke? Normal lain, swasta lain. Berpantang lagi. RM5,000, RM7,000, RM10,000, RM15,000.

“Memang ada bil yang tinggi macam tu sebab tu saya cari yang mampu. Sejak dari awal saya memang jadi perantara dan duit apa pun tak lalu kat saya. “Saya kenalkan sahaja dan terus mak pak angkat berurusan sendiri. Jadi bilanya saya menjual bayi ni?” ujarnya.

Bahkan, dalam satu entri berasingan, Abby turut mendedahkan bukti pembayaran bil hospital mencecah lebih RM14,000 yang perlu ditanggungnya ketika mahu mengambil anak angkatnya, Maira Darda Farisa sebelum ini.


Lebih terkilan apabila ada yang mendakwa dia hidup mewah hasil kegiatan ‘menjual’ bayi. “Ada yang tuduh saya kaya sebab jual bayi. Ya Allah! Berat tuduhan tu. Bila nak minta maaf tu?  “Tak nampak ke saya dan suami bekerja berniaga macam-macam.

Ke sana sini sertai acara, berniaga dah macam peniaga pasar malam. Bulan-bulan terkejar-kejar nak bayar itu ini, marah anak-anak supaya berjimat,” katanya. Kata Abby dia tidak menyangka tetap ada insan yang seolah-olah busuk hati cuba mempersoalkan usaha murni orang lain dalam membantu orang lain.

“Bosan ke dah tak ada cerita panas tentang saya? Cerita-cerita tentang bantuan untuk selamatkan bayi-bayi yang tak berdosa ni pun nak berburuk sangka ke? Kenapa orang kita suka dengki dan busuk hati ya? Seronok ek menyebar fitnah?,” katanya.

Sebelum ini, Abby pernah mendedahkan sudah membantu lebih 30 keluarga yang tidak dikurniakan cahaya mata untuk mendapatkan anak angkat. Abby yang mendirikan rumah tangga dengan Faizal mempunyai tiga orang anak angkat, Muhammad Daiyan Fayyadh, Maisara Dayana Fathia dan Maira Darda Farisa.

Abby Abadi Dah Lama Tak Bekerja Tiba Tiba Ada Seseorang Dtg Mintak Pinjam 50k. Terkejut Abby Abadi Bila Tahu Siapa Orang Tu.

Selebriti Abby Abadi meluahkan kekesalannya terhadap sikap segelintir individu yang suka meminta-minta untuk meminjam duit daripadanya. Dia menyatakannya di Instagram Story bahawa bakal peminjam tersebut mahu mendapatkan jumlah wang yang agak banyak bermula dari RM10,000 hingga RM50,000, sedangkan dia sendiri tidak bekerja.

Tidak dinyatakan gerangan individu tersebut sama ada dari kalangan pengikut di Instagram atau pun mereka yang dikenalinya. Bagi Abby, tidak perlu merayu atau memberikan bukti dengan lampiran kad pengenalan semata-mata untuk menyakinkan dirinya. “Cukuplah merayu, siap nak bagi Copy IC bagai. Saya memang tak boleh tolong, harap maaf ya.”

Dengan meletakkan kata-kata “Kerja Keras Untuk Hidup” sudah jelas menyatakan yang Abby bekerja keras untuk menampung kehidupannya sekeluarga. Jadi, mengapa ada yang mudah untuk meminjam sebegitu rupa?

Menjengah laman Instagramnya, dapat dilihat Abby gigih berniaga pelbagai barangan seperti hijab mask, penutup kaca kek, rempenyek, susu dan busananya. Jadi, di kala dia sibuk mencari rezeki, ada pula yang mudah-mudah mahu meminjam? Begitulah asam resam dunia. Orang cuma memandang apa yang dimiliki sekarang, tetapi tidak mengetahui perjalanan ke arah itu. Semoga Abby sekeluarga sentiasa murah rezeki.

Pilih Sek0lah Swasta Untuk Anak, Jumlah Yuran Yang Perlu Dibayar Abby Abadi Buat Ramai Terkedv

Sekolah swasta kini makin mendapat tempat dalam kalangan ibu-bapa yang mahukan pendidikan berkualiti kepada anak-anak mereka dengan memilih menghantar anak ke sekolah swasta berbanding sekolah kerajaan. Pemilihan sekolah swasta ini sangat popular dalam kalangan masyarakat Cina dan Melayu yang mahukan pendidikan berkualiti berbanding dengan sekolah kerajaan.

Tidak kisah berhabis ribuan ringgit demi pendidikan dan masa depan, pelakon Abby Abadi mengambil keputusan menghantar anak-anaknya ke sekolah pendidikan swasta. Jelas Abby menerusi laman Instagram miliknya, dia mahukan pendidikan terbaik buat permata hati daripada semua segi.

“Zaman Mama Abah tak sama dgn zaman anak2 ni. Rugi kalau ketinggalan. Jadi Mama Abah nkkan pendidikan yg terbaik utk anak2 ini. Kalau buleh nk jadikan mereka bijak pandai dari segala segi. Baik dari segi akal fikiran & akhlak mereka,” jelasnya.

Tambahnya lagi, dia akan terus berusaha sehabis mungkin untuk membiayai yuran persekolahan. Pada masa sama, wanita ini turut mengimbau zaman kanak-kanaknya yang mana dia hanya dapat membeli satu baju sekolah untuk dipakai beberapa tahun.

Bahkan, dia turut berjalan kaki untuk ke sekolah demi mencari ilmu. “InshaALLAH Mama Abah usahakan sehabis baik utk anak2 Mama. Belakang2 tabir biarlah jdi rahsia hihi. Doakan cukup rezeki ALLAH bagi kt Mama Abah utk bagi yg terhebat utk anak2 ini ye. Mama Abah tak dpt mcm ni dulu, gi sekolah bukan main bersiap lagi…. siap bersarapan sedap2.

“Mama dulu baju sekolah pun beberapa tahun sekali je dpt ganti, gi sekolah jalan kaki, tracksuit pun pinjam kawan, duit belanja pun kadang2 yilek huhu. Jadi, bersyukur dgn apa yg ada gunakan peluang & ruang yg ada ni sebaik mungkin tau anak4. Berterima kasih pada ALLAH atas segala limpah rezeki & rahmat yg telah di kurnia. Amin,” jelasnya.

Jumlah Yuran

Sekadar maklumat, yuran persekolahan yang disebut Abby jumlahnya hampir RM1,400 sebulan untuk peringkat menengah dan RM1,280 untuk peringkat rendah. Manakala yuran pendaftaran pula mencecah hingga RM8,000.


Walaupun sekolah swasta ini sering dianggap sebagai ‘sekolah untuk anak orang kaya’ oleh sesetengah pihak, ia tidak menghalang ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah swasta. Faktor utama mereka adalah kualiti pendidikan yang lebih baik walaupun terpaksa membayar yuran tinggi. Tetapi tidak semua sekolah swasta mengenakan caj yuran tinggi kerana sekolah swasta aliran Agama masih mempunyai caj yuran munasabah dan tidak terlalu tinggi berbanding sekolah swasta konvensional.

Justeru, terpulang kepada ibu bapa untuk menilai sekolah mana yang menjadi pilihan mereka menghantar anak-anak mereka bagi mendapat pelajaran terbaik. Sistem pembelajaran kedua-dua sekolah juga telah melahirkan ramai golongan profesional seperti doktor, peguam dan lain-lain lagi. Apa yang penting adalah negara ini dapat melahirkan lebih ramai anak-anak muda berkebolehan menjadi pemimpin pada masa akan datang.

Mengejutkan Lepas 5 Tahun Dengan Abby Abadi Tiba Tiba Suami Luah Rasa Kecewa Bila Di Saat Sambut Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke 5. Rupanya Ini Punca Buat Warganet Terkedu.

BAKAL menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-5 pada Ogos depan, suami kepada pelakon Abby Abadi iaitu Muhammad Faizal Zakaria meluahkan rasa cinta terhadap isterinya di laman Instagram.Muhammad Faizal Zakaria atau lebih dikenali sebagai Jai berkata biarpun dia masih gagal menjadi seorang suami yang terbaik namun Abby sentiasa memberikan kasih sayang kepadanya tanpa jemu.

KECEWA KERANA GAGAL MENJADI SUAMI YANG TERBAIK BUAT ABBY ABADI“Lima tahun kita membina mahligai ini sayang. Menangis disaat ini, kala jari jemari menitip kata-kata untukmu. Selama lima tahun ini la aku sentiasa bersyukur dengan nikmat dan amanah yang Allah berikan padaku.

“Kasi sayang yang tak pernah luntur. Sayang, lima tahun… maaf diri ini masih gagal menjadi suamimu yang terbaik. Diri ini masih terasa belum sempurna, malah masih banyak kekurangan. Maaf ya sayang. “Namun, kau terlalu sempurna untukku. Sikap kasih sayangmu sentiasa menebal dalam dirimu. Kesabaranmu menghadapi liku-liku kehidupan tanpa keluhan. Kau tabah hadapi segalanya.

“Walaupun ada kalanya kau dihimpit keresahan namun itu tidak menudarkan kasih sayangmu pada diri ini. Sayang maafkan diri ini, atas segala kekurangan dan adakalanya membebankan hidupmu,” katanya. Jai turut memuat naik video kenangan manis mereka bersama yang disuntingnya sendiri di laman sosial.


Ruang komen di perkongsian tersebut turut dipenuhi dengan doa warganet untuk pasangan itu sentiasa dilindungi Allah dan kekal bahagia hingga ke Jannah. Pasangan itu berkahwin pada 14 Ogos 2015 dan dikurniakan seorang anak, Muhmammad Danial Firman yang dilahirkan secara pra-matang namun pergi selepas 70 hari dirawat di wad Unit Rawatan Rapi Neonatal , Hospital Sungai Buloh.

Bagaimanapun, mereka mempunyai tiga orang anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyad, Maisara Dayana Fathia dan Maira Darda Farisa. Dalam pada itu, Jai turut mengakui tidak dapat menahan air mata daripada mengalir ketika memikirkan dirinya tidak sempurna sebagai ketua keluarga.

“Aku menangis bila fikirkan diri ini yang serba kekurangan tapi kau masih menyayangi diri ini sepenuh hatimu… tidak ada sebarang keluhan dari mu. Kau tetap tersenyum manis,” ujarnya. Sebelum ini BAYI pramatang pasangan Abby Abadi dan suami, Muhammad Faizal disahkan pergi menghadap illahi

Bayi yang diberi nama Muhammad Danial Firman atau Baby D itu dilahirkan dengan berat 535 gram pada 27 September tahun lalu. Apa yang menyedihkan ialah Abby dan suami kini berada di Makkah bagi menunaikan umrah sejak 5 Disember lalu.

“Kali terakhir jumpa Baby D iaitu sebelum kami pergi menunaikan umrah. Maafkan Mama dan Abah sayang. Tarik kami masuk syurga nanti ya sayang. “Urusan akan disempurnakan hari ini oleh keluarga,” katanya. Sementara itu, suami Abby di Instagram berkata, dia reda dengan ketentuan Allah SWT. “Hari kedua kami di Makkah, Baby D tinggalkan kami. Allah pinjamkan dia sekejap sahaja

Sumber : MSTAR ONLINE

Pilih kasih gara gara jarang muat naik foto ank perempuan sorang lagi. Akhirnya Abby Abadi tampil buka mulut beri respon padu buat warganet terkedu.

GARA-GARA kerap memuat naik foto anak keduanya iaitu Marissa Dania Hakim di laman Instagram miliknya, pelakon Abby Abadi dianggap sebagai ibu yang pilih kasih. Menjawab dakwaan tersebut, Abby, 43, menjelaskan dia banyak berkongsi foto Dania berikutan ulang tahun kelahiran anaknya itu yang ke-15 pada Ahad lalu.

Menurut pemilik Arbaiyah Abdul Manan, anak ketiganya iaitu Maria Dania Hakim tidak gemar untuk bergaya di hadapan kamera. “Ada yang kata, kenapa asyik keluarkan gambar Dania saja, yang seorang lagi tu kenapa tak keluarkan. Saya tahu dia maksudkan baby besar saya tu

“Satunya, dah hari ini kebetulan hari lahir Dania, jadi banyaklah gambar dia. Hehe. Lepas itu baby Danisha saya tu tak suka bergambar, tak nak dia posing macam kakaknya ni. “Karakter berbeza. Tapi kalau setakat mengusik, bli yang kecil Daiyan, Dayana dan Darda itu dialah orangnya ya,” kata Abby.

Pelakon drama Gerak Khas itu menjelaskan perkara itu di laman Instagram miliknya selepas ada warganet mempertikaikan tindakannya tersebut. Saya mama yang adil dan saksama ya. Abby pernah berkahwin dengan pelakon Norman Hakim pada 8 Januari 2002 namun berpisah pada 18 Disember 2008.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 17, Marissa Dania Hakim, 15 dan Maria Danisha Hakim, 12. Dalam pada itu, Abby memberitahu dia sentiasa melayan kesemua anak-anaknya secara sama rata. “Tu menyorok-yorok photobomb macam itu, itulah dia. Tapi suruh posing tak mahunya. Tak ada saya lebihkan Dania. Semua anak sama rata saja saya layan.

“Yang komen tu, cara dia macam tak puas hati saja. Padan muka pun dah kena block. “Jadi yang tak faham-faham tu tolonglah ya… Tak ada pun. Saya mama yang adil dan saksama ya. Sekian,” ujarnya. Abby mendirikan rumah tangga dengan Jaiezzanny pada 14 Ogos 2015 dan mereka mempunyai tiga orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad, Maisara Dayana Fathia dan Maira Darda Farisa. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Mstar

Rupanya nak beranak lagi patutlah susah nak lepaskan barang ank. Abby muat naik foto ank baru buat warganet teruja.

Pelakon Abby Abadi memberi bayangan yang dia sedang mengambil seorang anak angkat yang baru lahir untuk dijaga. Bayi yang tidak didedahkan jantinannya itu dibawa baik ke rumahnya sejak semalam. “Assalamualaikum. Morning. Salam Corona. Mama berpantang Day 1

“Patut macam payah je nak lepaskan barangan baby dalam rumah ni, rupanya nak beranak lagi hihi…Kan Abah (suaminya),” tulisnya. Abby berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut dia memuat naik rakaman video bayi tersebut yang berada di rumahnya. Pun begitu, Abby memberitahu suaminya, Faizal Zakaria meluahkan rasa bimbang jika mereka tidak dapat menanggung perbelanjaan membesarkan bayi tersebut.

“Abah risau tak tertanggung baby ni nanti, tanggungjawab besar kalau ambil lagi.. “Tapi sahabat-sahabat disini, kalau suatu masa nanti saya susah, boleh tolong jugakkan kumpul sorang rm10? hehee..,” katanya lagi. Abby juga memberitahu dia akan memberi nama lengkap bayi tersebut pada hari ketujuh kelahirannya nanti.

“Hari ketujuh nanti saya beritahu nama dia ya. Buat sementara ni kita panggil dia ‘Baby Lockdown’ dulu hihihi,” tambahnya. Abby dan Faizal yang mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015 telah dikurniakan anak pra matang pada tahun lalu namun hanya hidup selama 70 hari.

Bagaimana pun pasangan itu mempunyai dua anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyan dan Maisara Dayana Fathia yang berusia setahun lebih. Menerusi perkahwinan terdahulu, Abby dianugerahkan tiga anak iaitu Mohamed Danish Hakim 16, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisah Hakim, 11.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Gempak via


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم