Sebuah rakaman video menunjukkan kejadian azan yang didakwa berkumandang pada jam 2 pagi di sebuah masjid di Pulau Pinang menjadi tular di media sosial.
Video yang dimuatnaik enam jam lalu itu telah meraih lebih 500 ribu tontonan oleh warganet yang tertanya-tanya mengenai kejadian sebenar yang berlaku.
ARTIKEL MENARIK:Besar pengorbanan ibu. Sebak bila tengok makcik ni sanggup berjalan dalam hujan nak hulurkan makanan raya untuk anak di sempadan buat ramai yang simpati.
Menerusi rakaman oleh pemilik video, dia dan beberapa rakan yang berada di dalam kenderaan ketika itu secara kebetulan terdengar laungan azan sekitar jam 2 pagi ketika melintasi masjid berkenaan. Susulan itu, mereka mengambil keputusan untuk meninjau ke dalam masjid bagi merungkai gerangan ‘individu’ yang berada di dalamnya.
Namun, setelah masuk ke dalam masjid, ternyata tiada sesiapa yang berada di situ. Rakaman video turut menunjukkan keadaan ruangan masjid yang kosong, gelap dan sunyi. Pemilik video membuat andaian kejadian tersebut mungkin berlaku disebabkan imam di masjid berkenaan lupa menutup suis speaker. Dia berharap agar kejadian tersebut tidak berulang lagi kerana boleh menimbulkan rasa aneh ramai.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargenet turut memberikan pelbagai komen dan spekulasi mensenai kejadian yang berlaku. Ada yang mendakwa terdapat kehadiran jin islam selain pernah mengalami kejadian serupa,
Video:
Sumber: TikTok asstiee
Hampir Tiga Tahun Tinggal Sekali Dengan Kawan Tapi Tak Pernah Jenguk Bilik Dia. Terkedu Bila 1 Hari Tu Ada Banyak Habuk Depan Bilik Dia. Akhirnya Terbongkar Cerita Sebenar.
Gambar sekadar hiasan. Assalamualaikum Part 1. Peristiwa ini berlaku 2011. 3 tahun lepas aku konvo pada 2008. Pada 2010, aku dapat offer keje dengan sebuah bank di kl. Position aku plak, aku perlu bnyak outstation so sekaligus aku jarang ada di rumah.
Aku pun carila rumah sewa area area yang dekat dengan office aku. Alhamdulillah aku dapat sebuah kondo walaupun sewanya agak mahal (dalam hati berlagak nak dok kondo). Sepajang 1 tahun dari 2010-2011 aku hanya stay sorang sebab lebih privasi dan lebih selamat.
Part 2. Penghujung tahun 2011 masa aku tengah bercuti di kampung. Aku dapat 1 panggilan dari no yang aku tak kenal. . Aku pun jawab, borak punya borak. Rupanya kawan lama aku masaa di universiti walaupun lain bidang dan falkuti.
Firdaus nama dia, dia kol aku sebab nak sewa rumah dengan aku sekali. Pada mulanya, aku agak pelik. Mcm mana dia blh tau aku dok sorang sorang. Dan mcm mana dia blh tau no aku. Aku pun balik kl jumpa dia, dan bincang soal sewa rumah.
Walaupun aku sendiri mcm blur blur kenapa aku blh setuju dia jadi housmate aku. Part 3. Bermula la cerita aku duduk serumah dengan hantu. aka housemate aku hantu. Awal tahun 2012. Firdaus pun masuk la dalam rumah aku. Di guna bilik yang dekat dapur.
Walaupun ada lagi 2 bilik kosong didepan. Bilik dia pilih tu agak kecik dari bilik bilik yang lain. Malam first dia duk dengan aku, kami makan sama sama. Cuma time solat jer aku tak perasan dia sebab memerap dalam bilik. Lepas tu sama sama lepak tgk tv sambil aku cerita la bidang keje aku yang kerap outstation.
Dia pun mcm ok jer. Dia cerita dia selalu busy keje kadang balik lewat lewat malam kul 1-2 pagi. Aku tak syak apa apa sebab bagi aku normal la keje di kl balik 1-2pagi. So habis disitu je malam tu. Part 4. Hampir 6 bulan aku duk serumah dengan dia.
Dalam tempoh tu aku hanya ada dirumah dengan dia 2-3minggu jer. Selebihnya banyak outstation. Satu pagi tu, aku terserempak dengan jiran aku. Bertanya khabar. Dia tny aku, . Jiran : adam duduk sorg ke? Atau dengan kawan. Aku : tak ada lah abang. Saya duduk dengan kwn. Kami berdua jer
Jiran : yeker ( lepas tu di mcm nak cepat cepat blah dari aku). Tapi aku tak ambil port sangat pasal jiran aku tu. Berlalu mcm tu jer. Masa terus berjalan. Tiba bulan puasa. Si firdaus ni ckp kat aku. Sepanjang bulan puasa dia kena balik kg. Dia dh apply cuti smp raya. Ok jela. tak tanya lebih lebih
Part 5. Habis puasa dan raya. Dia pun balik dari kg. Kebetulan aku tak bnyk keje, boleh la spedtime dengan housemate al maklum la mood rayakan 1 bulan. Pada 1 malam tu dalam kul 2 pagi, aku nampak dia kat dapur tengah masak masak.
Aku dh pelik, kenapa dia masak tengah tengah malam sebab baru je balik mkn dengan aku. Itu tak per lagi. Aku masih buat tak tahu jer. Aku positive jela. Last last berlalu mcm tu jela. Selang tak berapa lama lepas tu. Dalam 3-4 hari lepas peristiwa masak tu. Aku balik lewat malam dalam kul 3 pagi.
Masuk jer dalam rumah aku dh meremang bulu roma. Rasa semacam jer dalam rumah tu. Aku tergerak hati nak tgk bilik dia. Mcm gelap jer, aku ketuk ketuk la pintu. Dia bangun buka pintu dengan muka mengantuk. So aku lega sebab ada kwn dalam rumah
Part 6. Esok pagi tu. Aku tak masuk keje. Time buat breakfast. Dia call aku ckp semalam dia tak balik rumah sebab balik kg. Aku terus terdiam, tiba tiba je aku rasa seram sejuk siang siang hari celik. Hehe. Aku dh terfikir, ni kali kedua aku kena usik. Aku masih positive lagi.
Anggap itu tak de apa ape hny hayalan menjelma. Disebabkan aku ambil cuti 2-3hari. Aku terajin la kemas kemas rumah yang dah berselerak mcm tongkang pecah. Kemas punya kemas. Aku mcm pelik kenapa depan pintu bilik dia bnyk sarang sarang labah.
Macam pintu tu tak pernah orang buka. Sekali lagi aku hairan. Part 7. Aku baru balik dari sabah selepas 2 bulan kt sana. Dalam keadaan yang penat dan letih sangat. Masuk dalam rumah, tgk dia dok tgk movie cerita hantu plak tu. Aku yang dh penat sangat, terus tertidur. .
Aku terjaga dalam kul 4pagi. Sayup sayup dalam bilik aku dengar mcm orang dok beborak di hall. Aku teruja nak tengok siapa yang datang malam malam nu. Aku nampak firdaus dok borak sorang sorang. Mcm nak terkeluar jantung aku.
Sebab aku dengar mcm ramai orang dok borak dengan dia. Part 8. Sepanjang 3 tahun aku dok serumah dengan dia. Jiran jiran aku yang baik hati selalu tegur aku supaya pindah rumah. Atau pagar rumah. Tp aku jer yang tak ambil kisah pasal tu.
Sebab aku tak kena usik pun dengan hantu. Tiba la pd 1 malam tu. Dalam bulan puasa aku kat kampung. Dia call jemput datang makan kenduri di kampung dia pada raya ke-7. Dia suruh aku jemput 2-3org kwn datang kenduri di rumah dia. Aku on jer, dan tak tanya lebih lebih pasal kenduri tu.
Last part. Tiba la masanya aku dn kwn aku gerak g johor. Kampung si firdaus tu. Lepas 3-4 jam sampai la kerumah dia walaupun sesat gak sebelum jumpa rumah. Dan sepanjang sesat tula. Aku on call dengan dia mintak direction ke rumah dia. Sesampai di rumah dah agak lewat petang.
Orang tak ramai dah, . Family dia tny cari sapa sapa. Aku jwb cari firdaus. Abang si firdaus ni kenal aku. So di jemput aku makan dulu nanti borak lain. Lepas makan dh kenyang perut. Abang dia jemput masuk dalam rumah. Bermula la soal jawab:
Abang dia : mcm mana ko tau ada kenduri ni? Aku : firdaus yang jemput. Dia call bulan puasa haritu. Abang dia :dah lama ke ko contact dia? Aku : dah 3 tahun kami dok serumah. Sejak 2012 lagi. Abang dia: adam. Ko xtahu ape apa ke? Ke ko tipu aku. Aku : tak ada lah. Aku pun tunjuk list di contact dalam hp aku
Abang dia : terkedu dan terkejut bila tgk hp aku ada msj dan call dari firdaus. Last last ayah dia datang tunjukkan surat pemergian dia 2 tahun lepas akibat denggi. Terlopong mulut aku. Lemah habiss kepala lutut. Lepas tu aku terus pindah rumah.
Sampai sekarang, aku terfikir. Kenapa dia cari aku *aku terpaksa letak nama samaran untuk kawan aku tu. Sebab nak jaga aib dia. Apa kata anda dengan cerita kisah ini. Jika rasakan ianya menanrik boleh lah share dan komen sikit. Mana tanu korang ada pengalaman yg menakutkan jugak ke
Lelaki Ni Kahwin Dengan Bekas Isteri Member Baik Sendiri. Kesian Punya Pasal Malam Tu Dia Digoda Dengan Seorang Gadis. Isteri Nampak Akhirnya Ini Yang Terjadi.
Assalamualaikum semua. Aku tak pandai sangat nak bercerita, harap korang dapat something dari confession aku ni. Aku tak tahu cabang mana aku nak luah, memandangkan isteri aku pon suka baca cerita kat page ni (aku suka mengintai kalau nampak dia tengok fon sampai tak berkelip), aku harap dia ada terbaca la. Yang mana tahu kisah aku ni, jangan tag aku pulak ye.
So firstly nama aku Izat, umur 27 tahun dan baru berumah tangga 8 bulan lepas. Isteri aku, Nabila umur 29 tahun dan ada kerjaya sendiri. Walaupun umur dah 29 tapi Nabila Nampak muda dari aku. Kalau orang tak tahu dia ingat aku lagi tua. Huhu.
Kitaorang tinggal asing walaupun rumah aku dengan dia dalam 40 minit perjalanan. Dia tinggal rumah sewa dan aku masih tinggal dengan ayah, mak dan adik perempuan. Benda pertama aku nak cerita ialah macam mana aku boleh kahwin dengan dia. Kalau korang nak tahu dia ialah bekas isteri pemergian kawan baik aku, Hafiz. Hafiz pergi buat selamanya tahun lepas sebab penyakit (rahsia).
Masa tengah sakit teruk dia selalu pesan kat aku yang aku lah orang paling dia harapkan untuk tengokkan Nabila. Lupa aku bagitau Nabila anak yatim piatu. Masa tu kat hospital Hafiz cerita satu-satu pasal Nabila. Nabila jenis tak boleh bawak kereta jauh, dekat-dekat dia boleh la.
Kalau masuk kawasan Bandar ke memang dia fail. Lepas tu ape yang Nabila tak boleh makan, ape yang dia suka makan. Tengah baring lemah pon dia sempat cerita satu-satu kat aku. Aku tahu Hafiz betul-betul sayang kat Nabila.
Lastly, dia minta aku jaga Nabila atau dengan kata nabila mintak aku kahwin dengan dia. Aku hanya angguk je, tak tahu nk cakap ape masa tu. Hafiz dengan Nabila dah 2 tahun kahwin tapi takde rezeki anak. Masa Hafiz sihat dulu pon dia selalu bawa Nabila keluar lepak sekali, kiranya aku dan Nabila memang dah lama kenal. Long story short, lepas 6 bulan Hafiz pergi, aku kahwin jugak dengan si Nabila ni.
Family aku sangat ok dan terima dia sebagai menantu seadanya. Aku? Entah la susah nak cakap, sejujurnya aku terima dia masa tu sebab teringat janji pada Hafiz dan sememangnya aku dah lama single. Last aku sentuh dia (salam) masa lepas akad nikah. Tu pon aku tarik tangan cepat-cepat walaupun dia masih cium tangan aku.
Mak aku pulak terlebih excited bila anak sulung dia kahwin. Dia siap upah orang untuk hias bilik aku. Cantik jugak la dengan bunga-bunga pink + putih. Aku dah pesan dekat mak aku yang aku nak majlis ringkas je, tak nak pelamin. Alhamdulillah majlis semua berjalan lancar, walaupun ada mulut-mulut yang mengata Nabila, aku just pekakkan telinga je. Malam tu aku tak tidur pun kat bilik tu, aku tidur kat luar je dengan alasan aku rimas dengan hiasan bunga-bunga.
Keesokan lepas majlis tu Nabila terus mintak izin aku nak balik rumah sewa. Mak aku dengar, tak sempat aku nak angguk, mak aku halang. Mak aku mintak dia stay lagi dua tiga hari kat sini. Nabila hanya senyum je. Masa tu aku terus Tanya “kau ok tak?” dia hanya angguk.
Sejak dari tu kalau depan family aku, aku akan bahasakan diri saya awak, kalau dengan Nabila je aku kau. Nabila pandai ambil hati mak aku. Kadang-kadang aku tengok dia dah mcam adik perempuan bongsu aku, suka peluk mak aku, cium mak aku.
Dia memang jenis manja. Kalau Nabila tak balik hujung minggu, mak aku la yang beriya-iya call mintak balik. So boleh dikatakan setiap hujung minggu Nabila akan balik rumah family aku. Tapi setiap kali dia balik pon, kami memang tak kan tidur sekatil.
Bila dah lepas kahwin aku tak rasa hidup aku berubah. Yela, Aku jumpa Nabila pon bila hujung minggu. Mak aku pernah Tanya aku kenapa aku tak stay je dengan Nabila kat rumah sewa, aku bagi alasan yang tempat kerja aku dekat dengan rumah mak.
Kalau aku stay dengan Nabila amik masa sejam jugak nak sampai tempat kerja. Selepas 2 bulan kahwin, Allah nak uji aku. Kalau korang nak tahu sebenarnya aku ada simpan hati kat sorang perempuan ni nama dia Akma sebelum aku kahwin lagi. Akma ni staf kontrak baru masuk kerja sebelum aku kahwin.
Dia boleh dikatakan hot masa tu, mana tak nya wajah yang manis, peramah. Sape yang tengok pon mesti terpikat dengan senyuman manis dia. Tambahan pula Akma single masa tu, ramai la yang nak try. Masa mula-mula kami kenal, kami agak rapat tapi lepas dia tahu aku dah nak kahwin masa tu, dia perlahan-lahan jauhkan diri.
Aku dah cerita sepenuhnya pada dia dan siapa Nabila sebebenarnya. Masa ni aku dan Akma masih berkawan biasa. Dan Akma ni perempuan freehair. Kat tempat kerja ramai yang usik aku ngan Akma ni sepadan macam pinang dibelah dua gitu.
Lepas aku kahwin, kami masih berhubung dalam Whatsapp. Masa tu la baru dia nak bagitau yang dia suka aku. Dia cakap kalau dia bagitau awal nanti dia takut aku akan batalkan perkahwinan. Aku happy masa dia bagitau tu. Lepas beberapa bulan couple dengan Akma, aku berterus-terang dengan Nabila yang aku ada hubungan dengan staf tempat kerja aku.
Nabila hanya pandang aku, aku ingat dia nak marah aku dah tapi boleh dia cakap “Baguslah” sambil sambung makan. Aku tanya balik dia “Kau tak marah ke?” dia balas “kalau aku couple dengan laki lain agak-agak kau marah tak?” lebih kurang macam tu la ayat dia.
Time tu jugak la si Akma call aku, aku cakap la tengah makan dengan Nabila, aku minta dia call balik kejap lagi. Suara dia macam merajuk plus marah. Tengah rancak aku ngan Nabila borak sambil gelak (Nabila suka buat lawak), Akma call lagi. Kali ni dia betul marah sebab aku tak reply whatsapp dia. Ayat dia aku ingat sampai sekarang, “kau makan ke kau tengah main dengan bini kau ?!” aku betul hilang sabar masa tu sebab aku dah bagitau elok-elok tadi tengah makan.
Aku jawab “haah, tengah main !” aku off call hempas atas meja, pecah jugak la skrin fon masa tu. Bukan Nabila je terkejut, mak aku yang kat dalam bilik pun boleh keluar tanya kenapa. Mak aku dah faham perangai aku bila dah marah memang teruk. Aku tak boleh terima bila orang cakap kasar macam tu bila aku dah cakap elok-elok.
Lepas dari kejadian tu, aku baik balik dengan Akma tapi kami still asyik bergaduh. Disebabkan perangai dia yang suka sangat control aku. Dia macam cemburu bila Nabila ada kat rumah mak aku. Padahal hujung minggu je Nabila datang. Dan aku pon mengaku dengan Akma yang aku tak pernah sentuh Nabila. Apa-apa yang aku hadapi, aku akan call atau Whatsapp cerita kat Nabila.
Dia dah jadi pendengar setia aku pulak. Dia jenis happy go lucky, kadang boleh jadi serius, kadang boleh jadi budak-budak. Nasihat dan kata semangat dia macam kaunselor. Kalau kau murung ke baik kau jumpa Nabila, terus jadi happy. Hehe. Lama kelamaan aku jadi makin rapat dengan Nabila, sebab apa-ape je aku akan cerita kat dia. Dia dah jadi macam bestfriend aku bukan macam suami isteri.
Kemuncak segalanya, beberapa minggu lepas Akma ajak aku keluar makan, masa tu dah agak lewat malam. Tapi aku ikutkan je. Aku nak jemput dia kat rumah. Akma tinggal rumah sewa dengan kawan-kawan dia. Bila aku sampai je rumah dia, aku pelik kenapa sunyi sangat, mungkin dah lewat malam. Aku call Akma, dia cakap dia tengah bersiap, dia suruh aku masuk je dalam rumah, sebab rumah tak berkunci.
Aku padamkan enjin terus jalan masuk. Masa tu tak fikir ape-ape yang pelik. Aku masuk rumah dia kosong takde sape-sape, pintu aku biarkan terbuka. Aku duduk atas kerusi kat ruang tamu. Aku perhatikan je dalam rumah tu sebab ni first time aku masuk rumah dia. Boleh tahan bersepah rumah anak darra, aku cakap dalam hati je. Hehe.
Tak sampai 2 minit Akma keluar bilik. Terbeliak biji mata aku. Tak pernah aku tengok Akma pakai baju hot macam tu, aku tunduk segan. Terus dia datang dekat dengan aku paut lengan aku. Aku macam tolak sikit tangan dia, aku tanya la kenapa tak bersiap lagi. Dia cakap dia tak lapar pon, dia nak aku temankan dia malam ni sebab kawan-kawan dia takde.
Aku macam tak sedap hati, aku tolak dia. aku cakap la aku nak balik la sebab esok kerja. Masa aku nak jalan keluar, dia peluk aku dari belakang, masa tu jugak Nabila muncul kat depan pintu. Aku cuba tolak Akma tp dia peluk kuat sangat. Sampai aku jerkah dia, baru dia lepaskan. Nabila dah terpaku kat pintu pandang aku. Aku panggil Nabila tapi dia jalan laju-laju masuk kereta, aku tak sempat nak bagitau ape-ape pon.
Masa tu aku rasa macam nak menangis pon ada. Aku tanya Akma kenapa dia buat aku macam ni. Akma cakap dia terlampau sayang aku. Dia cemburu bila baca conversation Whatsapp aku dengan Nabila. Dia nak aku sorang je. Dan dia rancang nak buat Nabila benci dengan aku.
Dia ambil nombor Nabila dari fon aku. Aku terus terang dengan dia, aku dah tawar hati bila dia buat aku macam ni. Nabila masih jadi keutamaan aku sebab dia isteri aku yang sah. Masa perjalanan balik ke rumah, aku cuba call Nabila memang dah tak dapat. Dia dah off fon. Aku jadi buntu masa tu. Aku cuba fikir balik apa yang dah aku buat selama ni kat Nabila. Sepatutnya aku kena jaga Nabila, bukan sibuk bercinta dengan Akma.
Aku betul tak sangka Akma boleh buat aku macam tu. Tapi aku tak salahkan sepenuhnya pada Akma. Aku jugak yang bersalah sebenarnya. Sejak dari kejadian beberapa minggu lepas, sampai ke hari ni aku tak dapat contact Nabila, dia pon dah tak datang rumah mak aku. Malam-malam memang aku tak dapat tidur, makan pon dah kurang selera sekarang. Sampai mak aku perasan, siap usik rindu bini la tu. Aku senyap je.
Kalau la Nabila terbaca confession ni, aku nak kau tahu Mak rindu kau, hari-hari tunggu kau call, konon kau bagitau mak yang kau outstation luar Negara kan. Tapi aku tahu kau ada kat sini je. Aku dah pergi rumah sewa kau tapi sunyi je, banyak kali aku pergi. Aku betul-betul nak berjumpa, nak cerita hal sebenar.
Aku dah clash dengan Akma. Dia cakap nak bomoh aku, aku tak kisah dah sebab aku ada Allah, aku ada kau. Harap bila kau baca ni contact aku balik. Aku betul rindu kau. Rindu nak dengar kau gelak. Maafkan suami mu. Aku janji aku akan jaga kau baik-baik. Berikan aku peluang kedua please Nabila. Aku merayu sangat. Hargai siapa pon dia yang selalu ada masa kau sedih atau gembira. Maafkan aku jika ada penggunaan bahasa yang kasar. Aku perlukan kata semangat dan jalan keluar bukan kritikan. Terima kasih
Kredit -
إرسال تعليق