Kuala Lumpur: Selebriti Neelofa, 32, dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail, 26, sekali lagi menjadi perhatian apabila didkwa menaiki satu kenderaan melebihi tiga orang sekali gus tak patuh Prosedur Operasi Standard (S0P) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Muhammad Haris atau PU Riz ketika berkata, apa yang disebarkan itu tidak seperti apa yang dipaparkan menerusi rakaman video yang tular. “Saya dan isteri, Neelofa mendapat surat kebenaran rentas negeri untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, pagi tadi. Peguam kami pun memang ada kes di Mahkamah Seremban.
ARTIKEL MENARIK:Tawarkan Rm1k kepada yang dapat cari individu yang berkata buruk tentang Ali. Terkejut sampai macam ni sekali individu tersebut komen.
Dalam masa sama, mahkamah dan IPD berdekatan.
“Saya dan isteri memang dalam satu kereta sama. Jadi, kami tunggu peguam habis kes untuk bergerak sekali ke IPD. Selepas selesai beri keterangan, kebetulan pihak media sudah tunggu di depan pondok. “Jadi, kami nak turunkan semula peguam ke kereta yang diletakkan di mahkamah. Jarak kedua lokasi pun tidaklah jauh. Jadi, apabila peguam masuk kereta kami, orang fikir kami memang naik satu kereta dari Kuala Lumpur.
Mungkin kamera litar tertutup di kawasan IPD dan mahkamah boleh nampak kalau mereka nak bukti,” katanya. PU Riz menjelaskan perkara itu tidak seterusnya dijadikan isu baharu. “Kami memang naik kereta asing. Tidak timbul isu naik satu kereta. Keluar dari perkarangan IPD pun sebab nak turunkan peguam di mahkamah,” katanya.
Terdahulu, pasangan itu hadir ke IPD Seremban bagi memberi keterangan berkaitan tindakan mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka. Kesalahan didkwa dilakukannya ketika hadir pada prosiding di Mahkamah Majistret Seremban, Khamis lalu, bagi pertduhan gagal mematuhi prosedur operasi standard (S0P) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan berada di premis menjual karpet di Nilai 3, Nilai, dekat sini, pada 2 Mei lalu.
Kredit : HMetro
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Lepas Isu Tak Pakai Mask Kali Ni Kes Naik Kereta 4 Orang Dalam Satu Kereta. Sekali Lagi Neelofa Tampil Bersuara Perjelaskan Tentang Isu Ni Buat Ramai Yang Terdiam.
NAMA Neelofa terus menjadi perbualan hangat warganet di laman sosial apabila kali ini didakwa tak patuh prosedur operasi standard (SOP) kerana menaiki kenderaan melebihi had penumpang selepas selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, Negeri Sembilan pada pagi Isnin.
Menjelaskan mengenai salah faham yang timbul, Neelofa atau nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor berkata, dia hanya menumpangkan peguamnya iaitu Datuk Ahmad Zahiril Muhaiyar ke bangunan mahkamah yang terletak bersebelahan dengan balai polis.
“Saya ingin menjelaskan tentang gambar peguam saya menaiki kenderaan saya bersama Haris serta pemandu selepas selesai berurusan di Balai Polis Seremban sebentar tadi. “Kami hanya menumpangkan beliau daripada balai polis ke mahkamah bersebelahan dengan jarak sekitar 50 meter.
Kenderaan peguam saya diletakkan di ruangan parkir mahkamah. Saya dan peguam tidak hadir ke IPD seremban menaiki kenderaan yang sama,” katanya menerusi satu kenyataan kepada mStar. Terdahulu, Twitter kecoh apabila ada warganet meminta polis menyiasat Neelofa kerana dilihat menaiki kenderaan melebihi had kebenaran tiga orang di dalam sebuah kereta sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kejadian itu dikatakan berlaku selepas Neelofa selesai memberi keterangan berhubung dakwaan tidak memakai pelitup muka semasa di Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan pada Khamis lalu. Neelofa hadir ke IPD Seremban ditemani suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail, dan peguamnya pada pukul 10.15 pagi. Sementara itu, Neelofa memaklumkan dia sudah menghubungi IPD Seremban bagi menjelaskan mengenai kekeliruan yang timbul.
Bekas pengacara program MeleTOP ini menyarankan agar pihak polis menyemak semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebagai bukti pergerakan kenderaan mereka itu. “Saya telah menghubungi pihak IPD Seremban dan mereka sedia maklum tentang perkara ini.
Saya Haris dan pemandu pulang ke Kuala Lumpur dengan kenderaan kami manakala peguam saya pulang ke kediamannya dengan memandu kenderaannya. “Pihak polis boleh meneliti semula rakaman CCTV kami menurunkan peguam di perkarangan mahkamah atau daripada luar balai polis.
Neelofa jelaskan mengenai video dan foto yang tular di Twitter.
“Diharapkan ini dapat menjelaskan perkara yang berlaku selain mengelakkan salah faham. Sekian terima kasih,” ujarnya. Sementara itu, rata-rata warganet turut bersimpati apabila selebriti itu sekali lagi menjadi sasaran dan bahan di laman sosial. “Susah betul jadi Lofa, satu per satu warganet cari salah. Mohon tabah.
“Lepas satu satu Lofa kena. Neelofa tak patuh SOP salah tapi hina dan mki juga salah,” tulis warganet. Pada pagi Isnin, Neelofa memberitahu dia memberi kerjasama penuh kepada pihak polis dalam membantu siasatan berhubung dakwaan tak patuh SOP tidak memakai pelitup muka itu.
“Alhamdulillah proses berjalan dengan lancar. Tak banyak yang boleh saya ulas tentang hal ini memandangkan kes masih lagi dalam siasatan. “Insyaallah jika ada perkembangan, pihak saya ataupun pihak polis akan maklumkan. Terima kasih ya,” katanya.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Ada Yang Kata Nilai 3 Tempat Neelofa Beli Karpet Terletak Dalam Selangor. Sekali Hattan Tampil Bagi Kata Kata Pedas Buat Ramai Yang Terdiam.
Setelah tular kecoh diperdebat warganet, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) mengesahkan Nilai 3 terletak di Negeri Sembilan. Pengesahan tersebut dimaklumkan agensi berkenaan menerusi hantaran kepada persoalan ‘panas’ yang dikemukakan pelbagai pihak dalam akaun sosial rasmi Facebooknya.
“Tuan, Nilai 3 berada dalam Negeri Sembilan dan bukannya di negeri Selangor. Harap maklum,” jawab ringkas pentadbir laman tersebut sebagai merujuk pertanyaan ramai warganet. Sejak kelmarin, pengguna media sosial negara ini berang dengan langkah Jabatan Peguam Negara tidak mengatakan pasangan selebriti terkenal atas tuduhan sengaja merentas negeri.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Fazley Ab. Rahman dipetik media sebagai berkata, kertas siasatan berkenaan sudah pun dirujuk kepada pejabat Peguam Negara di sini.Jawapan itu mengundang reaksi marah warganet kerana jelas Noor Neelofa Mohd.
Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd. Ismail sah merentas ke Negeri Sembilan dari Selangor. Justeru, ramai warganet membuat jenaka selain berseloroh mengkritik Jabatan Peguam Negara sebagai ‘buta’ geografi atau tidak pernah tahu garis sempadan antara dua negeri berjiran itu.
Respon Hattan Tentang Perkara Ini
Penyanyi veteran juga tampil berikan pendapat tentang perkara ini yang mendapat perhatian orang ramai. Beliau ceritakan sejarah Nilai 3 dan cerita sebenar supaya oarang tidak keliru. Nilai 3 adalah bandar kecil di Daerah Seremban, Negeri Sembilan serta terkenal sebagai destinasi beli-belah produk tekstil,
perabot dan permaidani yang dimajukan awal tahun 2000. Ia terletak tidak jauh dari sempadan dengan negeri Selangor dan diuruskan oleh pihak Majlis Bandaraya Seremban disebabkan kedudukan geografinya masih dalam Daerah Seremban.
Sumber:UTUSAN ONLINE & Selebriti Malaysia via awattsheikh
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Ada Warganet Yang Tukarkan Nilai 3 Jadi Milik Selangor Sebab Neelofa. Terkejut Sekali Menteri Besar Negeri Sembilan Dan Selangor Tampil Komen.
Seremban: Pusat membeli-belah Nilai 3 Nilai di sini, seolah-olah menjadi rebutan antara Negeri Sembilan dengan Selangor gara-gara k.es usahawan dan s.elebriti p.opular Noor Neelofa Mohd Noor (Neelofa) dan suaminya, Mohammad Haris Mohd Ismail.
Neelofa dan Muhammad Haris sebelum ini tidak ditduh atas keslahan merentas negeri ke Nilai 3 pada awal bulan ini sebaliknya pertuduhan hanya membabitkan kes tidak patuh prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Pasangan itu dikesan tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera dan tidak memakai pelitup muka ketika berkunjung ke kedai karpet Naeem Carpet Sdn Bhd di sini, pada 2 Mei lalu. Isu itu membuatkan warganet di media sosial, memuat naik status sindiran mengatakan Nilai 3 kini seolah-olah sudah berpindah ke Selangor.
Kenyataan itu turut mengundang reaksi Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang membuat ciapan mengusik Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengenai Nilai 3. Aminuddin menerusi ciapan di Twitter miliknya mengusik dengan menulis ‘berapa harga nak beli Nilai 3 ya? dan kemudian dibalas Amirudin ‘Hahaha kena bincang dengan juru nilai’.
Aminuddin kemudian membalas ‘kejap, saya ukur Nilai 3’, sekali gus disambut seorang individu lain yang menawarkan perkhidmatan ukur tanah, sambil menulis janganlah jual Nilai 3 Datuk. Aminuddin kemudiannya membalas dengan jawapan bahawa beliau hanya sekadar bergurau.
Isu Neelofa dan suami ke Nilai 3, menimbulkan rasa tidak senang warganet kerana tiada pendkwaan rentas negeri dikenakan terhadap pasangan terbabit yang jelas memasuki Negeri Sembilan. Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman sudah mengesahkan bahawa kertas siasatan berhubung isu pergerakan rentas negeri membabitkan pasangan berkenaan sudah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara.
Kredit : HMetro via OM
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Baru Je Selesai Satu Kes. Harini Satu Lagi Tindakan Yang Diambil Oleh Pihak Polis Pada Neelofa Gara Gara Tak Pakai Pelitup Muka.
SEREMBAN – Pihak polis telah membuka kertas siasatan terhadap selebriti, Noor Neelofa Mohd. Noor yang mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka seperti diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM). Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisoner Mohd. Said Ibrahim berkata, kertas siasatan dibuka susulan terkesan berita di laman sesawang yang tular di mana Noor Neelofa hadir ke M.ahkamah Majistret di Kompleks Mahkamah Seremban semalam dengan mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka.
“Laporan polis diterima kerana t.indakan (Noor Neelofa) tidak mematuhi prosedur operasi standard (S0P) pemakaian pelitup muka sepertimana diwajibkan pihak KKM kepada semua orang. “Ini termasuklah kepada mereka yang mengenakan niqab penuh atau separuh,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Mohd. Said, penjelasan berkenaan S0P tersebut juga telah dikeluarkan oleh KKM setelah kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di semua tempat awam mulai 1 Ogos 2020. “Oleh yang demikian, satu siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 269 Kanun Ksksn [A.kta 574] dan P.eraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berj.angkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan J.angkitan) 2021 [P.U.(A)225/2021],” katanya.
Jelas beliau, pihak polis tidak akan berk.ompromi dalam mengambil apa jua tindakan bagi memastikan S0P yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan peraturan yang ditetapkan oleh KKM sentiasa dipatuhi.
Semalam, dilaporkan Noor Neelofa dan suaminya Muhammad Haris Mohd. Ismal yang hadir ke Mahkamah Majistret Seremban di sini semalam mengaku tidak bersalah atas pertduhan gagal mematuhi prosedur operasi standard (S0P) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika berada di sebuah premis menjual karpet di Nilai 3 pada 2 Mei lalu.
Neelofa dikenakan jaminan sebanyak RM 5,000 atas satu pertduhan gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera. Muhammad Haris pula dikenakan jaminan sebanyak RM 10,000 atas dua pertuduhan iaitu g.agal membuat imbasan aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di tempat awam.
Kedua-dua mereka ditduh di bawah P.eraturan 19, Peratutan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Ja.ngkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.
Kredit : Kosmo
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Baru Je Dikenakan Ikat Jamin Tentang Kes Pegi Beli Karpet Di Nilai. Sekali Lagi Neelofa Jadi Perhatian Ramai Bila Ada Yang Perasan Sesuatu Pada Purdah Neelofa.
Kuala Lumpur: Selebriti popular, Neelofa, 32, sekali lagi meraih ‘populariti’ apabila didakwa tidak memakai pelitup muka oleh warganet ketika hadir di Mahkamah Majistret, Seremban, Negeri Sembilan bersama suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, atas dakwaan tidak patuh prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), hari ini.
Menerusi gambar dirakam pihak media di perkarangan mahkamah itu jelas kelihatan niqab dipakai Neelofa yang menjadi imej terbaharunya sejak beberapa bulan lalu menampakkan bentuk hidung dan mulutnya.“Pakai niqab tak perlu pakai ‘mask’ (pelitup muka) ya?” Itu antara komen pengguna laman sosial di Facebook Harian Metro yang mempersoalkan penampilan Neelofa itu.
Sementara itu, beberapa pengguna laman sosial di hantaran yang dimuat naik di Instagram Harian Metro @hmetromy turut mempersoalkan perkara sama. “Pakai purdah pun kena pakai ‘mask’ juga ya Cik Kak,” tulis pengguna itu. “Lofa macam tak pakai ‘facemask’ jer tu…” tulis pengguna lain pula. “Pakai purdah tak perlu pakai mask eh? Dulu macam menteri/DG kata pakai pudah pun kena pakai ‘mask’” kata seorang pengguna lagi.
Pada masa sama, seorang lagi pengguna media sosial memuat naik keratan berita mengenai kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkenaan pemakaian pelitup muka bagi wanita berpurdah yang disiarkan pada 22 Oktober tahun lalu.
Noor Hisham dalam satu kenyataan kepada media dipetik sebagai berkata, pemakaian purdah dan berniqab tidak mampu menghalang mereka daripada dijangkiti.“Seperti yang dimaklumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), kita diwajibkan memakai pelitup muka di tempat awam bermula pada 1 Ogos lalu. Ada dua jenis pelitup muka yang boleh dipakai untuk tujuan pencegahan iaitu pelitup muka perubatan dan bukan perubatan.
“Pelitup muka bukan perubatan disyorkan untuk mereka yang tidak bergejala tetapi berada di tempat awam dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan pelitup muka yang mempunyai tiga lapisan fabrik, jadi kita perlu mengikut syor WHO,” katanya.
Terdahulu, pasangan itu mengaku tidak bersalah atas kesalahan tidak patuhi SOP PKPB selepas pertduhan dibacakan hadapan Majistret Mahyun Yusoff. Mereka didakwa atas pertdhan tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual nama dan nombor telefon sebelum memasuki premis kedai Naeem Carpet Sdn Bhd.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu kedai Naeem Carpet di No 219, Jalan 3/6, Kawasan Perindustrian Nilai 3, di sini, pada jam 4 petang, 2 Mei lalu. PU Riz juga didakwa tidak memakai pelitup muka di tempat awam iaitu di premis kedai sama dan pada tarikh serta waktu yang sama.
Terdahulu, Pengarah Kesihatan telah menasihati kepada wanita yang berniqab supaya memakai pelitup muka di tempat awam. Pakai juga pelitup muka walaupun berpurdah. Wanita yang berpurdah serta berniqab dinasihatkan tetap memakai pelitup muka bagi mengurangkan risiko dijangktiti C0VID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pemakaian purdah dan berniqab tidak mampu menghalang mereka daripada dijangkiti. “Seperti yang dimaklumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) kita diwajibkan memakai pelitup muka di tempat awam bermula pada 1 Ogos lalu. Ada duajenis pelitup muka yang boleh dipakai untuk tujuan pencegahan iaitu pelitup muka perubatan dan bukan perubatan.
“Pelitup muka bukan perubatan disyorkan untuk mereka yang tidak bergejala tetapi berada di tempat awam dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan pelitup muka yang mempunyai tiga lapisan fabrik, jadi kita perlu mengikut syor WHO,” katanya
Beliau berkata, pemakaian purdah satu lapisan tidak mencukupi untuk melindungi individu terbabit daripada dijangkiti. Justeru, beliau mencadangkan individu memakai purdah atau niqab untuk memakai pelitup muka perubatan atau fabrik tiga lapisan di sebalik purdah yang dipakai.
Neelofa okey, patuh arahan mahkamah – Peguam
SEREMBAN: “Neelofa okey saja. Kita kena patuh arahan mahkamah.” Demikian kata peguam kepada selebriti Noor Neelofa Mohd Noor, Haresh Mahadevan ketika mengulas pertdhan melibatkan anak guamnya yang didakwa ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Dalam pertdhan dibacakan di hadapan Majistret Mahyun Yusof di Mahkamah Majistret Seremban pada Khamis, Neelofa dan suaminya Muhammad Haris Ismail mengaku tidak bersalah terhadap semua pertudhan dikenakan kepada mereka.
Majistret menetapkan 4 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes. Neelofa, PU Riz mengaku tidak bersalah tidak patuhi SOP PKPB. Muhammad Haris berdepan dua pertuduhan dan dikenakan ikat jamin RM10,000 manakala Neelofa yang berdepan satu pertuduhan pula dikenakan ikat jamin RM5,000.
Pihak pendakwaan sebelum itu memohon jaminan RM20,000 dikenakan kepada kedua-dua tertduh. Dalam pada itu, ketika ditanya mengapa tiada pendakwaan melibatkan rentas negeri, Haresh mengakui tidak tahu mengenai perkara itu.
“Tak tahu kenapa tiada pertuduhan rentas negeri. “Hari ini tiada isu rentas negeri, tidak dibangkitkan. Hanya pertuduhan pada hari ini disebut,” katanya ketika ditemui di pekarangan mahkamah. Isu tidak patuhi SOP PKPB pasangan itu tular di media sosial apabila Neelofa dikatakan memuat naik gambar dan video berada di sebuah kedai karpet di Nilai pada 2 Mei lalu.
SATU petisyen yang menggesa selebriti sensasi Neelofa menerima hukuman setimpal atas kesalahan berulang kali tidak patuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditandatangani lebih 20,000 individu.
Tindakan selebriti itu kebelakangan ini menimbulkan kemarahan ramai sehingga warganet bersatu hati menyokong petisyen bertajuk tidak patuhi SOP: PDRM, Penjarakan Neelofa Segera. Petisyen di laman web change.org diwujudkan seorang individu menggunakan nama Hentikan Double Standard itu turut menyenaraikan beberapa kesalahan yang dilakukan isteri kepada pendakwah bebas Haris Ismail atau PU Riz.
Berikut senarai kesalahan yang di tulis dalam petisyen tersebut. Neelofa merupakan seorang selebriti yang telah banyak kali tidak patuhi SOP dan menidakkan undang-undang dalam usaha negara menangani pandemik C0VID-19. Kesalahan-kesalahan telah dilakukan tanpa serik menyebabkan wujudnya undang-undang yang double standard dikenakan terhadap beliau.
Berikut kesalahan-kesalahan tidak patuh SOP yang telah beliau dan keluarga beliau telah lakukan: 1. Majlis Perkahwinan Neelofa & PU Riz di Grand Hyatt – Mac 2021 (tindakan telah diambil). 2. Honeymoom di Langkawi – Mac 2021 (tiada tindakan undang-undang diambil)
3. Rentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan tanpa sebab kukuh, sebaliknya ke kedai carpet – Mei 2021 (tiada tindakan undang-undang dikenakan) 4. Neelofa dan seluruh ahli keluarga berkumpul di rumah ketika hari raya Aidilfitri – Mei 2021 (tidak patuh SOP Aidilfitri, tiada tindakan undang-undang diambil)
Berdasarkan kesalahan-kesalahan berulang ini, kami desak Kerajaan Malaysia & Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk Neelofa segera ditahan tanpa kompromi sebagai isyarat jelas kepada Kerajaan untuk tidak amalkan undang-undang double standard kepada VVIP & orang kenamaan!
Dia juga menuntut tindakan wajar dikenakan kepada selebriti berusia 32 tahun itu. Azwan Ali antara rakan selebriti yang lantang mengkritik Neelofa. “Neelofa adalah seorang selebriti yang banyak kali tidak patuh SOP dan menidakkan undang-undang dalam usaha negara menangani pandemik Covid-19.
“Kesalahan dilakukan tanpa serik menyebabkan wujudnya undang-undang yang double standard (pilih kasih) dikenakan terhadapnya,” tulis individu berkenaan pada petisyen itu. Antara kesalahan yang disenaraikan dalam petisyen itu adalah majlis perkahwinannya pada Mac; rentas negeri ke Langkawi, Kedah; rentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan dan terbaharu video sambutan Aidilfitri bersama ahli keluarga pada 1 Syawal lalu.
PASANGAN selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Pertuduhan ke atas kedua-dua mereka dibuat di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan pada pagi Khamis.
Neelofa dikenakan jaminan sebanyak RM5,000 atas satu pertdhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’. Pihak pendakwaan memohon mahkamah mengenakan jaminan RM20,000, namun peguamnya Haresh Mahadevan memohon jumlah yang lebih rendah.
Manakala Haris atau Pencetus Ummah (PU) Riz pula dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 atas dua pertuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’ atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di tempat awam. Sebutan semula kes ditetapkan pada 4 Jun depan.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Kredit -
إرسال تعليق