Asal Keturunan Ketua Instagram Didedahkan, Faizal Tahir Mohon Netizen Berhati-Hati
loading...

Sejak Palestin di serang Israel bertubi-tubi pada bulan syawal lalu, ramai rakyat Malaysia dan aktivis kemanusian berusaha berkongsi maklumat dan video perkembangan semasa di akaun sosial media masing-masing.

Asal Keturunan Ketua Instagram Didedahkan, Faizal Tahir Mohon Netizen Berhati-Hati

 


Bukan itu saja, ramai selebriti tanah air seperti Faizal Tahir turut menyebarkan video mengenai pergelutan antara Palestin dan Israel di Instagramnya.

ARTIKEL MENARIK:“Pergi jahan4m..” Rizalman Ded4h Ada Selebriti Suka Meng4ta Dia, Sekali Zarina Zainuddin Masuk Komen
loading...


Video Kerap Dibuang Instagram


Foto – Instagram Faizal Tahir

Oleh kerana Faizal Tahir kerap berkongsi maklumat mengenai Palestin dan Israel di Instagram, video yang dimuatnaik di akaun Instagram sering dipadam oleh Instagram kerana menganggap hantaran tersebut berbaur ‘hate speech’ atau mempunyai simbol yang tidak sepatutnya.

Selidik Pemilik Instagram, Rupa Milik Orang Israel


Foto – Instagram Faizal Tahir/Vox

Faizal kemudian mencari siapakah pemilik Instagram kerana setiap kali memuatnaik hantaran mengenai Palestin dan Israel, pasti akan dipadam dan mendapat amaran dari pihak Instagram dan rupa-rupa pemilik sosial media popular ini dimiliki oleh orang Israel yang bernama Adam Mosseri.

 

loading...


Mohon Netizen Berhati-Hati

Berikutan penemuan tersebut, Faizal Tahir memberi pesanan kepada orang ramai yang menggunakan Instagram agar berhati-hati jika ingin memuatnaik sebarang hantaran ke akaun Instagram.


Foto – Instagram Faizal Tahir

” Nak post apa-apa lepas ini, ingatlah yang lelaki ini akan miliki segala kita post. Sekarang ini semua yang kita post, semua yang kita bincang, semua yang kita perkatakan, semua ada dalam simpanan data dia. Fikir-fikirkanlah. Harus lebih bijak.” Pesan Faizal Tahir di Instagramnya

Dalam masa yang sama Faizal Tahir juga turut menyatakan orang ramai harus lebih bijak membuat hantaran dan elakkan sebarang kapsyen yang mengandungi unsur-unsur marah atau benci di Instagram.

“Kena bijak mendidik diri sendiri dan orang kita lepas ini. Cara post dengan kapsyen tak boleh ada unsur-unsur marah atau benci. Sosial media ini memang dia orang yang kawal. Kena lagi bijak susun strategi.

Semoga Allah kurniakan kita semua dengan hidayah dan ilmu yang bermanfaat. Insha’Allah. Amiin.” Pesannya lagi di Instagram

Mahu Malaysia Punyai Platform Sosial Media Sendiri


Foto – Instagram Faizal Tahir

Faizal Tahir juga menyuarakan pandangannya agar sudah tiba masanya Malaysia miliki platform sosial media sendiri, daripada terus-terusan menggunakan platform dari bangsa zionis ini.

“Sudah tiba masanya untuk kita miliki platform sosial media sendiri” Luah Faizal Tahir di Instagram Story



Kredit -

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم