Dr Fatihah terpaksa keluarkan bayinya dengan cara ini disebabkan Covid 19. Ini pula keadaan terkini Dr Fatihah.
loading...

Perkongsian Public Health Malaysia di Twitter semalam mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia. 

Dr Fatihah terpaksa keluarkan bayinya dengan cara ini disebabkan Covid 19. Ini pula keadaan terkini Dr Fatihah.

 


Melalui posting itu, seorang doktor wanita yang sedang mengandung 29 minggu dilaporkan telah dijangkiti c0vid-19 dan orang ramai diajak untuk sama-sama mendoakannya.

ARTIKEL MENARIK:Hanya tinggal memori. Keadaan terkini feri di Pulau Pinang hampir tenggelam buat ramai yang sedih.
loading...


Bersama posting berkenaan terdapat gambar doktor bernama Fatihah itu dan menurut MalaysiaGazette, salah seorang saudaranya, Maisarah Shaharuddin telah meminta rakyat Malaysia mendoakan Dr Fatihah dan kandungannya.

Dr Fatihah pada asalnya dirawat di Hospital Kajang namun telah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh semalam serta dilaporkan terpaksa dikom4kan berikutan keadaannya yang kini berada di kategori 5. Sementara itu, difahamkan bayinya itu terpaksa dikeluarkan melalui proses C-section dan dilaporkan keadaan kedua-duanya kini stabil namun masih dirawat di unit rawatan rapi.


Melalui Twitter, ramai dilihat mendoakan keadaan Dr Fatihah, anaknya serta suaminya yang dilaporkan turut positif dan sedang menjalani kuarantin di rumah. Selain itu, ahli keluarga turut berkongsi tentang kisah Dr Fatihah di Facebook dan berharap agar rakyat Malaysia dapat bersama mendoakannya kesembuhannya serta bayi dan suami.



loading...


Ini bukan kali pertama malah sudah banyak kisah doktor dan jururawat dijangkiti c0vid-19 ketika bertugas merawat dan menyelamatkan nyawa orang lain. Ia membuktikan betapa bahay4 dan kritikal keadaan di negara kita sekarang dan sebab itu jugalah orang ramai dinasihati untuk tidak mengambil remeh tentang virus ini. Kalau tak ada keperluan janganlah keluar rumah please. Stay at home! Jika kena keluar atas apa-apa urusan penting, jaga SOP okay.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.



Kredit -

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم