KUALA LUMPUR – Program hiburan baharu terbitan Astro iaitu All Together Now Malaysia mencetuskan kontroversi di media sosial gara-gara netizen mempertikaikan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan pesertanya.
Bagaimanapun difahamkan, ia telah dirakam pada Mac dan April iaitu semasa negara sudah meletakkan sesetengah kawasan di status bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
ARTIKEL MENARIK:“Di IG Live Nampak Lutut Dan Paha Sikit, Saya Akan Tutupkan Aurat..” Eilyas Terkejut Dituduh Kaki Ugut Oleh Zarina Anjoulie
Ramai yang tidak berpuas hati susulan program televisyen itu menghimpunkan 50 orang juri serta pengacara dan para peserta di dalam satu acara.
Menerusi perkongsian daripada pengguna Twitter, mereka mempertikaikan mengapa program dengan kehadiran ramai orang boleh diluluskan.
Peserta program juga dilihat tidak memakai pelitup muka atau face shield sepanjang program itu.
Rata-rata netizen mengecam perkara tersebut kerana merasakan program hiburan itu tidak mematuhi arahan supaya tidak berkumpul di satu-satu tempat secara beramai-ramai.
Mereka juga berpendapat selebriti perlu menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat ketika pandemik masih menular dalam negara.
Menerusi perkongsian daripada seorang pengguna TikTok, pihak produksi rancangan hiburan itu telah meletakkan penghadang cermin di setiap kedudukan juri dan mereka tidak berada berdekatan sesama sendiri.
Namun, seperti biasa masih ada lagi yang mempertikaikan hal berkenaan kerana merasakan program itu tidak wajar dilakukan kerana memberi gambaran tidak baik berkenaan SOP antara mereka.
Program All Together Now Malaysia yang bersiaran secara rakaman di Astro Ria pukul 9 malam setiap Ahad telah menghimpunkan 50 orang juri dalam satu masa dengan Sherry Alhadad selaku pengacara untuk acara tersebut.
Menerusi pihak produksi, rakaman program berkenaan telah dilakukan di Putrajaya pada bulan Mac hingga April yang lepas semasa kes penularan pandemik tidak seburuk sekarang. – MalaysiaGazette
Kredit - malaysiagazette
إرسال تعليق