Teluk Intan: “Tanggungjawab saya semakin besar tetapi kami tidak akan berpisah dan saya mahu jaga enam adik dengan baik seperti permintaan ibu,” kata Nurallesyah Balqis Mohd Azman, 17.
Nurallesyah Balqis Mohd Azman, 17, adalah anak sulung daripada tujuh beradik yang kini bergelar yatim piatu dan menumpang kasih dengan ibu dan bapa saudara di Kampung Bahagia, di sini.
ARTIKEL MENARIK:Dr Fatihah terpaksa keluarkan bayinya dengan cara ini disebabkan Covid 19. Ini pula keadaan terkini Dr Fatihah.
Bapa mereka, Mohd Azman Tabri, 42, telah pergi pada Ogos 2019 kerana jngkitan kman selepas menjalani operasi tentang sakit bisul. Ibu mereka, Noor Suidah Omar, 43, pula pergi buat selamanya di Hospital Teluk Intan (HTI) pada 2 Jun lalu akibat kmplikasi selepas operasi sakit bisul.
Selain Nurallesyah Balqis, enam lagi adiknya, Nur Alleyana Darwina, 14; Nurallesyazwani Sofea, 12; Nurallyqalesyah Damia, 10; Nurallyfarisyah Najwa, 8; Nurallyshafirah Umairah, 6, dan Muhammad Harraz Erfan, 4, reda kehilangan dua insan tersayang dalam usia yang masih muda. Nurallesyah Balqis berkata, selepas bapa mereka pergi buat selamanya, dia bersama ibu dan enam adik tinggal di rumah neneknya di kampung berkenaan dengan ibunya menjual pelbagai kuih sejuk beku di sekitar Teluk Intan sebagai punca pendapatan. Menurutnya, selepas kehilangan ibu, mereka dijaga ibu saudaranya, Faridah Omar, 34, yang tinggal bersama di rumah itu dengan suami dan tiga anak ibu saudaranya itu.
“Kami kehlangan dua insan tersayang tetapi saya perlu kuatkan semangat kerana masih ada adik-adik yang sangat memerlukan saya, selain akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya. Katanya, selepas operasi sakit bisul pada 16 Mei lalu, ibunya mengalami tkanan dr4h tnggi dan memang mengalami sakit itu selain kncing mnis dan turut mempunyai sakit di buah pnggang, hti serta dr4h bku di kpala. Ibu selalu berpesan supaya saya menjaga adik dengan baik dan tidak mahu kami berpisah jika sesuatu berlaku kepadanya, malah dia juga tidak pernah membenarkan adik dijadikan anak angkat ketika hayatnya, sebab itu biarpun susah macam mana sekali pun saya akan ingat pesan ibu. Saya bersyukur masih ada ibu dan bapa saudara untuk kami menumpang kasih, malah mereka juga banyak membantu kami sejak ibu masih ada lagi dan sokongan mereka juga menjadikan saya lebih tabah,” katanya yang memberitahu neneknya juga sudah pergi buat selamanya tahun lalu.
Menurut Nurallesyah Balqis, mereka menerima bantuan bulanan RM300 daripada Baitulmal dan pencen k1lat sebanyak RM1,180 dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang digunakan untuk keperluan mereka tujuh beradik.
“Perbelanjaan selebihnya dibantu ibu dan bapa saudara. Keluarga sebelah ayah juga mengambil berat tentang kami,” katanya yang mahu berkerja sementara selepas SPM nanti. Sementara itu, ibu saudaranya, Natrah Omar, 38, iaitu adik keempat Noor Suidah berkata, sejak kisah tujuh beradik itu dimuat naik di media sosial, ramai individu yang berhasrat menjadikan mereka anak angkat tetapi dia dan adik-beradik yang lain tidak akan membenarkannya. Hubungan kami adik-beradik sangat rapat dan Yong (Noor Suidah) memang selalu pesan pada kami supaya jaga semua anaknya. Kami memang tidak akan memisahkan mereka dan menjaga amanah Yong termasuk memberikan pendidikan terbaik kepada mereka,” katanya. Orang ramai yang ingin memberi sumbangan kepada tujuh beradik yatim piatu berkenaan boleh menghubungi Natrah di talian 016-2862960.
Sumber: hmetro
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Kredit -
إرسال تعليق