Fizz Fairuz berharap rakyat Malaysia terus patuh pada SOP. Tindakan pelakon Datuk Fizz Fairuz mempertikaikan kebenaran yang diberikan kepada peniaga tepi jalan membuka gerai sepanjang tempoh ‘total lockdown’
fasa pertama ini mengundang rasa kurang senang warganet. Rata-rata warganet membidas kenyataan Fizz atau nama sebenarnya, Fairuz Zainal Abidin, 42, yang disifatkan sebagai tidak empati dengan nasib peniaga yang terkesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Fizz bagaimanapun tampil mempertahankan kenyataannya kerana berpendapat arahan duduk di rumah pernah dikuatkuasakan sepenuhnya jika mahu melandaikan kes jangkitan Covid-19.
ARTIKEL MENARIK:(VIDEO) Prank Letak Anak Tidur Di Dalam Kolam, Netizen Bengang Tindakan 'Tidak Waras' Norreen
Perkongsian Fizz di Instagramnya.
Menurutnya, selagi peniaga gerai tepi jalan dibuka, ia akan menggalakkan lagi orang ramai untuk keluar dan beratur di gerai-gerai tersebut. “Saya tahu ramai bidas balik apa yang saya suarakan itu. Mereka cakap ‘kau banyak duit bolehlah cakap’. Bukan macam itu, sebenarnya saya faham ada yang susah tapi kerajaan minta kita dua minggu sahaja untuk duduk di rumah untuk putuskan rantaian Covid-19 ini. Saya percaya peniaga-peniaga ini bukannya baharu berniaga, mesti mereka ada simpanan… takkan la hari ini kau nak makan, hari ini juga baru kau nak cari duit,” katanya.
Saya tahu ramai bidas balik apa yang saya suarakan itu. Mereka cakap ‘kau banyak duit bolehlah cakap’.
Menurut suami kepada pelakon Datin Almy Nadia ini, dia bersuara kerana kasihan dengan penat lelah dan pengorbanan yang dilakukan oleh pihak petugas barisan hadapan sekiranya ada rakyat yang masih berdegil. “Rumah saya ini tepi highway, saya tengok hari-hari orang buka gerai dan ramai orang beratur, mereka ini tak tahu ke bahaya Covid-19? Angka kehilangan pun dah meningkat setiap hari, itu yang saya kesalkan. Masih lagi ada orang keluar, tak sama macam PKP 1.0. Bagi saya nak buka gerai tepi jalan itu boleh tapi peniaga kena guna khidmat penghantaran makanan supaya orang tidak keluar dan beratur di kedai-kedai mereka,” katanya.
Fizz berharap rakyat Malaysia akan terus mematuhi SOP.
Pelakon filem Munafik ini juga berharap orang ramai akan terus kekal patuh prosedur operasi standard (SOP) agar usaha untuk memutuskan rantaian Covid-19 dapat dilakukan dengan berkesan. “Saya tahu semua orang ada masalah kekurangan wang tapi takkan dalam masa dua minggu, mereka (peniaga) tak boleh cuti sekejap, jaga kesihatan baik-baik. Dua minggu sahaja, kerajaan pun dah cakap akan beri bantuan kepada golongan sasaran. Saya rasa bantuan itu mencukupi untuk membantu dua minggu ini walaupun mereka tidak meniaga,” ujarnya lagi.
Walaupun begitu, Fizz turut memohon para peniaga agar sentiasa menjaga diri dan mematuhi SOP sepanjang berurusan di gerai. “Saya mohon peniaga untuk sentiasa jaga diri dan jaga SOP… kita bantu sesama kita. Saya ada tengok Datuk Seri Ismail Sabri pun beli makanan di tepi jalan, bermakna mereka dibenarkan untuk berniaga. Saya harap kenyataan saya ini tidak akan disalahertikan,” katanya.
Sepanjang PKP, Fizz menghentikan dahulu jualan laksa yang diusahakannya bersama isteri.
Fizz juga berkata dia turut menawarkan khidmat membuat review produk makanan di Instagram miliknya bagi membantu peniaga kecil mempromosikan perniagaan mereka. “Saya juga buat review secara percuma dan daripada situ saya dapat bantu peniaga-peniaga kecil ini. Sebagai seorang selebriti, saya dah jalankan tanggungjawab untuk hebah-hebahkan mengenai kesedaran pentingnya kita duduk di rumah untuk putuskan rantaian Covid-19. Selebihnya, terpulang kepada rakyat Malaysia untuk fikirkan sendiri tepuk dada tanya selera,” katanya.
Kredit -
Post a Comment