Dewasa ini ramai yang sanggup buat apa saja content demi mendapatkan sedikit perhatian dan sesuap view dari netizen.
Sampai ada yang sanggup buat content yang boleh memberi risiko kepada orang yang kena prank.
ARTIKEL MENARIK:Netizen kecewa dan tegur Bunga Citra Lestari semakin galak tayang gambar tidak senonoh di instagram
Baru-baru ini viral satu video yang telah dimuat naik pelakon Norren Iman.Video berdurasi hampir seminit itu memaparkan tindakan pelakon Rindu Awak Separuh Nyawa itu yang mengangkat anak lelaki dan perempuan yang sedang tidur lena di ruang tamu.
Video itu telah ditulis dengan kapsyen ringkas berikut :-
“Bila PKP ni, macam-macam boleh jadi. Idea ini datang dari @razzirazak!.”
Tindakan pelakon itu memuat naik video prank itu telah membuatkan segelintir netizen bengang dan mendakwa orang sepertinya itu sanggup buat benda berisiko itu demi mengejar jumlah likes beliau sanggup mengenakan dua anaknya yang sedang tidur.
Pada mulanya, disangkakan kanak-kanak tersebut hendak dibawa ke bilik tidur, tetapi sebaliknya yang berlaku.
Rupa-rupanya Norreen meletakkan mereka di dalam kolam renang jenis plastik yang berisi air di luar rumah disusuli dengan gelak tawa.
Lantas, anak-anaknya terus terjaga dan segera berdiri dek terkejut apabila air memasuki hidung.
Tindakan tersebut nampaknya mengundang ketidakpuasan hati dalam kalangan netizen.
Mereka menyifatkan sebagai seorang ibu seharusnya melindungi anak-anak berbanding melakukan perkara seumpama itu.
Menjenguk ke ruangan komen, majoriti netizen mengecam tindakan pelakon itu.Berikut adalah beberapa komen dari netizen
@Nur Azfahani Ahmad: “Apa la seorang mak buat anak macam ni. Gurau berpada-pada. Kalau setakat letak tempat lain di dapur ke boleh diterima.
“Ini dalam air kot! Ba.haya..otak tengah slow down proses pernafasan anak tetiba air masuk boleh termasuk dalam injap terus mengepam masuk lung.”
@Azila Saga: “Apalah perasaan seorang ibu buat anak-anak macam tu? Kalau saya anak tengah tidur tak smpai hati nak kejut, apatah lagi nak masukkan dalam air.”
@Melissa Meng Isyagoprettyzanmi:” Ya ALLAH kenapa buat macam itu? Agak-agak la bergurau mak oi. Kesian anak tengah lena tido semangat entah terbang ke mana.”
@Shuaily Ahmad Eily: “Hilang semangat budak tengah tido. Tak elok buat macam tu dan satu lagi bahaya.”
@Beth Nang: “Luv u Norreen. Tapi bila tengok buat macam ni kat anak alamak tercaIar hati aku. Kalau aku ini adalah benda yang aku takkan buat pada anak-anak walaupun dibayar jutaan ringgit… sorry!.”
@Rahimah Yunos: “Nak dapat banyak likes sanggup buat gitu.Bagi aku yang bergelar ibu tak kelakar langsung. Ya memang itu anak kau. Tapi nak bergurau berpada-pada. Nak glamor memang kena buat begini ke?
Sumber: Facebook Norreenjelah dan Instagram @norreen143
Artikel dari sinarplus
Post a Comment