Pernah digantung kerja gara-gara melastik mata seekor anjing peliharaan di rumah pelanggan, posmen yang dikenali sebagai Dollah dikhabarkan sudah kembali bertugas seperti biasa.
Perkara itu dikongsi oleh aktivis sosial dan pelawak, Shahrol Shiro menerusi laman Instagram miliknya yang terserempak dengan posmen tersebut dipercayai di sebuah lokasi di Kluang, Johor.
ARTIKEL MENARIK:Isteri dedahkan suami disahkan positif covid 19 lepas rider cod barang di rumah pelanggan gelang pink. Kemungkinan virus disebarkan melalui wang kertas.
Menurut pelawak berusia 37 tahun itu, Dollah meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pihak yang memberikan sokongan sehingga dia kembali menyarungkan seragam berkenaan demi mencari rezeki. “Terserempak dengan Dollah posmen yang pernah viral dahulu pasal lastik anjing kini sudah menyarung baju posmen kembali. “Tak henti mulut melafazkan syukur dan terima kasih atas bantuan termasuk doa2 dari semua beliau tidak diberhentikan kerja,” tulisnya.
Sebelum ini, Shahrol bertindak membawa posmen terbabit bertemu dengan pemilik anjing Sivakumar Marimuthu bagi memohon maaf atas kejadian yang berlaku. “Kita cuma bantu apa yang mampu. Semoga Allah SWT merahmati kita semua. Lepas menteri umum boleh duduk di kedai makan nanti kita ngeteh yer Dollah,” katanya.
Februari lalu, aksi Dollah dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) sebelum tular di laman sosial dimana rata-rata warganet menyifatkan dia sengaja melukakan haiwan itu. Berikutan itu, Pos Malaysia Bhd (Pos Malaysia) mengeluarkan kenyataan mengenai penggantungan tugas kakitangannya buat sementara waktu untuk siasatan lanjut.
Sumber: Instagram Shahrol Shiro
Post a Comment