Gadis ni nekad jual motor ayah hanya kerana nak buat modal jumpa lelaki yang bari kenal dekat online game. Tak sangka akhirnya ini yang terjadi.
loading...

Telah viral baru-baru ini satu vdeo berceritakan tentang seorang remaja perempuan yang ‘terkandas’ di lapangan terbang selepas dia rasa sangat bersalah untuk berjumpa dengan rakan lelaki yang dikenalinya menerusi permainan dalam talian.

Gadis ni nekad jual motor ayah hanya kerana nak buat modal jumpa lelaki yang bari kenal dekat online game. Tak sangka akhirnya ini yang terjadi.

 


Kejadian yang berlaku di Jambi itu ‘membongkar’ satu cerita yang mengejutkan. Remaja itu dipercayai telah menjual motosikal bapanya kerana ingin berjumpa dengan rakan lelakinya itu. Menurut Tribun Timur, remaja prmpuan itu nekad bertindak sedemikian untuk membiayai perjalanannya ke Jakarta dengan menaiki kapal terbang.

ARTIKEL MENARIK:Dikatakan sengaja nak tayang badan masa suntik vaksin. Sekali tak boleh berdiam pemuda ni tampil jelaskan cerita sebenar.
loading...


Pun begitu, dia mula meragui tindakannya selepas memikirkan mengenai kedua ibu bapanya. Berseorangan di situ, dia kebingungan dan hanya mampu menangis. Kesian melihat keadaan remaja itu, seorang perempuan, Monik, yang turut berada di lapangan terbang itu menghampirinya dan menenangkannya.

Seorang Wanita Datang Menghampiri remaja prmpuan… “Ketika itu saya melihat remaja tersebut seperti kebingungan, saya menghampirinya dan bertanya keadaannya. Ternyata dia dari Jambi dan hendak ke Jakarta untuk menemui rakan lelaki yang dikenali menerusi permainan dalam talian,” katanya.

Menurutnya lagi, gadis itu juga mahu pergi ke Jakarta dengan membawa wang bernilai Rp 20 juta (RM5,771), ia merupakan hasil yang diperoleh selepas menjual motosikal bapanya, lapor Detik News. Remaja itu dipercayai memberontak dan nekad untuk berjumpa lelaki yang dikenalinya itu tetapi ia tidak diteruskan kerana keluarganya dapat mengetahui mengenai perkara tersebut setelah video mengenainya tular.

loading...



“Sebenarnya dia tetap berkeras ingin berangkat ke Jakarta tetapi mujurlah video itu tular dan pihak keluarganya datang ke lapangan terbang untuk menjemputnya. Tidak cuma itu, remaja itu juga secara tidak sengaja bertemu dengan seorang guru sekolahnya, akhirnya dia membatalkan hasrat untuk ke Jakarta,” jelas Monik

Sementara itu, Pengurus Besar Lapangan Terbang Sultan Thaha Jambi, Agus Supriyanto mengesahkan bahawa remaja itu merupakan penumpang yang akan berlepas pada Selasa. Keluarga Kandung Akhirnya Jemput Pulang
Kerana turut merasa curiga terhadap gadis itu yang kelihatan kebingungan dan tidak mempunyai penjaga, Agus juga telah membatalkan penerbangan gadis itu.

Keluarganya yang berasal dari Desa Tangkit, Wilayah Jambi, dilaporkan telah menjemputnya di lapangan terbang untuk membawanya pulang. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.



Kredit -

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم