Kini siaran All Together Now Malaysia terpaksa dihentikan. Sekali pihak Astro tampil jelaskan dkwaan tersebut.
loading...

Ajoi Zainal dan Najwa P Ramlee layak mara ke episod akhir. BARU sempat bersiaran bagi episod pertama pada Ahad lalu, program hiburan All Together Now Malaysia (ATNM) terpaksa dihentikan tayangan buat sementara waktu sehingga siasatan berkaitan dkwaan berlakunya pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) selesai. 

Kini siaran All Together Now Malaysia terpaksa dihentikan. Sekali pihak Astro tampil jelaskan dkwaan tersebut.

 


Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, rakaman program tersebut dibuat pada Mac lalu di Putrajaya sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0).

ARTIKEL MENARIK:Program hiburan himpun 50 juri langgar SOP?
loading...



Sherry Alhadad bertindak sebagai hos.

“Krew penerbitan menjalankan ujian calitan Covid-19 ke atas semua yang mengambil bahagian sebelum rakaman bermula dan hanya mereka yang berstatus negatif sahaja dibenarkan meneruskan rakaman. Set yang dibina telah mengambil kira penjarakan fizikal antara juri dengan jarak 1.5 meter di samping diletakkan penghadang lutsinar antara mereka,” katanya.

Menurut Raqim lagi, sepanjang proses rakaman dijalankan, wakil daripada beberapa agensi keselamatan turut berada lokasi. Terdahulu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dilaporkan mengarahkan agar siasatan dilakukan ke atas penerbitan rancangan berkenaan susulan dakwaan pelanggaran SOP.

 

loading...


Set yang dibina telah mengambil kira penjarakan fizikal antara juri dengan jarak 1.5 meter.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Rabin Basir berkata siasatan ke atas rancangan itu akan dikendalikan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM). Laporan itu turut memetik bahawa KKMM akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya mereka mengenal pasti berlakunya pelanggaran SOP sepanjang rakaman program berkenaan. ATNM merupakan program realiti nyanyian terbaharu terbitan Astro Ria yang menyaksikan seramai 50 selebriti tempatan menjadi juri rancangan tersebut.



Kredit -

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم