GAMBAR SEKADAR HIASAN Macam yang korang tahu, hari ini (1 Jun) bermulalah total lockdown di seluruh negara yang dianggarkan tamat pada 14 Jun nanti.
Mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negera, kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah kini dilarang untuk keluar rumah kecuali atas sebab-sebab tertentu sepanjang tempoh ini lapor Malay Mail.
ARTIKEL MENARIK:Mufti Perak meninggal dunia
Kanak-kanak tak dibenarkan untuk ada di mana-mana tempat atau kemudahan awam kecuali bagi tujuan yang disenaraikan di bawah ini: Kecemasan, Rawatan perubatan, Pendidikan dan Bersenam.
Ini ekoran laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan mendedahkan sebanyak 82,341 kes jangkitan Covid-19 melibatkan bayi dan kanak-kanak. Oleh itu, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba menasihatkan ibu bapa atau penjaga untuk jadi lebih bertanggungjawab bagi melindungi kumpulan ini dari terkena jangkitan.
Tak cukup dengan itu, Dr Adham turut memberi amaran kepada ibu bapa yang masih degil, walaupun dalam Akta 342 tiada peraturan yang boleh kompaun diberikan kepada ibu bapa yang bawa anak ke tempat sesak, pihak berkuasa masih boleh membuka kertas siasatan.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Tular Isu Makan Dalam Kenderaan Dalam Tempoh PKP Adalah Salah. Sekali Polis Ini Tampil Jelaskan Hal Sebenar.
Polis menafikan ada mengambil tindakan terhadap seorang lelaki yang berang dalam sebuah video tular berhubung isu makan dalam kenderaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sitiawan di sini. Ketua P0lis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, tiada sebarang k0mpaun dikeluarkan mahupun tindakan diambil terhadap individu terbabit.
“Saya sudah melihat video itu dan meng3sahkan tiada kompaun atau individu dit4han kerana makan mak4nan yang dibungkus dalam kenderaan. Kita tidak pasti motif sebenar video yang dibuat lelaki terbabit, malah gambaran diberikan individu itu juga tidak jelas sama ada dia dikompaun atau dil4rang daripada makan di dalam keretanya,” katanya di sini pada Selasa.
Beliau percaya lelaki terbabit salah faham keny4taan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail mengenai tindakan komp4un ke atas pengusaha premis makanan yang menyediakan layanan ‘dine-in’ di dalam kereta adalah melanggar prosedur operasi standard (SOP). Bagaimanapun, Nor Omar melahirkan kekesalan terhadap penyebaran video dengan kandungan mesej tidak jelas yang boleh menimbulkan kekeliruan.
“Orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan m4klumat lebih jelas daripada pihak berkaitan dan tidak menularkan atau membuat video yang boleh mengelirukan masyarakat,” katanya. Video yang tular di media sosial berdurasi 29 saat itu memaparkan seorang lelaki seolah-olah bengang mengenai isu makan di dalam kenderaan sambil meriba bungkusan makanan di dalam sebuah kereta. Aku ada rentas negeri punya surat, aku dari Ipoh datang Sitiawan. Sekarang aku beli nasi takkan nasi ni aku nak bungkus balik ke Ipoh baru makan. Aku laparlah, aku mesti makan sekarang jugalah, takkan 100 kilometer aku bungkus nasi nak balik rumah (baru) makan,” katanya dalam video itu.
Sumber : MYkmu
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Ramai Yang Tertanya Amalan Dine In Ini Sebenarnya Patuh SOP Ataupun Tidak. Sekali Ini Jawapannya.
SOP terkini tidak membenarkan mana-mana individu untuk ‘dine-in’ di restoran atau mana-mana kedai makan kerana berada di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tapi, ada pula premis perniagaan kedai makan yang menggunakan cara lain untuk menyediakan hidangan kepada pelanggan mereka. Ada yang menyediakan layanan ‘dine-in’ di dalam kenderaan tau. Korang cuma perlu parking berhampiran dengan kedai dan nanti pelayan tetamu kedai itu akan datang ambil order tanpa memerlukan korang untuk keluar dari kenderaan.
Selepas itu, makanan akan dihidangkan kepada korang dalam kenderaan masing-masing. Siap diberi meja lipat tau untuk makan dalam kereta korang tu. Inisiatif ini sebenarnya mendapat sambutan daripada orang ramai selepas kerajaan menguatkuasakan lar4ngan untuk makan di dalam kedai makan. Tapi, ramai yang tak tahu yang diorang sebenarnya sudah langgar SOP.
Tiada lagi ‘dine-in’ dalam kenderaan
Menurut Harian Metro, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata yang tindakan kompaun boleh dikenakan kepada premis yang menyediakan perkhidmatan ‘dine-in’ di dalam kenderaan. “Pengusaha premis makanan perlu hentikan perkhidmatan ini.” Datuk Aidi Ismail mengulas bahawa penghantaran makanan secara hidangan kepada pelanggan untuk diorang makan dalam kereta sebenarnya dianggap telah melanggar SOP.
Setakat ini, sebuah premis makanan di Miri, Sarawak telah dikompaun pada Jumaat lalu kerana menyediakan perkhidmatan yang tidak mematuhi SOP yang ditetapkan. Kalau korang nak makan juga makanan dari kedai tersebut, korang cuma boleh datang untuk take away, drive thru atau gunakan perkhidmatan penghantaran makanan sahaja. Kita kena lawan dulu Covid-19 sampai negara kita betul-betul selamat, lepastu korang nak lepak mamak sampai subuh pun takpe.
Sumber: Harian Metro
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Disebabkan Tindakan Warga Emas Yang Lari Dari Kawasan PKPD Ini. Ianya Melarat Sampai Jadi Sesuatu Ini.
Tindakan seorang warga emas dari Mukim Bunut Susu melarikan diri menjelang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) terhadap kampung itu, untuk meraikan Aidilfitri, menyebabkan tujuh saudara-maranya di Tumpat, mendapat jangkitan COVID-19.
Warga emas berusia 60-an itu dikatakan lari ke rumah ahli keluarganya yang terletak di Pulau Beluru, Tumpat. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, berkata warga emas itu disahkan positif COVID-19 pada hari raya kedua.
“Sebaik kita mendapati warga emas berkenaan tiada dalam kampung terbabit sedangkan namanya berada dalam senarai, kita mendapat maklumat wanita berkenaan lari ke rumah saudaranya di Tumpat. Pejabat Daerah Kesihatan Tumpat kemudian diarah mengesan warga emas berkenaan sebelum mengambilnya untuk tujuan ujian swab. Keputusan ujian swab warga emas berkenaan keluar pada hari raya kedua dan disahkan positif COVID-19,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media ketika meninjau Kampung Pauh Lima, di sini, yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai tengah malam tadi sehingga 1 Jun depan. Yang turut hadir, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat. Dr Zaini berkata, disebabkan warga emas berkenaan, wabak berkenaan sudah menjangkiti tujuh individu lain iaitu ahli keluarganya di Tumpat.
“Kita mendapati warga emas itu keluar dari kampung selepas mendengar kampung berkenaan akan dilaksanakan PKPD, selain mahu menyambut Aidilfitri. Setakat ini, kita masih mengesan kontak rapat warga emas berkenaan untuk dilakukan ujian swab,” katanya.
Sumber : Berita Harian
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jurusolek Ini Terharu Dengan Sikap Peniaga Buah Warga Emas Ini. Sehinggakan Tak Kisah Walaupun Beratur Lama Dan Ini Rupanya Peniaga Itu Lakukan.
Video memaparkan peniaga berkopiah ini meraih hampir 200,000 tontonan di TikTok. Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja seorang peniaga buah warga emas di Pengkalan Kubur, Kelantan menjadi tular di media sosial.
Semuanya gara-gara perkongsian yang dibuat oleh seorang jurusolek, Efa Farihah, 30, menerusi aplikasi TikTok. Menurut wanita dari Pasir Mas itu, dia berkunjung ke gerai warga emas itu yang terletak berhampiran Masjid Pengkalan Kubur selepas mendapat tahu mengenainya daripada seorang rakan, baru-baru ini.
“Saya kali pertama pergi ke gerai pakcik tu. Mula-mula saya tengok kawan yang pergi beli dengannya, dia kongsi di status WhatsApp. Jadi saya dari Pasir Mas, sanggup lalui perjalanan 30 minit untuk ke Pengkalan Kubur semata-mata nak beli buah dengan pakcik tu. Semasa beratur, saya dapat idea secara spontan untuk rakam video dia sedang berniaga,” ujarnya.
Menurut wanita yang mesra disapa Efa itu, ada dua perkara yang membuatkan hatinya tersentuh sewaktu berhadapan dengan warga emas itu. Ujarnya lagi, sikap peniaga itu juga membuatkan dia berasa tidak kisah untuk beratur dalam cuaca panas untuk membeli aneka buah berkenaan.
“Saya sangat tertarik dengan cara pakcik tu berniaga. Setiap kali dia nak buat sesuatu, ia akan dimulakan dengan kalimah Bismillah. Saya boleh dengar dengan jelas. Kemudiannya, dia akan minta maaf kepada setiap pelanggan yang beratur kerana mereka terpaksa menunggu sebelum dilayan. Walaupun tunggu dalam cuaca panas, tapi saya rasa berbaloi. Kita tak rasa apa-apapun,” ujarnya lagi.
Menurut Efa yang sudah enam tahun berkecimpung sebagai jurusolek, harga yang ditawarkan oleh peniaga itu cukup berpatutan. Bukan itu sahaja, buah yang diberi juga cukup segar dan rangup, ditambah pula dengan kuah pencicah atau ‘colek’ yang cukup menyelerakan.
Kredit -
إرسال تعليق