Penyanyi Lan Solo meluahkan rasa kecewa apabila terdapat segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengannya telah membuat laporan kepada pihak berkuasa dengan mendakwa kedai runcit miliknya, Solo Borneo Mart telah menganggu lalu lintas.
ARTIKEL MENARIK:Caprice & 6 Selebriti Lain Dikompaun Selepas Didakwa Langgar SOP
Lan Disaman
Ekoran itu, pihak berkuasa telah mengeluarkan saman terhadapnya biarpun Lan atau nama sebenarnya Razlan Mohamed Yusof, 36, bertegas kedainya sama sekali tidak menganggu lalu lintas seperti yang didakwa. Malah Lan turut memuatnaik video yang menunjukkan keluasan jalan di hadapan kedainya.
Jelas terpancar wajah kesal penyanyi ini, Lan dia akui berasa kecewa dengan tindakan pihak berkuasa yang tidak menjalankan pemeriksaan menyeluruh apatah lagi mengenakan saman di musim Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan yang sememangnya memberi kesan kepada hampir semua orang.
“Memang aku frust betul. Bab itu aku memang frust dengan Majlis Bandaraya Subang Jaya. Musim-musim PKP macam ini lah kau nak keluarkan saman lepas itu dengan sale tak menentu ini lah kau nak keluarkan saman juga.Benda logik akal lah bro”
“Kau minta lesen, aku bagi. Kau minta signboard punya lesen, aku tunjuk. So dah tak ada kesalahan, atas alasan ada aduan, kau keluarkan saman. Bab itu memang aku kesal” luah Lan
Rakan Selebriti Titip Kata Semangat
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat memberi kata-kata semangat buat Lan untuk bersabar dengan ujian yang diterimanya. Malah rakan-rakan selebriti seperti Datuk Afdlin Shauki, Indah Ruhaila, Aidid Marcello, Fedtri Yahya, Syura dan ramai lagi turut mengambil kesempatan menitipkan ucapan buatnya.
Difahamkan, ini bukanlah kali pertama kedai Lan diserbu oleh pihak berkuasa kerana sebelum ini dia turut mendakwa menerima nasib yang sama.
Kredit -
إرسال تعليق