Caprice & 6 Selebriti Lain Dikompaun Selepas Didakwa Langgar SOP
loading...

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah telah mengesahkan seramai tujuh selebriti yang terlibat di dalam penganjuran Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 di sebuah hotel dikenakan kompaun berikutan melanggar prosedur operasi standard (​SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Caprice & 6 Selebriti Lain Dikompaun Selepas Didakwa Langgar SOP

 


Caprice Dikompaun RM10,000

ARTIKEL MENARIK:Patutlah Rasa Meremang Semacam! Rupanya 5 Lagu Ini Ada Kisah Seramnya
loading...


Memetik laporan Utusan Malaysia, kertas siasatan kes terbabit telah dikembalikan dari Pejabat Peguam Negara pada Isnin lalu dengan keputusan mengenakan kompaun sebanyak RM10,000 kepada Caprice atau nama sebenarnya Ariz bin Ramli,33 selaku penganjur.

“Seorang penyanyi Rap iaitu Ariz Ramli atau Caprice dari Syarikat Rindu Raudah Sdn. Bhd. dan selaku penganjur pula dikenakan RM10,000 kerana gagal memastikan tetamu memakai pelitup muka di sepanjang majlis tersebut berlangsung,” kata Mohamad Zainal

6 Selebriti Dikompaun RM1,500

Manakala 6 selebriti lain dikenakan kompaun RM1,500 kerana gagal memakai pelitup muka sewaktu berada di dalam hotel terbabit dan ketika acara itu berlangsung.

 

loading...



Terdahulu, satu siasatan dibuka oleh PDRM berkaitan penganjuran Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 yang diadakan di sebuah hotel yang turut dihadiri beberapa selebriti seperti Ashraf Muslim, Heliza Helmi, Iman Troye, Mawar Rashid dan PU Hafiz.


Kredit -

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم