Beberapa hari yang lalu, usahawan kosmetik Eka Ekora bersama suaminya didakwa di Mahkamah Majistret atas dakwaan menyebabkan kecederaan kepada anak perempuannya.
Anaknya, Puteri Ayu yang mendakwa dirinya telah dikasari oleh ibu serta bapa tirinya berpunca dari status Whatsapp yang dimuatnaiknya berkenaan harta.
ARTIKEL MENARIK:“Takpelah, saya takde duit” – Wanita Kongsi Kisah, Ibu Tak Mahu Beli Ubat Untuk Bayi Setahun Lebih Sebab Tiada Duit
Baru-baru ini menerusi Facebook Live, anak perempuannya itu berkongsi cerita bahawa sebelum memukul dirinya si ibu pernah mempuat laporan polis terhadap dirinya selepas kehilangan wang tunai berjumlah RM10 ribu.
Hilang RM10 ribu, tuduh anak songlap
Bagaimanapun, gadis itu menafikan tuduhan tersebut sekeras-kerasnya dan menjelaskan kad bank yang dipinjam daripada bapa tirinya hanya digunakan unruk perniagaan.
Kemesraan di media sosial hanya lakonan
Bukan itu sahaja, gadis itu turut mendedahkan bahawa kemesraan yang dipamerkan di media sosial hanya sekadar lakonan semata-mata.
Lebih-lebih lagi apabila Puteri mengakui sering rasa terkongkong dan terhina dengan layanan si ibu yang suka melebihkan orang lain.
Berharap ibu mendapat hidayah
Sementara itu, menerusi coretan di laman Facebook miliknya, gadis itu menegaskan tidak berniat untuk mengaibkan ibunya tetapi sebagai seorang anak, dia hanya mendambakan kasih-sayang daripada seorang ibu.
Malah, gadis berkenaan turut mendoakan agar pintu hati ibunya dibuka untuk menerima hidayah Allah suatu hari nanti.
Sumber: TikTok Nor Azny Aisy, Facebook Puteri Ayu via ohmymedia
إرسال تعليق