“Semua dah nak terlingkup!” – Hattan rayu kerajaan beri moratorium automatik
loading...

Penyanyi legenda Datuk Hattan merayu supaya pihak kerajaan mempertimbangkan pemberian moratorium secara automatik terutama kepada rakyat yang terjejas akibat wabak Covid-19.

“Semua dah nak terlingkup!” – Hattan rayu kerajaan beri moratorium automatik



Menurut laporan Kosmo! Online, beliau meluahkan rasa bimbang kerana kes jangkitan harian masih melebihi 4,000 dan berkemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 akan dilanjutkan.

ARTIKEL MENARIK:Netizen Minta Nurin Afiqah Tanggung Kesalahan, Jadi Punca Caprice & Selebriti Lain Dikompaun
loading...


Assalamualaikum. Apa khabar semua? Kes masih melebihi 4,000. Maknanya PKP akan berpanjangan. Jadi sekarang ini macam mana? Sebab ramai rakyat marhaen mengadu mereka dah nak terlingkup.
“Tolonglah beri mereka moratorium secara automatik sebab tak terdaya nak meneruskan hidup. Ada yang tidak bekerja, ada yang kerja gaji setengah bulan,” katanya.

Luahan tersebut dikongsi penyanyi berusia 57 tahun itu semalam, menerusi sebuah video di laman Instagram selepas menyedari ramai orang terutama warganet mengadu tentang kesempitan hidup mereka.

 

loading...


Selain itu, Hattan turut memberi contoh pekerja di pusat membeli-belah yang tidak dapat melaksanakan kerja lebih masa (over time) akibat ditutup sepanjang PKP 3.0.

“Pekerja kompleks membeli-belah mengharapkan kerja lebih masa untuk mendapatkan wang lebih. Tapi sekarang sudah terjejas,” ujarnya.

Penyanyi lagu Memburu Rindu itu juga berharap moratorium dapat diberikan kepada penggiat seni yang turut terkesan seperti orang lain.

“Semua dah nak terlingkup dah. Peniaga kecil buka sampai pukul 8 malam. Biarlah mereka berniaga sampai pukul 10 malam.
“Kerajaan tolonglah kami. Kalau pasar raya besar pun boleh meraung, bagaimana nasib peniaga kecil?” luahnya.

Sumber: Kosmo! Online (Mohammad Shahemy Azmi) , Instagram Hattan via ohmymedia


-----------------------------------------------------------------
 
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم