Sudah Bertudung Sepenuhnya? Nina Iskandar Sedang Perbaiki Diri, Enggan Komen Banyak
loading...

Pelakon Nina Iskandar, 30, enggan mengulas lanjut mengenai penampilan terkininya yang sudah bertudung.

Sudah Bertudung Sepenuhnya? Nina Iskandar Sedang Perbaiki Diri, Enggan Komen Banyak

 


Menurut Nina atau nama sebenarnya Nur Akmalina berkata dia tidak akan mengiyakan atau mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara tersebut.

ARTIKEL MENARIK:Teori Konspirasi Tersebar! Benarkah Puteri Diana Hamil Anak Dodi Fayed Sebelum Meninggal Dunia?
loading...




“Tak akan mengiyakan atau mengeluarkan kenyataan apa-apa,” tulisnya. Sebelum ini, Nina menerima soalan daripada salah seorang pengikut di ruangan Ask Me Question yang bertanya sama ada dia sudah sepenuhnya bertudung. “Sis memang dah sepenuhnya berhijab ka?” tanya individu terbabit.



loading...


Dalam pada itu, pelakon drama Andainya Takdir menyatakan dia dalam proses untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.


“Selamat mengatakan, saya berusaha dan masih tengah memperbaiki diri. Doakan ya,” tulisnya lagi. Selepas lima tahun memutuskan untuk tidak lagi bertudung, Nina seperti memberi bayangan sudah kembali bertudung menerusi beberapa perkongsian foto di Instagram (IG).


Pelakon kelahiran Brunei itu merupakan isteri kepada penolong pengarah Azlan Adznan dan mereka mempunyai seorang anak lelaki Muhammad Aaryan ar-Rizqin yang kini berusia setahun, Nina kini berada di Brunei sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Malaysia.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : https://gempak.com/



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post