Teori Konspirasi Tersebar! Benarkah Puteri Diana Hamil Anak Dodi Fayed Sebelum Meninggal Dunia?
loading...

Ini merupakan salah satu teori konspirasi yang kerap menjadi bualan ramai mengenai kematian ‘Puteri Rakyat’ kesayangan Britain ini adalah, Puteri Diana sebenarnya sedang hamil anak teman lelakinya Dodi Fayad sebelum meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Teori Konspirasi Tersebar! Benarkah Puteri Diana Hamil Anak Dodi Fayed Sebelum Meninggal Dunia?

 


Sekadar Teori Konspirasi Atau Kisah Benar?

ARTIKEL MENARIK:8 Gambar Kenangan Termanis Putera Mateen Dengan Ibunya, Walaupun Harus Berpisah
loading...



Foto – Good Housekeeping

Dipetik dari Meaww, terdapat desas-desus yang sebenarnya Puteri Diana mengandung anak teman lelakinya tetapi tiada rekod sahih yang boleh membuktikan khabar angin tersebut betul atau sebaliknya.

Apatah lagi proses pengawetan mayat Puteri Diana dilakukan dalam kadar segera, tanpa melakukan autopsi bagi bedah siasat kematian ibu kepada Putera Willian dan Putera Harry ini.

Puteri Diana Diawet Segera Tanpa Autopsi


Foto – PopSugar/News1130

loading...


Menurut aktor Richard Belzes yang juga merupakan penulis buku dan ahli konspirasi teori Puteri Diana menyatakan, mendiang Puteri Diana diawet sebelum melakukan proses autopsi dan tindakan ini adalah menyalahi undang-undang.

“Beliau diawet tanpa autopsi, di mana ia menyalahi undang-undang. Kita tidak dapat buktikan sama ada beliau benar-benar hamil atau tidak kerana mayat beliau telah diawet. Ianya sangat mencurigakan untuk melakukan pengawetan, terutama melibatkan kematian berporfil tinggi.” Ujarnya

Sampel Darah Menunjukan Puteri Diana Tidak Hamil

Meski tidak dapat membuat bedah siasat ke atas Puteri Diana, pihak berkuasa dapat mengambil sampel darahnya dari kereta kemalangan tersebut dan hasil ujian menunjukan bahawa Puteri Diana tidak mengandung waktu itu.


Foto – Claudia

Walaupun laporan tersebut telah dikeluarkan namun masih ramai yang tidak mempercayai sepenuhnya, kerana tanpa ujian air kencing dan sampel darah dari tubuh Puteri Diana sendiri, laporan tersebut belum tentu menunjukan kebenaran sebenar.

Sehingga kini teori konspirasi yang berlegar mengenai kematian ‘Puteri Rakyat’ dan spekulasi sama ada beliau benar-benar hamil atau sebaliknya kekal terkubur tanpa jawapannya.



Kredit -

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post