“Takpelah, saya takde duit” – Wanita Kongsi Kisah, Ibu Tak Mahu Beli Ubat Untuk Bayi Setahun Lebih Sebab Tiada Duit
loading...

Tak dapat dinafikan lagi bahawa sejak berlakunya pandemik Covid-19 ni, ramai yang sedang kesempitan untuk meneruskan hidup.

“Takpelah, saya takde duit” – Wanita Kongsi Kisah, Ibu Tak Mahu Beli Ubat Untuk Bayi Setahun Lebih Sebab Tiada Duit



Sesetengah ada dibuang kerja kerana syarikat ingin mengurangkan tanggungan mereka. Bagi peniaga pula, ada terpaksa menutup perniagaan mereka kerana ketiadaan pelanggan dan kekangan waktu berniaga. Hasilnya ramai ketiadaan duit dan tak mampu untuk beli barang keperluan dan ubat-ubatan.

ARTIKEL MENARIK:Pemuda ini akui terdesak sampai perlu jual sesuatu ini demi teruskan hidup keluarga. Tak sangka sampai dapat tarik perhatian ramai.
loading...


Tak ada duit untuk beli ubat

Seperti kisah dikongsikan wanita ini, apabila peristiwa yang boleh dianggap sedih berlaku kepadanya.

Kisah ini telah dimuat naik di Twitter oleh @anne_nma, apabila wanita dikenali sebagai Anne ini melihat sendiri seorang ibu tak mampu beli ubat untuk anaknya.

ubat 1

Ceritanya kejadian berlaku pada jam 10 malam 22 Jun lalu, ketika itu dia perlu menghantar ayahnya ke klinik untuk membuat rawatan penyakit ayahnya. Kemudian dia terdengar perbualan seorang wanita di kaunter farmasi yang ingin membayar ubat.

Lalu wanita tersebut menghulurkan kad kepada petugas di kaunter tersebut. Namun apa paling mengejutkan apabila Anne terdengar bahawa wanita itu menolak untuk membeli ubat kerana tak ada duit untuk membayar.

ubat 3

ubat 4

ubat 5

ubat 6

 

Petugas farmasi bayarkan

Seterusnya wanita tersebut terus hendak lari pergi dari kaunter tersebut, namun atas dasar kasihan petugas di kaunter tersebut memanggil semula dan membayarkan ubatan itu.\

 

loading...


Wanita tersebut yang mungkin tidak percaya, bertanyakan kepada petugas tersebut berulang kali sama ada dia serius kemudian berterima kasih kepadanya berulang kali.

Selepas itu, Anne melihat bahawa wanita tersebut terus bergerak pergi bersama suami dan anaknya yang berusia setahun lebih. Rupa-rupanya, ubat tersebut untuk anaknya yang masih bayi itu.

ubat 7

ubat 8

ubat 9

ubat 10

ubat 11

ubat 12

Syukurlah masih ada insan yang kasihan dan rela nak membantu mereka yang kesusahan macam tu.

Sumber : Twitter 

 

Baca : “Ada yang lagi susah dari kita” – [VIDEO] Sanggup Berpanas, Adik Beradik Jual Mempelam Tepi Jalan Bantu Ibu Cari Duit

foot ubat

Sumber: Twitter via Lobak Merah


-----------------------------------------------------------------
 
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم