Seriouslah! Selain Anwar Hadid, 5 Selebriti Hollywood Ini Ambil Keputusan Tukar Agama?
loading...

Semua orang tahu keturunan Hadid merupakan penganut agama Islam. Dalam diam siapa sangka adik kepada dua model terkenal, Gigi dan Bella Hadid telah mengambil keputusan untuk menukar agama.

Seriouslah! Selain Anwar Hadid, 5 Selebriti Hollywood Ini Ambil Keputusan Tukar Agama?

 


Paling mengejutkan lima selebriti Hollywood ini juga mengambil keputusan yang sama. Nak tahu siapakah selebriti tersebut, baca perkongsian di bawah.

ARTIKEL MENARIK:“Amanah Orang Kita Kena Jaga”- Fara Fauzana Minta Orang Ramai Doakan Faizal Ismail
loading...

Mike Tyson 

Sebelum ini, petinju lagenda dunia, Mike Tyson telah mempelajari pelbagai jenis agama. Tetapi sebelum dia memasuki penjara atas dakwaan merogol, Mike dikatakan telah memeluk agama Islam pada akhir tahun 90-an.


Foto – Pinterest

Julia Roberts 

Pada awalnya Julia Roberts dibesarkan dalam keluarga yang menganut agama Kristian. Kemudian dia telah mengambil keputusan untuk menukar kepada agama Hindu pada tahun 2010.


Foto – Hello Magazine

Anwar Hadid 

Dibesarkan dalam keluarga menganut agama Islam, Anwar Hadid telah mengambil keputusan untuk menukar agama kepada Kristian walaupun ditentang oleh orang sekelilingnya.


Foto – Woman Talk  

 

loading...
 
 

Shia LaBeouf

Dibesarkan oleh ibu yang menganut agama Yahudi dan bapa beragama Kristian, Shia memutuskan untuk menjadi seorang penganut agama Kristian. Kongsinya, Brad Pitt telah membantu dia untuk menjadi seorang penganut Kristian secara rasmi.


Foto – The Hollywood Reporter

Katie Holmes 

Semasa menjalinkan hubungan dengan Tom Cruise pada tahun 2005, Katie Holmes mengaku dia telah mempelajari agama Scientology. Malah dia juga mengadakan upacara Scientology ketika berkahwin. Tetapi setelah bercerai dengan Tom pada tahun 2012, dia menukar kepada agama Katolik.


Foto – Vanity Fair

Orlando Bloom 

Suami kepada penyanyi terkenal, Katy Perry berkongsi dia mempelajari agama Buddha daripada rakannya, David ketika belajar untuk peperiksaan. Ujarnya lagi kini dia sedang mempraktikkan Buddhisme dalam kehidupannya.


Foto – Harper’s Bazaar

Sekadar info tambahan, beberapa selebriti di atas mengambil keputusan menukar agama disebabkan oleh beberapa faktor seperti pemahaman semasa dan keadaan.



Kredit -

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم