Isu berkaitan adik Bella terhadap kes penderaan yang dialaminya masih mendapat perhatian umum. Menurut tinjauan kami di laman twitter, rata-rata netizen terus menggunakan tanda pagar #justiceforbella dalam tweet mereka.
Ada di antara mereka yang tidak berpuas hati kerana polis ‘gagal’ mendapat perintah reman terhadap pengasas Rumah Bonda.
ARTIKEL MENARIK:Nadir Al-Nuri Bersiaran LIVE Esok! Bakal Menjawab Segala Persoalan Warga Netizen
Ini kerana, mereka mahu pengasas Rumah Bonda ditahan kerana disyaki mendera adik Bella.
Peguam Jelaskan Kenapa Suspek ‘Gagal ‘Direman
Walaubagaimanapun, seorang peguam yang dikenali dengan nama Farhan Maaruf telah menjelaskan mengenai berita ‘Gagal’ reman itu.
Farhan di twitternya berkongsi pautan berita tersebut dan menerang maksud disebalik ‘gagal’ yang disebut.
“Baru nampak artikel ni. Tidak ada yang disebut ‘gagal reman’. S117 CPC menetapkan bahawa polis harus menunjukkan kepada mahkamah alasan untuk menahan suspek tanpa mengira siasatan yang sedang dijalankan.”
Katanya, gagal reman tidak bermaksud suspek terlepas begitu sahaja tetapi siasatan masih diteruskan.
“So, ‘gagal’ yang dimaksudkan ialah tiada sebab untuk pihak polis menahan saspek dalam lokap tetapi siasatan boleh diteruskan seperti biasa. Tak bermaksud suspek terlepas tak tentu pasal. Kalau siasatan menunjukkan ada kes terhadap beliau, boleh dituduh pada bila-bila masa.”- ujarnya.
Farhan juga menerangkan kepada netizen tentang peranan ‘reman’ di bawah undang-undang.
“Ramai yang kurang faham mengenai peranan ‘reman’ di bawah undang-undang. Reman merujuk kepada kebenaran dari Mahkamah untuk menahan suspek di dalam lokap untuk tujuan siasatan yang tidak boleh dilengkapkan dalam masa 24 jam.”
“Maka, polis kena tunjuk sebab yang memerlukan suspek ditahan dalam lokap. Amik kenyataan saksi lain tak memerlukan suspek ditahan dalam lokap. Nak tunggu medical report pun tak memerlukan suspek ditahan dalam lokap.”
Tambahnya lagi, salah satu sebab mengapa suspek perlu di reman adalah untuk menjaga integriti siasatan pihak polis.
“Reman ni khusus untuk menjaga integriti siasatan oleh pihak polis tanpa suspek dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Contoh, kalau bagi dia balik mesti ada orang cuba ajar macam mana nak ajar cakap dengan polis nanti. Jadi simpan dalam lokap untuk ambil kenyataan suspek”
Jadi kepada yang mahukan keadilan terhadap adik Bella, yang bersalah tetap akan di dakwa. Dan ternyata pengasas pengasas Rumah Bonda ‘gagal’ direman bukanlah bermaksud dia bebas.
Kes Adik Bella Masih Dalam Siasatan
Terdahulu, Adik Bella yang mengalami sindrom Down berusia 13 tahun dipercayai didera di sebuah pusat kebajikan milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di ibu kota.
Kisah menyayat hati itu mendapat perhatian orang ramai yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib Bella sehingga trending tanda pagar #JusticeFOrBella di twitter.
Kredit - Murai MY.
إرسال تعليق