Arab Saudi benarkan kemasukan pelancong lengkap divaksin mulai 1 Ogos
loading...

DOHA – Arab Saudi membenarkan warga asing yang lengkap dua dos vaksin COVID-19 mengunjungi negara ini bermula 1 Ogos, lapor Sputnik.

Arab Saudi benarkan kemasukan pelancong lengkap divaksin mulai 1 Ogos

 


“Bermula 1 Ogos 2021, tiada lagi larangan masuk ke Arab Saudi kepada pemegang visa pelancong yang lengkap divaksin. Tiada kuarantin diperlukan bagi mereka yang mempunyai sijil vaksinasi,” memetik pengumuman Kementerian Pelancongan Arab Saudi di akaun Twitter pada Jumaat.

ARTIKEL MENARIK:“Lihat Siapa Di Depan?”- Aktivis ‘”Bahan” Malaysia Selepas lsr4e1Raih Pingat Pertama Olimpik 2020
loading...


Bagaimanapun, pelancong asing masih perlu mengambil ujian PCR, 72 jam sebelum tiba di Arab Saudi.

Arab Saudi setakat ini membenarkan empat vaksin COVID-19 termasuk Moderna, Johnson & Johnson, AstraZeneca dan Pfizer.

Sehingga kini negara ini melaporkan sejumlah 523,397 kes COVID-19, sementara 8,212 pesakit telah meninggal dunia, menurut maklumat rasmi.



loading...


Arab Saudi memperkenalkan visa pelancong pada September 2019. Pada Mac 2020, pihak berkuasa menggantung sementara pengeluaran visa itu berikutan pandemik COVID-19. – Bernama

Kredit - malaysiagazette

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post