Melihatkan kes harian COVID-19 kekal mencatatkan paling tinggi, penyanyi rap Caprice telah mempersoalkan tindakan pihak kerajaan dalam menangani penularan wabak ini.
ARTIKEL MENARIK:Mengejutkan! Lucinta Luna Bangga Dedah 28 Orang Pelakon Pernah Tidur Bersamanya
Negara Makin Kritikal
Di story Instagram, Caprice berkata rakyat sudah melakukan pelbagai cara termasuklah patuh terhadap perintah Darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Akan tetapi sepanjang melaksanakan PKP dalam tempoh sebulan ini, kes harian masih lagi mencatat jumlah yang tertinggi.
“Kes masih lebih 5,000. Hospital dah critical. Businesses tengah susah. Pelajar UKM/ pelajar Malaysia dah tak tahu masa depan mereka”- kongsinya di Instagram.
Dedah penyanyi rap ini, keadaan negara terutamanya di hospital semakin kritikal apabila alat bantuan pernafasan, katil dan sebagainya tidak mencukupi bagi menampung jumlah pesakit COVID-19. Malah perniagaan dan juga pelajar turut mengalami kesan daripada situasi ini.
Caprice Persoalkan Tindakan Menteri
Tambah Caprice, jumlah menteri yang ramai sepatutnya dapat membantu meringankan beban rakyat dan membantu negara. Tetapi kebanyakan cara penyelesaian yang diberikan oleh pihak menteri tidak jelas dan releven untuk digunakan.
Foto – Hot FM
Menteri ramai, tapi idea dan jalan keluar tidak jelas. Sekejap ni, sekejap tu. Pasang wire, bukak wire. Lock down tak lock down.
Akhirnya rakyat jugak yang jaga rakyat. Lepas tu ada yang bod* pi pertikai rakyat”, dedah Caprice.
Penyanyi rap ini juga akui dalam keadaan kritikal ini, dia melihat rakyat saling bekerjasama untuk membantu antara satu sama lain. Malah ada juga yang memberi makanan dan kewangan untuk membantu mereka yang lebih memerlukan.
Foto – Berita Harian
Kredit -Hangat.com
إرسال تعليق