Pendakwah bebas Ebit Lew sebentar tadi melalui Facebook rasmi miliknya memaklumkan akan melakukan sesi siaran langsung bagi menjawab semua fitnah yang dilontarkan kepadanya dan dirasakan tidak berasas.
Ebit Lew juga memaklumkan sesi ini akan diadakan pada hari esok jam 12 tengah hari dan meminta semua dapat mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.
ARTIKEL MENARIK:“Tak tahu macam mana rasanya bangun tidur pagi esok” – Mark Adam dan Fizie ditamatkan kontrak
Doakan yer esok pukul 12 tengah hari saya akan live menjawab kepada semua fitnah yang melampau dan langsung tak berasas terhadap saya.
Saya bersyukur pada Allah kerana dia Maha Baik dan Maha Besar. Saya cuma orang biasa dan pendosa. Syukur direzekikan dapat menjadi sebahagian kecil usaha kasih sayang ini. Saya diajar untuk tidak menjawab dan bergaduh dari kecil. – Tulisnya.
Ebit Lew turut menyatakan dia perlu menjelaskan perkara yang sebenar selepas ratusan ribu orang melihat fitnah yang ditujukan ke atas dirinya. Ebit Lew meluahkan perasaan kecewa dan sedihnya atas apa yang berlaku sehingga membuatkan arwah ayah, isteri, anak-anak dan insan tersayang menangis.
Tapi semenjak di Mesir fitnah dan kata sinis terus menimpa saya. Dari dulu lagi saya dah biasa difitnah dan dikata begini. Saya bersyukur kerana apalah sangat ujian ini. Tapi bila anak saya menangis, arwah ayah saya menangis, isteri saya menangis,isteri kepada team saya menangis. Kami cuma manusia biasa. Penat, letih dan berat ujian. Ratusan ribu orang melihat fitnah tentang saya. Hari ini masih belum habis. Pagi ni anak saya peluk saya menangis. Cukuplah.
Saya Redha pada Allah. Saya diam belum ada sepatah atau kenyataan dari saya. Makin ramai buat kenyataan tentang saya. Ini tentang saya,keluarga dan team saya.. Menyebabkan arwah bapa saya menangis. Isteri dan anak saya menangis tertekan. Saya benar-benar kecewa dan sedih. – Tulisnya lagi.
Semoga apa yang berlaku ini berakhir dengan baik dan semua persengketaan ini tidak patut berlaku lagi.
Kredit: Facebook Ebit Lew via Oh! Media
إرسال تعليق