“I love you bapak, bapak pergi dulu nanti Ebit sampai”- Bapa Ebit meninggal dunia
loading...

“BAPAK saya yang tercinta baru sahaja meninggal dunia. Ya ALLAH beratnya rasa ujian ini.”

“I love you bapak, bapak pergi dulu nanti Ebit sampai”- Bapa Ebit meninggal dunia



Begitulah perkongsian pendakwah kesayangan ramai, Ebit Lew sebentar tadi menerusi laman sosial miliknya.


ARTIKEL MENARIK:Selepas suami dan anak-anak, kini Rebecca pula positif Covid-19
loading...


Menerusi hantaran tersebut, Ebit berusia 36 tahun memohon doa orang ramai dan menghadiahkan Al-Fatihah kepada arwah bapanya, Ibrahim Lew.

“Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. I love you bapak. Bapak pergi dulu. Nanti Ebit sampai yer.

“Ya ALLAH ampunilah bapak. Sayangilah beliau, rahmatilah beliau, hadiahkan syurga Firdaus untuk beliau.

“Ya ALLAH temukanlah bapak dengan mak dekat sana. Letakkanlah mereka bersama. Ya ALLAH, inilah ayahku yang sangat baik. Terima kasih pinjamkan dirinya untukku.

“Saya dalam perjalanan ke Hospital Gleneagles untuk bawa jenazah ayah dimandikan di Masjid Bandar Baru Ampang.

“Kemudian terus bawa ke Muadzam Shah, Pahang. Pohon doakan buat ayah saya dan hadiahkan Al-Fatihah,” ujar beliau.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet menghujani ucapan takziah kepada Ebit dan mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat ALLAH SWT dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.

"Kanser perut dah merebak, menanti hari" - Ebit kongsi keadaan ayah

Terdahulu, pada 6 Julai Ebit menerusi laman sosial memaklumkan mengenai kondisi kesihatan bapanya sehingga mengundang sayu dalam kalangan warga maya.



loading...


“Pohon doakan buat ayah saya ya. Doktor kata kanser perut last stage. Menanti hari. Kanser dah merebak semua. Semoga ALLAH mudahkan buat ayah,” mohon beliau.

Baca juga Benjy Ibrahim Meninggal Dunia Di Medan Indonesia. Moga Arwah Tenang Di Sana!

Dalam hantaran tersebut beliau turut berkongsi video dan foto memaparkan penampilannya menyarungkan sut peralatan perlindungan diri ketika menziarahi bapanya.

Ini berikutan pada ketika itu Ebit masih dalam tempoh kuarantin selepas pulang melunaskan Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin.

Terdahulu, April lalu, Ebit memaklumkan bapanya dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan.


Kredit -Sinar Plus.


-----------------------------------------------------------------
 
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post