Siaran langsung oleh Ustaz Ebit Lew yang berlangsung petang tadi telah mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia.
Ramai yang memuji cara Ebit menjelaskan satu-persatu tuduhan dari beberapa pihak terhadapnya termasuklah penyanyi rap, Caprice.
ARTIKEL MENARIK:“Fitnah Boleh Berlaku”- Ini 3 Teguran Ustaz Abu Syafiq Terhadap Sharnaaz Ahmad
Dalam siaran langsung yang boleh dilihat di Instagram Ebit itu, pendakwah bebas ini ada menceritakan momen di mana Caprice datang berkunjung ke bilik hotel untuk berjumpa dengannya.
Pada ketika itu, dia tidak menyangka Caprice beranggapan bahawa team-nya termasuk ‘bodyguard’ seperti kumpulan Mafia.
Ebit menafikan dakwaan itu, namun dia akui kebetulan tim-nya memang memakai baju kulit dan sepasang suit ketika menerima kunjungan Caprice. Tambahnya lagi, team-nya baru sahaja membeli sepasang baju suit itu di Mesir kerana agak murah berbanding di Malaysia.
Sebelum pulang, Ebit sempat memeluk Caprice dan menepuk beberapa kali di dada sebagai tanda untuk menenangkan hati. Namun, Ebit agak terkejut kerana Caprice cuba menepis tangannya dan seolah-olah seperti ada yang tidak kena.
Caprice Menjawab Dakwaan Menepis Tangan
Sementara itu, di IG Story Caprice, salah seorang pengikutnya berkongsi semula video yang menunjukkan momen yang dimaksudkan. Dakwaan menepis tangan itu tidak terlihat dalam video tersebut, betul ke? Lihat video di bawah.
“Cap, saya telah menonton video ini berkali-kali. Saya tidak dapat melihat anda menolak pelukan atau tepis seperti yang didakwa oleh UEL.”-tulis seorang pengikutnya.
Mengulas isu tersebut, ini reaksi mengejutkan dari Caprice.
“Kalau benda kecil pun boleh tipu. Apa lagi benda besar. Insyallah, peguam saya telah mengarahkan untuk tidak menjelaskan satu persatu lagi. Saya akan menjalani hari saya di mahkamah dengan petunjuk Allah”- ujarnya.
Nampaknya perbalahan antara kedua-dua pendakwah bebas ini seolah-olah akan lebih menjadi panas. Apa-apa pun kita doakan yang baik-baik dan semoga dipermudahkan segalanya.
Kredit -Murai MY.
إرسال تعليق