Kanak-kanak lelaki sanggup panjat bumbung, kibar bendera putih bantu nenek
loading...

TIDAK dinafikan sebahagian besar masyarakat sedang berdepan situasi getir sehingga ada terputus bekalan makanan dan keperluan tempoh pandemik Covid-19.

Kanak-kanak lelaki sanggup panjat bumbung, kibar bendera putih bantu nenek



Justeru, kempen mengibarkan bendera putih dilaksanakan bagi membantu golongan yang terjejas mendapat bantuan daripada insan sekeliling.

ARTIKEL MENARIK:VIDEO] Budak lelaki terduduk, dapat berita ibu meninggal dunia kerana Covid-19
loading...


Baru-baru ini tular di media sosial video seorang kanak-kanak lelaki sanggup memanjat bumbung rumah demi membantu neneknya mengibarkan bendera putih.

Walaupun masih kecil, namun semangat dan fikirannya matang apabila didorong rasa bertanggungjawab membela nasib keluarga.

Video yang dikongsikan aktivis masyarakat dan pengguna TikTok dikenali sebagai @salwaaidin itu menyentuh hati warga maya.

Difahamkan, beliau tanpa sengaja merakam video yang memaparkan kanak-kanak terbabit sedang memanjat bumbung rumah semata-mata untuk demi mengibarkan bendera putih.


“ALLAH pertemukan kami dengan adik ni. Bersungguh dia kibar bendera putih demi keluarga kecilnya. Allahu,” tulisnya.

Berikutan situasi tersebut tanpa berlengah beliau dan kumpulannya segera menuju ke rumah budak lelaki itu yang tinggal di blok rumah pangsa.

Difahamkan, kanak-kanak tersebut tinggal bersama nenek dan adik yang masih kecil.

Mereka sekeluarga dalam kesempitan lantaran tidak mampu membayar sewa rumah dan bil utiliti termasuk terputus bekalan makanan.



loading...




Menurut Salwa, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 (PKP1.0), nenek berkenaan mencari rezeki berniaga kuih-muih bagi menampung perbelanjaan.

Bagaimanapun, jualan itu tidak dapat diteruskan, sekali gus menyebabkan mereka kehilangan punca pendapatan.

Kehadiran aktivis masyarakat menyampaikan sumbangan sedikit sebanyak memberikan nafas buat keluarga kecil berkenaan.



Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya tersentuh dan sebak melihat paparan video terbabit.

– “Menitik air mata pagi ni.”

– “Aku senang bersama ibu ayah di sisi, adik ini kecil lagi dah tak ada mak ayah.”

– “ALHAMDULILLAH, harap bantuan dapat diteruskan kepada mereka yang dikenalpasti sebagai memerlukan kerana golongan ini jarang berada di media sosial.”

– “ALLAHU sedihnya. Semoga ALLAH mempermudahkan urusan yang dalam kesedihan dan kesempitan.”

– “Langsung berderai air mata tengok ni, semoga ALLAH selalu memberikan kesihatan buat mereka sekeluarga.”

Semoga kempen bendera putih dapat diteruskan bagi membantu masyarakat yang terkesan. Usah menanggung beban seorang diri kongsi keperitan bersama keluarga, sahabat ataupun jiran tetangga.


Kredit -   Sinar Plus.


-----------------------------------------------------------------
 
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post