Nia Ramadhani dan Ardi Bakri masih ‘lalok’ ketika disoal siasat
loading...

PENANGKAPAN aktres Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie masih menjadi perhatian ramai.

Nia Ramadhani dan Ardi Bakri masih ‘lalok’ ketika disoal siasat



Dalam perkembangan terbaharu, Ketua Bahagian Siasatan Narkotik Polis Jakarta Pusat, Indrawienny Panjiyoga memaklumkan soal siasat ke atas Nia dan Ardi akan diteruskan kerana pasangan itu masih ‘lalok’ ketika memberi keterangan sebaik di tahan pada Khamis.

ARTIKEL MENARIK:Meninggal dunia akibat Covid-19, bekas anggota Rabbani dikebumikan di Pantai Dalam
loading...


“Nia dan Ardi akan disoal siasat sekali lagi kerana ketika disoal siasat semalam (pada Khamis), keduanya masih di bawah pengaruh dadah,” ujarnya.

Tambah Indrawienny, kedua-duanya mengakui ada mengambil syabu pada pagi Khamis, sebelum ditahan pihak berkuasa.

“Kami juga turut merampas syabu seberat 0.78 gram dan sebuah bong atau alat menghisap syabu yang diakui Nia miliknya,” katanya.


Polis menunjukkan antara barang yang dirampas daripada kediaman aktres tersebut.

Terdahulu, Nia dan suaminya – ahli perniagaan dan anak bekas menteri ekonomi Indonesia, Aburizal Bakrie iaitu Ardi Bakrie ditahan di Jakarta Pusat kelmarin selepas didakwa mengambil dadah jenis syabu.

Dalam soal siasat awal, Nia mengakui mengambil barang terlarang itu kerana tekanan kerja dan sudah menggunakan syabu sejak lima bulan lalu.


loading...


Sementara itu, video yang memaparkan temubual bersama bintang Bawang Putih Bawang Merah itu mengenai dadah pada tahun 2018, kembali popular.


Nia Ramadhani antara aktres popular di Indonesia dan mula dikenali menerusi sinetron Bawang Putih Bawang Merah.

Nia mengakui dia pernah ditawarkan bahan terlarang itu sejak berusia 14 tahun. Bagaimanapun dia percaya tidak akan terjebak kerana dididik dengan baik oleh kedua orang tua.

“Dalam dunia selebriti semuanya sudah bermula dari saya berumur 14 tahun, dunia sebegitu (dadah) sudah. Itu bergantung pada iman masing-masing.

“Di saat penggambaran, ada pelbagai perkara timbul, pasti ada juga yang menawarkan (dadah) cuma, ia bergantung bagaimana asuhan orang tua dan seterusnya diri sendiri,” katanya dipetik Tribunnews.


Kredit -Sinar Plus.

-----------------------------------------------------------------
 
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post