Keluarga Degil Terima Padah Dkompaun. Sakan Berkumpul Buat Mjlis Khwin?
loading...

Meskipun aktiviti sosial dilarang dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, namun tetap ada individu yang masih berdegil dengan melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Keluarga Degil Terima Padah Dkompaun. Sakan Berkumpul Buat Mjlis Khwin?



Terbaru, tular satu video dimuat naik oleh nzlynnick_ di platfrom TikTok yang kelihatan sebuah keluarga dipercayai dikenakan kompaun kerana menganjurkan majlis perkahwinan di kediaman mereka.

ARTIKEL MENARIK:Viral Rakaman MP Rina Harun Berjoget, Ini Pendedahan Pembantunya
loading...


Rakaman berdurasi 10 saat tersebut memaparkan pasangan dipercayai pengantin baharu itu mengenakan persalinan berwarna ‘maroon’ yang lengkap dengan rekaan pelamin serta dikelilingi oleh ahli keluarga mereka.

“Okey kita cau (gerak) dulu. Polis datang. Lari jangan tak lari gais,” tulis nzlynnick_.

Namun, tidak dapat dipastikan mengenai tarikh dan lokasi kejadian tersebut berlaku.

Posting berkenaan menerima lebih 10,000 tanda suka dan dipenuhi hampir 1,700 komen netizen dengan meluahkan rasa marah terhadap keluarga terbabit yang seronok berkumpul walaupun kes positif Covid-19 sedang mencanak naik.

Rata-rata menyifatkan keluarga itu mementingkan diri sekali gus boleh menjadi penyumbang kepada peningkatan kes baharu selain mahu membuat laporan polis supaya masing-masing dikenakan tindakan sewajarnya.

Penat berkurung, orang lain seronok berkumpul

Pastu salahkan kerajaan?

Bukan kau seorang je nak kahwin!

 

loading...



Bukti hantar kepada pihak polis Selangor

Sebab orang macam ni la, kes tak turun2

Selain netizen di TikTok, pengguna laman Twitter turut tidak berpuas hati dengan tindakan keluarga tersebut yang sememangnya mengundang kecaman ramai.

Gatal nak buat majlis!

Bagaimanapun menerusi carian di TikTok, akaun @nzlynnick_ sudah tiada dipercayai telah dinyahaktifkan selepas bertubi-tubi ‘diserang’ kecaman warganet.

SUMBER/KREDIT: TkT0k nzlynnick_ , Twitter via KL Viral



-----------------------------------------------------------------
 
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post