“SAYA tidak pernah berniat untuk merendah-rendahkan golongan susah.”
Begitulah ungkapan diluahkan oleh usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) yang tampil memohon maaf selepas tindakannya dikecam dikatakan memperlekehkan golongan mengibarkan bendera putih.
ARTIKEL MENARIK:Atlet tenpin boling bergelar pelakon, Syaidatul Afifah cuba sesuaikan diri
Menerusi Instagram, DSV atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 50, membuat permohonan maaf bagi menjernihkan semula keadaan, sekali gus membersihkan imejnya.
Menurut beliau, semua itu hanya pandangan peribadi dan berharap semua pihak terus berusaha menjana pendapatan ketika pandemik Covid-19.
“Justeru, sekiranya saya ada terkasar bahasa atau terasa hati dengan setiap tutur bicara saya mohon maaf.
“Niat saya hanya satu, kerana ALLAH SWT,” ujarnya.
Selain itu, beliau juga menyatakan tiada sebarang niat untuk bermegah dengan kekayaan dimiliki.
“Saya tidak ada niat untuk riak walau sebesar zarah. Bila saya beri contoh suruh berniaga itu dan ini, ramai pula yang salah faham.
“Waktu dahulu saya juga tak ada media sosial, susah nak minta bantuan. Zaman sekarang semuanya mudah dengan media sosial, jadi jangan berhenti berusaha,” katanya lagi.
Selain itu, penyanyi lagu I Am Me itu turut mencadangkan penggunaan lampin pakai buang
ditukar kepada kain lampin untuk berjimat.
Pesan DSV orang ramai juga perlu mengambil hikmah perkara yang berlaku di depan mata.
“Jika kita merasa susah, ada lagi orang lain yang lebih menderita,” jelasnya.
Pada sesi itu, DSV turut mengingatkan kepada masyarakat mewujudkan tanda pagar #usahajanganmalas bagi menaikkan semangat mencari jalan keluar daripada kesusahan.
Terdahulu, DSV mendapat kecaman dalam kalangan warganet apabila mengeluarkan kenyataan supaya golongan terjejas berusaha daripada bergantung harap dengan mengibarkan bendera putih semata-mata.
Kredit -Sinar Plus.
إرسال تعليق