Pelakon Eyra Hazali berkongsi pendapat peribadi di laman Twitter miliknya selepas menggunakan sejadah di bawah koleksi jenama selebriti popular, Neelofa.
Menurut Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, dia berpendapat sejadah berharga RM85 itu terlalu nipis sehingga menyebabkan dirinya kadang-kala mengalami kesakitan pada bahagian lutut dan dahi.
ARTIKEL MENARIK:“Tak habis2 buat muka kesian..” – Lana Nodin gesa Dr Noor Hisham letak jawatan
Tapi sejadah dia nipis sangat…sakit lutut and kepala kadang2 https://t.co/lTMEOCmfv6
— EH (@EyraHazali21) July 20, 2021
“Tapi sejadah dia nipis sangat… sakit lutut dan kepala kadang-kadang,” tulis Eyra memberi reaksi kepada satu posting netizen mengenai sejadah berkenaan.
Pelakon drama Mr. Grey itu berkata, dia jujur melakukan reviu sebagai pelanggan yang telah membeli produk tersebut dan bukan bermaksud tidak menyokong perniagaan diusahakan oleh rakan artis.
Tolong faham kenyataan
“Bagi honest review, orang amik buat statement artis tak support artis. Pastu kena serang dengan fans dia. Salah juga ek customer baig review. I beli kot,” katanya.
Pendapat pelakon berusia 22 tahun itu turut disokong oleh beberapa warganet yang ‘mengusik’ dengan mengatakan bahawa sejadah tersebut mungkin perlu dilapik dengan permaidani tebal dibeli dari Nilai.
Alas dengan karpet tebal, cari kat Nilai
Kejujuran macam ni kita perlukan!
Sejadah dia memang nipis. Jadi apa masalahnya?
Bagaimanapun, ada juga individu memberi pandangan sendiri dengan mengatakan sejadah itu bersifat nipis kerana mudah untuk disimpan selain sesuai dibawa ketika melancong.
Kalau nak sejadah tebal, beli lain!
SUMBER/KREDIT: Twtter @EyraHazali21 via Ohmymedia via KL Viral
إرسال تعليق