loading...
Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila usahawan kosmetik, Dato’ Seri Vida menyeru orang ramai tidak terlalu mengharapkan bantuan ‘bendera putih’ semata-mata.
Beliau menerusi perkongsian video memohon masyarakat berusaha dan menjadikan peniaga gerai yang dikunjunginya sebagai contoh.
ARTIKEL MENARIK:Tak Jadi Artis Pun Kaya! 5 Selebriti Bollywood Ini Rupanya Bersuamikan Hartawan
loading...
Walau bagaimanapun, orang ramai menyifatkan kenyataan usahawan tersebut tidak sensitif dengan keadaan semasa rakyat yang terjejas pendapatan akibat pandemik.
Di Instagram, usahawan terkenal, Bonda Rozita turut menyelar kenyataan DS Vida dan berpendapat rakyat bukanlah malas berusaha. Katanya, perkataan ‘malas’ tidak sesuai dilemparkan ketika rakyat dalam keadaan tertekan kini.
loading...
Advertisement
Bonda Rozita yang pernah melalui kemiskinan berkata, tidak semua orang susah suka meminta-minta. Seseorang hendaklah mempunyai rasa simpati dan lebih sensitif dalam berkata-kata.
Jelasnya lagi, rakyat sudah semestinya mahu keluar bekerja seperti biasa tanpa mengharapkan sebarang bantuan. Namun, keadaan semasa menyebabkan rakyat terpaksa akur.
Kredit - beautifulnara
loading...
إرسال تعليق