Terkini Tengku Zafrul dedahkan tarikh duit Icitra masuk buat ramai yang terkejut sebab tak sama dengan yang pihak kwsp umumkan.
loading...

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang memasuki hari keempat hari ini memberi tumpuan kepada pembentangan penerangan mengenai pakej bantuan ekonomi oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Terkini Tengku Zafrul dedahkan tarikh duit Icitra masuk buat ramai yang terkejut sebab tak sama dengan yang pihak kwsp umumkan.

 


Soal kebajikan, sosial ekonomi dan bantuan kewangan kepada rakyat yang terhimpit disebabkan pandemik C0VID 19 antara yang difokuskan beliau dalam sesi penerangan pagi tadi.

ARTIKEL MENARIK:“Lihat Siapa Di Depan?”- Aktivis ‘”Bahan” Malaysia Selepas lsr4e1Raih Pingat Pertama Olimpik 2020
loading...


Berikut antara lima perkara yang dinyatakan Tengku Zafrul dalam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini. Tengku Zafrul memaklumkan beliau telah bertemu dengan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bagi memberi penjelasan mengenai perolehan vaksin C0VID 19.

Negara mengalami kerugian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kira-kira RM 1.1 bilion ringgit sehari, berbanding dengan kerugian sebanyak kira-kira RM 2.4 bilion ringgit sehari sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh pada Mac tahun lalu.

Bantuan Prihatin Nasional berjumlah RM 18 bilion, memanfaatkan 11 juta penerima merupakan bantuan tunai terbesar dalam sejarah negara. Tengku Zafrul mengakui cabaran terbesar dalam menangani krisis C0VID 19 adalah mengimbangi pelbagai keperluan dengan sumber kewangan negara yang terhad.

Sehingga akhir Jun 2021, paras hutang statutori telahpun mencecah 56.8 peratus, masih di bawah had statutori 60 peratus KDNK yang dibenarkan.

 

loading...


Tengku Zafrul Beritahu Tarikh Kredit ICitra

Pengeluaran program i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dikreditkan kepada akaun bank ahli pada 3 Ogos ini. Pengeluaran ini dijangka memanfaatkan seramai 4 juta ahli KWSP, kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul.

Manakala permohonan bagi moratorium pula telahpun dibuka awal bulan ini. Ketika sesi pembentangan Menteri Kewangan, Sidang Khas Dewan Rakyat di Parlimen hari ini, beliau turut menyarankan sesiapa yang menghadapi sebarang masalah dalam mendapatkan moratorium pinjaman untuk menghubungi BNM-TELELINK atau mendapatkan khidmat nasihat dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit AKPK bagi menguruskan aliran tunai mereka.

KWSP juga membuka hotline i-Citra untuk membolehkan ahli KWSP mendapatkan sebarang penjelasan.

Tarikh Dari KWSP


Kredit : Astro/MG via apampink

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم