457 hari Brunei sifar Covid-19, terima 7 kes positif tempatan, 6 langkah dilakukan serta merta
loading...

NEGARA Brunei Darussalam tidak sekian lama tidak mencatatkan sebarang kes tempatan Covid-19.

457 hari Brunei sifar Covid-19, terima 7 kes positif tempatan, 6 langkah dilakukan serta merta



Setelah 457 hari negara bebas koronavirus, 7 Ogos 2021 negara yang menjalankan sistem pemerintahan monarki mutlak dikejutkan dengan tujuh kes tempatan dan satu kes import.

ARTIKEL MENARIK:[VIDEO] “Mati akibat wabak Covid-19 ini, jika menepati syarat-syaratnya, dianggap sebagai syahid.” – Datuk Seri Dr Dzulkifli
loading...


Manakala pada hari ini (8 Ogos 2021), sebanyak 17 kes baru dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu mencatat angka 364.

Kementerian Kesihatan Brunei segera melakukan langkah kawalan dan penjarakan sosial ketat berkuatkuasa serta merta semula selama dua minggu dalam perkara seperti berikut:


1. Menutup tempat keagamaan seperti masjid-masjid, balai-balai ibadat, surau-surau dan tempat-tempat ibadat.

2. Sekolah beralih kepada pembelajaran dalam talian.

3. Tidak dibenarkan makan di restoran, hanya dibenarkan menjual makanan secara take-away atau perkhidmatan penghantaran sahaja.

4. Menutup kemudahan sukan dalam dan luar seperti gimnasium, pusat kecergasan, fasiliti sukan indoor dan outdoor.

5. Pusat riadah serta pawagam juga diarahkan ditutup.



Selain itu, bagi mengelakkan kebimbangan penyebaran varian Delta di seluruh dunia termasuk Brunei, Kementerian Kesihatan negara itu juga mewajibkan pemakaian pelitup muka dengan arahan berkenaan berkuatkuasa kepada semua individu tanpa mengira status vaksinasi.


loading...


Susulan daripada itu, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha juga menangguhkan janji temu pesakit kecuali kes yang memerlukan perhatian segera bermula 9 Ogos 2021.

Semalam, kira-kira 31.7 peratus rakyat negara itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Program Kebangsaan Vaksinasi yang di Brunei menggunakan vaksin Moderna dan Astrazeneca. Sehingga 4 Ogos, sebanyak 177,628 dos suntikan vaksin Covid-19 telah diberikan termasuk 52,919 dos vaksin Astrazeneca manakala 85, 449 divaksinasi sekurang-kurangnya satu dos Moderna.

Kementerian Kesihatan Brunei dalam kenyataannya pada Ahad di laman sosial Facebook rasminya  menganggarkan hampir 100,000 individu menerima vaksin Moderna sehingga Ahad, 8 Ogos 2020.



Menurutnya, bekalan vaksin Moderna yang akan digunakan bagi mereka yang memerlukan vaksin tersebut untuk dos kedua sahaja.

Sementara itu, bermula 9 Ogos 2021, Brunei akan memberikan suntikan vaksin Astrazeneca kepada rakyatnya yang masih belum divaksinasi. Ia ditawarkan kepada individu 50 tahun ke atas namun bagi peringkat usia 18 hingga 49 tahun juga boleh mengambil vaksin berkenaan secara suka rela.

 

“Dapatan-dapatan dari United Kingdom dan Kanada menunjukkan bahawa vaksin Astrazeneca sangat berkesan dalam mencegah jangkitan sehingga 90 peratus jangkitan dan mencegah kesan teruk akibat varian Delta,” katanya.

Dengan penyebaran varian Delta diseluruh dunia, Kementerian Kesihatan Brunei menyatakan vaksinasi menjadi kaedah utama paling berkesan dan selamat melindungi diri dan masyarakat negara itu.

Dengan pengesanan kes-kes terbaharu Covid-19 pada Sabtu, ia sekali gus menamatkan rekod sifar jangkitan tempatan di Brunei Darussalam selama 457 hari sejak kes terakhir dilaporkan pada 6 Mei 2020 yang lalu.

Sumber: Ministry of Health, Brunei Darussalam, Astro Awani via Sinar Plus.


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم