Nama penyanyi dan komposer Faizal Tahir menjadi mangsa kecaman netizen di laman Twitter berikutan menegur sebuah ciapan mengenai Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yasin.
Netizen Anggap Muhyiddin Gagal Sebagai Perdana Menteri
ARTIKEL MENARIK:Shuib Mohon Henti Keluarkan Kisah Arwah Tidak Menutup Aurat Dan Ceritakan Kebaikan Berlebihan.
Dalam ciapan tersebut, seorang netizen berpendapat bahawa selama Mahiaddin atau lebih dikenali sebagai Muhyiddin memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, pelbagai kegagalan jelas kelihatan. Ini termasuklah kematian yang melibatkan lebih dari 10 ribu pesakit COVID-19 yang disifatkan berpunca daripada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan tidak sistematik.
Faizal Dikecam Selepas Tegur Netizen
Kecewa dengan kenyataan itu, Faizal atau nama sebenarnya Ahmad Faizal bin Mohammad Tahir, menegur netizen tersebut agar hanya berdiam diri sekiranya tidak mempunyai sebarang perkara yang baik untuk diulaskan mengenai seseorang. Jelas Faizal, ini bukanlah cara bagaimana umat Islam dididik oleh Nabi Muhammad SAW .
“Sekiranya anda tidak mempunyai sebarang perkara yang baik untuk diperkatakan tentang seseorang, maka lebih baik berdiam diri. Ini bukan ajaran Nabi yang kita dikasihi, ini bukan ciri Islam. Hanya pengecut yang menyembunyikan diri ketika melempar batu” tegur Faizal
Bagaimanapun, teguran Faizal tersebut telah disalah erti oleh sesetengah pihak sekaligus terus mengecam penyanyi ini. Malah, ada diantaranya menyifatkan Faizal seperti menunggang agama kerana seolah-olah menyokong tindakan Muhyiddin selama ini.
Menerusi carian Murai.my, sehingga artikel ini ditulis, tiada sebarang komen mahupun kenyataan lanjut daripada Faizal mengenai kecaman yang diterimanya. Sebagai info, sejak Ahad tular di media sosial mengenai khabar angin Muhyiddin bakal meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri pada hari ini selepas beliau dikatakan telah hilang sokongan majoriti daripada ahli parlimen.
Kredit -Murai MY.
Post a Comment