Syahdu mendengar alunan lirik dari kumpulan Rabbani -Pergi Takkan Kembali.
“Setiap insan pasti merasa saat perpisahan terakhir Dunia yang fana akan ditinggalkan Hanya amalan yang dibawa….”
ARTIKEL MENARIK:Mahu Tunaikan Solat Jumaat, Fizz Fairuz Kecewa Ditahan Dari Masuk Masjid
Buat yang kehilangan tersayang pastinya merindui setiap kenangan yang dilalui bersama. Namun yang pergi tidak akan kembali lagi.
Sejak berita pemergian penyanyi popular, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin akibat COVID-19 pada 9 Ogos lalu telah mendapat liputan yang meluas.
Saban hari ada sahaja kisah kebaikkan dan kenangan arwah dikongsi dimedia sosial. Keperibadian mulia yang dimiliki arwah Siti Sarah menjadi perhatian ramai.
Jauh disudut hati suami Allahyarhamah Siti Sarah, pelawak terkenal Shuib Sepahtu, meluahkan rasa syukur apabila semua pihak sentiasa menitipkan doa buat arwah.
Namun, Shuib menerusi melalui hantaran terbarunya di Instagramnya memohon agar semua pihak berhenti perkongsian berkaitan dengan arwah termasuk gambar dan video yang tidak menutup aurat. Malah juga memesan tidak lagi menceritakan kebaikkan arwah secara berlebihan.
Mohon henti paparkan gambar dan video arwah isteri
Assalamualaikum semua.
Saya ucapkan jutaan terima kasih pada semua yang mendoakan Allahyarhamah Siti Sarah binti Raissuddin, bidadari syurga saya.
Tapi saya ada permintaan dimana saya mohon pada semua untuk tidak mengeluarkan lagi gambar atau video arwah yang tidak menutup auratnya dengan sempurna.
Saya juga mohon pada yang terupload di media sosial untuk keluarkan kembali video atau gambar tersebut, dan saya juga mohon untuk tidak menceritakan kebaikan Allahyarhamah secara berlebih-lebihan.
Cukuplah kita bersederhana dalam setiap perkara dan perbuatan kita.
InsyaAllah semoga kita diberkati dan dirahmati Allah SWT.
Jika rindu sedekahkan Al-Fatihah
Katanya lagi menerusi caption, Shuib berpesan memberitahu jika peminat merindui arwah sedekah Al-Fatihah buatnya.
Sama sama kita terus istiqomah menuju ke Jalan Allah swt. ALLAH MAHA BESAR 🤲
Jika Rindu pd Allahyarhamah SITI SARAH BT RAISSUDDIN SEDEKAHKAN ALFATIHAH,,, SEMOGA ALLAH MEMBERKATI DAN MERAHMATI KITA SEMUA AMIN
Kredit -shuibsepahtu via KELUARGA
Post a Comment