Hans Isaac Kongsi Kisah Mendiang Ibunya Yang Ramai Peminat Tak Tahu
loading...

Tak dinafikan ramai yang tidak tahu tentang kisah mendiang pelakon dan penerbit, Datuk Hans Isaac. Memuat naik hantaran di Instagram, Hans mendedahkan dia sangat merindui ibunya.

Hans Isaac Kongsi Kisah Mendiang Ibunya Yang Ramai Peminat Tak Tahu



Rindu Akan Mendiang Ibu 


ARTIKEL MENARIK:‘Doakan saya terus istiqamah…’ – Vicha kini tampil berhijab
loading...


Berkongsi di Instagram, Hans berkata ibunya telah meninggal dunia sejak 9 tahun yang lalu pada pukul 7:15 pagi. Sejak pemergian ibunya, dia mendedahkan sumber kekuatannya sudah hilang.


Foto – @hansisaac (Instagram)

“Ayah saya seorang pegawai tentera laut meninggal ketika saya berusia 26 tahun ketika dia memimpin keluarga dan saya berjanji bahawa selama dia hidup, betapa sukarnya hidup, saya tidak akan mengatakan perkataan TIDAK kepada ibu saya.”

Dedah Hans sejak ayahnya meninggal dunia ketika dia berusia 26 tahun, dia berjanji untuk tidak berkata “Tidak” dan menolak permintaan ibunya walaupun hidupnya sangat sukar ketika itu.


Foto – @hansisaac (Instagram)

“Saya sangat merindui makanannya yang luar biasa dan pada hari-hari buruk setelah pulang ke rumah dia hanya akan memasak untuk saya dan duduk di sebelah saya di meja dan menunggu saya baru selesai makan. Dia tidak perlu berkata banyak tetapi hari saya terasa lebih baik setelah makan itu ditemani olehnya”, dedahnya.

Pada masa yang sama, Hans turut akui bahawa dia sangat merindui masakan ibunya. Ujarnya ketika dia pulang ke rumah dan mahu makan, ibunya akan menemaninya di meja sehingga dia selesai makan.


loading...


Minta Orang Ramai Untuk Hargai Ibu Bapa

Menanggung kerinduan yang mendalam terhadap kedua orang tuanya, Hans berharap orang ramai untuk menghargai masa mereka bersama ibu bapa.


Foto – The Star

“Nasihat saya kepada semua orang, hargai saat-saat dan jangan pernah menahan diri untuk berkongsi perasaan anda dengan ibu bapa. Kita tahu ibu bapa melakukan kesalahan yang sama seperti kita, tetapi ketika kita terluka, ketika kita melalui kesedihan, ketika kita mengalami kesusahan, mereka akan selalu menjadi orang pertama yang melindungi kita”, tulis Hans.

Ujarnya dalam apa jua keadaan sekalipun, ibu bapa akan menjadi orang yang pertama untuk melindungi kita. Tambahnya walaupun memiliki keluarga yang tidak sempurna, tetapi mereka adalah individu yang sangat menyanyi diri kita berbanding orang lain.


Foto – @hansisaac (Instagram)

“Panggil atau pergi ke ibu bapa anda dan beritahu betapa anda menghargai mereka. Kita kadang-kadang gagal berkongsi atau meluahkan perasaan kita dengan ibu bapa. Cubalah, ini adalah yang terbaik!”


Kredit -Murai MY.

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post