Nana Tampil Imej Berhijab “Masih Belajar, Tak Pandai Lagi Nak Bertudung. Maafkan Saya,”
loading...

Nana tampil imej berhijab tatkala muncul menerusi sebuah video live yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya semalam.

Nana Tampil Imej Berhijab “Masih Belajar, Tak Pandai Lagi Nak Bertudung. Maafkan Saya,”



Penampilan baru penyanyi dan penyampai radio itu ternyata mengejutkan peminatnya. Malah menerusi pertanyaan pengikutnya mengenai imej berhijab, Nana Mahzan yang ketika itu sedang mempromosikan produk berupa sambal yang diusahakannya ditemani suami tercinta, Mohammad Raqeem Brian Abdullah dan akui sebenarnya belum bersedia untuk berkongsi dengan lebih lanjut perubahan imejnya itu.

ARTIKEL MENARIK:Hans Isaac Kongsi Kisah Mendiang Ibunya Yang Ramai Peminat Tak Tahu
loading...






Nana Tampil Imej Berhijab

“Saya tidak kuat untuk bercerita mengenainya. Sebab itu, saya ajak suami, Brian untuk bersama-sama dengan saya dalam video ini. Apa pun, terima kasih kerana sudah mendoakan saya.

“Alhamdulillah, doa-doa anda yang baik untuk saya itu sudah dimakbulkan Allah. Saya bersyukur dan sangat berterima kasih di atas doa-doa kalian semua. Apapun, saya masih belajar lagi dan terus doakan yang terbaik ya.


loading...


“Jadi hari ini, sebelum Asar dan hujan turun dengan lebatnya, telah makbul doanya. Terima kasih atas doa-doanya.


Masih Nana Yang Sama 

“Ianya tidak akan terjadi bila tiba masanya, jadi Alhamdulillah, hidayah itu sampai awalnya.

“Tetapi sebagai manusia, ianya agak sukar pada mulanya.

“Saya pun masih belajar, saya masih jadi Nana yang sama. Saya risau juga dengan penerimaan orang dengan Nana yang sama walau dah bertudung.

“Harap anda tidak menilai saya, saya masih belajar. Tak pandai lagi nak bertudung. Maafkan saya,” ujarnya.


Suami Mahu Nana Betul-Betul Pasti Dengan Keputusannya

Suami Nana, Raqeem Brian berkata, dia gembira dengan keputusan isterinya itu.

“Saya mahu Nana betul-betul pasti dengan keputusan itu. Saya gembira kalau dia bersedia untuk bertudung sepenuhnya,” ungkap Brian.

Sumber / Sumber Foto : Instagram Nana Mahzan  via Mingguan Wanita




-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post