Mahu Tunaikan Solat Jumaat, Fizz Fairuz Kecewa Ditahan Dari Masuk Masjid
loading...

Pelakon, Datuk Fizz Fairuz meluahkan rasa kecewanya apabila dia dan individu lain ditahan daripada memasuki perkarangan masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Mahu Tunaikan Solat Jumaat, Fizz Fairuz Kecewa Ditahan Dari Masuk Masjid



Menerusi hantaran di Instagram, pelakon ini berkongsi dia dan beberapa individu lain mahu menunaikan solat memandangkan pihak kerajaan membenarkannya baru-baru ini.

ARTIKEL MENARIK:Nana Tampil Imej Berhijab “Masih Belajar, Tak Pandai Lagi Nak Bertudung. Maafkan Saya,”
loading...


Kebenaran untuk menunaikan solat di masjid tertakluk pada Prosedur Operasi Standard (SOP) dan hanya untuk mereka yang sudah lengkap 2 dos vaksin sahaja.


Foto – @fizzfairuzofficial (Instagram)
“Masih tak boleh masuk! Kata dah boleh, sekarang tak boleh? Mana satu nak ikut ni?”, luah pelakon itu.

Kongsi pelakon ini, dia dan beberapa individu lain yang pergi ke Masjid Wilayah Persekutuan. Selepas itu mereka terpaksa menunggu di luar perkarangan masjid tersebut kerana tidak dibenarkan masuk oleh sukarelawan RELA.


Foto – @fizzfairuzofficial (Instagram)

loading...


“Kesian kat orang datang, nak solat tapi tak boleh masuk. Akhirnya lari ke surau dekat rumah saja, pun sama duduk luar juga tak boleh masuk”, dedahnya.

Sekadar info, kebenaran untuk menunaikan solat di surau dan masjid sudah berkuat kuasa pada 10 Ogos. Tetapi ianya hanya tertakluk pada SOP dan individu yang telah melengkapkan vaksinasi COVID-19.


Kredit -Murai MY.

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم