Tak terlepas juga pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun turut berkongsi cerita dan kebaikan mengenai Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin.
Menerusi hantaran di Instagram, Ustazah Asma menceritakan apakah perkara yang kerap diulang oleh penyanyi tersebut ketika berjumpa dengannya.
ARTIKEL MENARIK:Apa Jenis Perangai Lah! Tergamak Individu Ini Doakan Keburukan Kepada Siti Sarah?
Mahu Jadi Isteri Dan Ibu Yang Terbaik
Dedah Ustazah Asma, dia bertemu dengan Siti Sarah pada awal tahun lepas menerusi program Wanita Hari Ini di TV3. Ujarnya, walaupun bertemu dalam masa yang singkat, Siti Sarah merupakan seorang wanita yang penuh dengan sifat hormat-menghormati dan merendah diri.
Foto – @ustazahasmaharun (Instagram)
Tambah Ustazah Asma, dia sering mendengar Siti Sarah mengulangi tentang usahanya untuk menjadi isteri dan ibu yang terbaik untuk suami dan keluarganya.
“Perkara yang paling kerap diulang adalah bagaimana usahanya untuk menjadi isteri yang baik dan taat pada suami, beri yang terbaik buat keluarga suami dan keluarganya, dan usaha menjadi ibu yang terbaik buat anak-anaknya.
Foto – @sitisarahraissuddin (Instagram)
Selain itu, Ustazah Asma turut memberitahu bahawa Siti Sarah sering memintanya untuk berdoa agar penyanyi tersebut sentiasa beristiqomah dalam menjadi wanita muslimah yang solehah dan baik. Akuinya lagi, dia berharap pemergian penyanyi ini dalam keadaan husnul khatimah.
Kredit -Murai MY.
إرسال تعليق