Tular di media sosial milik penyanyi Nor Farah Idayu atau lebih dikenali sebagai Idayu, berkongsi tangkap layar milik Zain Rashdan yang tidak sensitif dan bersifat tidak ada perikemanusiaan dengan memuatnaik ayat sebegitu kepada Allahyarhamah Siti Sarah.
Doa Allahyarhamah Segera Meninggal Dunia
ARTIKEL MENARIK:Sedih pemergian Siti Sarah, Tokti sebak, hanya mampu nyanyikan dua baris ‘Aku Bidadari Syurgamu’
Menerusi tangkap layar yang dikongsikan di media sosial penyanyi Idayu, membuatkan sesiapa saja berasa terkedu, terdiam dan marah melihat ayat yang ditaip Zain Rashdan dengan mendoakan Allahyarhamah segera meninggal dunia.
Foto – Facebook Idayu Official
“Kalut doakan Siti Sarah yang hari-hari buat maksiat cepat sembuh.. Baik mati je daripada hidup wakakaka” tulis Zain Rashdan
Juara Akademik Fantasia Megastar 2017 ini meluahkan rasa marah dengan ayat yang dikongsikan Zain Rashdan mengenai Allahyarhamah, seolah-olah tidak mempunyai perasaan empati terhadap kesukaran yang dialami Allahyarhamah dan keluarga.
“Apa dah jadi dengan perangai manusia yang macam ni? Saat orang sedang kritikal, boleh pula kau buat main-main macam ni.
Tergamaknya dia ni tulis macam ni. Kalau terkena kat batang hidung atau keluarga dia, barulah dia tahu!” Luah Idayu di media sosialnya
Sebagai manusia biasa, siapa kita mahu mengatakan dosa pahala seseorang? Allahu Akbar berhentilah memuatnaik kata-kata negatif dan ayat tidak berperikemanusian begini. Semoga Allah tempatkan Allahyarhamah di syurga-NYA.
Kredit -Murai MY.
إرسال تعليق